Bohong: Pelabur takut undang-undang Islam
KUALA LUMPUR, 30 Okt: Dakwaan kononnya perlaksanaan undang-undang Islam menakutkan pelabur adalah pembohongan, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
"Kita ambil Iran sebagai contoh. Walaupun melaksanakan undang-undang Islam, negara itu menerima pelaburan langsung asing (FDI) sehingga US$3.6 bilion tahun lalu.
"Jika kuasa-kuasa besar tidak memaksakan sekatan atau sanction ke atas Iran, adalah diyakini jauh lebih banyak FDI melimpah masuk ke negara itu," katanya.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semalam dilaporkan mendakwa perlaksanaan undang-undang hudud akan menyebabkan negara ini mundur serta menakutkan pelabur asing dan pelancong.
"Sekarang zaman maklumat di hujung jari, Dr Chua jangan menghina dirinya sendiri dan menyerlahkan kepada umum bahawa beliau tidak tahu apa-apa.
"Walaupun melaksanakan undang-undang Islam, berjuta-juta pelancong membanjiri Iran dan dalam tahun 2010 sahaja, 400 hotel dan 200 hotel apartment dibina untuk menampung keperluan pelancong ke negara itu," katanya.
Dari segi kemajuan pula, kata Mohamad, lebih baik Dr Chua tutup mulut.
"Ketika Malaysia tidak habis-habis didedahkan membeli senjata dengan harga yang berlipat kali ganda lebih mahal dari pihak luar, penganalisis Barat percaya Iran mampu menghasilkan bom nuklear dalam masa dua tahun kalau ia mahu.
"Negara mundur tidak mungkin boleh membuat senjata malah tak habis-habis membeli senjata dari orang lain dengan harga yang belipat kali ganda lebih mahal.
"Mungkin kena tipu atau pemimpin yang menipu rakyat melalui pembelian mahal berlipat kali ganda itu kerana memang menjadi perangai pemimpin negara mundur suka menipu rakyat," kata beliau.
Mohamad menyifatkan kenyataan Dr Chua itu membuktikan pemikiran beliau serendah pemikiran ketua cawangan Umno.
"Dr Chua mungkin hendak menghina undang-undang Islam dengan kenyataannya itu.
"Hakikatnya, beliau menghina dirinya sendiri dengan menelanjangkan kemunduran fikirannya dan undang-undang Islam tidak terjejas dengan kenyataannya itu," kata beliau.
Mohamad mengingatkan, undang-undang Islam tidak hina atau menjadi tidak bertamadun dengan penghinaan orang-orang yang menghinanya.
"Undang-undang Islam berdiri dengan kekuatannya sendiri.
"Penghinaan si penghina tidak menjadikan ia hina dan ia tidak juga hebat hanya kerana pujian orang. Ia hebat kerana kehebatannya sendiri," tegas beliau. -HD

PAS kecam Soi Lek cetus polemik agama
KUALA LUMPUR, 31 Okt: PAS mengecam tindakan melampau Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang cuba mencetuskan polemik dan sikap benci-membenci dan mencurigai antara agama dalam kenyataannya memburukkan undang-undang Islam, terutamanya hudud.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Chua akhir-akhir ini telah banyak mencerobah dasar-dasar Islam dalam komentarnya yang melampaui batas susila bermasyarakat yang menjamin kebebasan beragama dan saling menghormati antara agama.
Lebih malang kini, kata Tuan Ibrahim ialah sikap Umno yang menjadi tulang belakang BN yang diam membisu terhadap beberapa kritikan melampau parti-parti dalam komponen BN terhadap ajaran Islam.
“Sikap lepas tangan Perdana Menteri dan para pemimpin Umno menggambarkan Umno hanya berminat menjaja isu agama sebagai modal politik daripada menjamin sikap hak beragama dilaksanakan,” kata beliau.
PAS, katanya menyangkal keras kenyataan Chua bahawa dengan pelaksanaan hukum hudud menyebabkan pelabur tidak akan datang dan menakutkan masyarakat bukan Islam.
Tambahnya, sedangkan Arab Saudi yang melaksanakan sistem perundangan Islam menjadi rakan pelabur utama China dan negara Barat.
“Para pelabur sangat mengharapkan satu jaminan keselamatan terhadap pelaburan mereka dan ini dibuktikan dengan kejayaan pelaburan mereka di negara yang melaksanakan syariat Islam.
