Ketua audit ditekan supaya tapis laporan?'
Anggota parlimen Pakatan Rakyat menuntut penjelasan sama ada ketua audit negara ditekan untuk menyunting laporan tahunannya.
Menyelar kelewatan penyerahan laporan itu, anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua bertanya sama ada kerajaan takut akan hasilnya.
Bercakap di lobi parlimen, Pua berkata, semasa pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, laporan itu dibentangkan sekali dengan belanjawan.
"Tahun lalu, laporan audit negara lewat seminggu dan kali ini masih belum dibentangkan di Parlimen.
"Saya ulang, adakan sebarang tekanan supaya laporan itu disunting," katanya.
Sebelum itu Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) mempersoalkan kelewatan itu dan mahukan penjelasan Timbalan Speaker Ronald Kiandee.
Salahuddin berkata, sejak minggu lalu pihaknya sudah bertanya tentang alasan di sebalik langkah yang tidak selalu berlaku itu. -mk

Mengapa Laporan Audit Negara masih tidak diserah?
KUALA LUMPUR, 17 Okt: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee hari ini menjelaskan pihak parlimen sehingga sekarang masih belum menerima Laporan Audit Negara dan menyifatkan parlimen juga senasib dengan ahli parlimen yang lain.
Jawapan itu merujuk kepada usul yang telah dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub di Dewan Rakyat yang meminta Timbalan Yang Dipertua menjelaskan tentang kedudukan laporan audit tersebut.
"Mengikut Peraturan Mesyuarat 20(1) saya ingin mendapat penjelasan mengapakah sehingga hari ini Laporan Audit Negara tidak lagi diserahkan kepada Ahli Parlimen.
"Saya juga meminta jaminan dari Dewan Rakyat ini tentang penjelasan perkara tersebut kerana inilah pertama kali terjadi perkara luar biasa kerana laporan tidak diserahkan walaupun belanjawan telah dibentangkan.
"Saya berharap menteri dapat beri penjelasan," ujarnya.
Dalam pada itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu sepatutnya laporan tersebut diberikan sebelum belanjawan dibentangkan tetapi pada kali ini sebaliknya telah berlaku.
"Adakah terdapat muslihat di sebaliknya?
"Kita mahu speaker minta penjelasan dari menteri atas perkara tersebut kenapa tidak diserahkan laporan audit itu.
"Adakah kerana tidak mahu Ahli Parlimen membahaskan laporan tersebut?" tanya Anwar.
Ronald memberitahu kenapa laporan tersebut tidak diserahkan akan dijawab oleh menteri sewaktu penggulungan perbahasan nanti.
Bercakap pada sidang media, Salahuddin berkata, tindakan tidak menyerahkan Laporan Audit Negara sewaktu perbentangan belanjawan tidak pernah berlaku di zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamed dan Tun Abdullah Ahmad Badawi melainkan di bawah pentadbiran Najib.
Katanya, sejak 2004 sehingga 2008, Ketua Audit Negara tidak pernah takut untuk memyerahkan laporan audit tetapi mulai Najib memegang tampuk pentadbiran perkara melewatkan penyerahan laporan tersebut telah berlaku.
"Hari ini di bawah Peraturan Mesyuarat 20(1), saya telah meminta Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat memberi penjelasan kenapa sehingga sekarang Ketua Audit Negara tidak menyerahkan laporan audit tersebut.
"Dari jawapan yang diberikan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu tidak mendapat jawapan yang jelas walaupun perkara ini telah dibincangkan sebelum ini.
"Kita mahu Ketua Audit Negara menjelaskan kenapa berlaku sebegini dan untuk maklumat kelewatan penyerahan laporan audit ini hanya berlaku di zaman Najib sahaja sedangkan sebelum ini ia dapat diserahkan sebelum ataupun sewaktu perbentangan belanjawan dilakukan," jelasnya.
Tambahnya lagi, jika laporan audit tidak diberikan pada hari ini perkara tersebut akan dibawa dalam mesyuarat Pakatan Rakyat esok bagi tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoalkan adakah Ketua Audit Negara mendapat tekanan dari kabinet sehinggakan penyerahan laporan itu tidak dapat dilakukan.
"Saya