“Sikap hormat terhadap agama lain untuk mempraktik ajaran masing-masing tidak pernah dibantah oleh umat Islam dan inilah intipati kepada teras perpaduan negara. Namun PAS kesal sikap campurtangan melampau beliau akan mencetuskan polemik dan sikap benci-membenci dan mencurigai antara agama,” terang Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Terdahulu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu juga menyelar kejahilan Chua dengan memberikan contoh kemajuan negara Iran yang turut melaksanakan undang-undang Islam dalam pentadbirannya.
"Kita ambil Iran sebagai contoh. Walaupun melaksanakan undang-undang Islam, negara itu menerima pelaburan langsung asing (FDI) sehingga US$3.6 bilion tahun lalu.
"Jika kuasa-kuasa besar tidak memaksakan sekatan atau sanction ke atas Iran, adalah diyakini jauh lebih banyak FDI melimpah masuk ke negara itu," katanya.
Menurut Tuan Ibrahim, apa yang mendukacitakan dalam kenyataan Chua ialah kebimbangan beliau kepada pelaksanaan hukum Islam yang hanya akan dikenakan kepada umat Islam sahaja; yang bertujuan menyelamatkan masyarakat dan negara dari kejahatan penjenayah samada terhadap harta atau nyawa dan keselamatan masyarakat.
“Kejahilan akibat berkawan dengan Umno menyebabkan beliau yang gagal menyelesaikan masalah dalaman MCA, beliau kini cuba menyembunyikan kelemahan pentadbirannya dan menarik sokongan masyarakat Cina dengan menyerang hukum Islam,” kata beliau.
Tuan Ibrahim juga menambah tindakan bacul Chua hanya menambah kebencian masyarakat pelbagai kaum di negara ini terhadap MCA.
“Sebab sebahagian rakyat sudah tidak terkejut kerana umum mengetahui ia datang daripada seseorang yang mempunyai latar belakang yang tidak melayakkan seseorang menjadi pemimpin berwibawa,” terang beliau. -HD
7 ulasan:
yang hairannya, mana dia puak2 pejuang agama yg kecoh tu? Perkasa, Pekida, NGO2 Islam tu..takkan senyap sepi je kot.. orang tua tu dah menghina hukum Allah...kalau pemimpin pembangkang sebut, rasanya balai polis penuh orang dok que nak buat report polis...palat betul puak2 ni..
Aku rasa apek tu yang takut hudud. Lu jangan risau pek. Jika lu jadi muslim, lu selupa bayi balu lahir ma. Suci bersih. Talak losa punyee. Talak apa hukum kasi kena sama lu..
Salam semua,
Walaupun bahasa Melayunya indah dan lunak, dia tetap MASIH seorang kafir. Apa perlu dihairankan, sedangkan masih terdapat pemimpin Melayu yang berugama Islam yang masih kabur pemahaman Hududnya.
Di samping itu benarkah pengertian Hudud itu telah benar-benar difahami oleh orang-orang DAP atau sesiapa sahaja di sekeliling kita waima orang yang berugama Islam sendiri ?. Kalau setakat sokong membawa rebah, lebih baik kita lihat musuh di depan mata. Sekurang-kurangnya dapat dinilai dan dicari kekuatan dan kelemahannya.
Islam pun dia takut nak masuk, bagaiman dia nak hudud???
Buat apa nak layan bintang video lucah ni.Jangankan Hudud,agama dia sendiri pun dia tak ikut.Itu sebab jadi pelakon video lucah hingga Ong Tee Kiat(bekas Presiden MCA)malu gambarnya diletakkan sebelah gambar pelakon video lucah ni.
bodoh punya sex maniac soi lek.....fikiran klu dah mulut sumbat dengan babi, malam asyik kerja nak menyondol anak dara org tu lah jadinya...
dah sah2 pelabur lagi suka negara yang kurang jenayah..x de kecurian, x payah pasang guard, x payah pasang CCTV...
kat arab saudi, tinggal laptop dalam kereta pun x hilang...dah tentu pelabur suka, sbb maklumat business dalam laptop x kan di curi orang....
bodoh punya soi lek sundal nie.... pergi jahanam lah kau....
Orang jenis inilah sahabat karib UMNO(Abang-adik).Sebab jadi teman UMNOlah pelakon video lucah ni berani dan mulut celupar.Mana muka-muka songkok tinggi yang nak buat Himpun 1 juta tu? Mengapa tak buat demo depan Wisma MCA?
Catat Ulasan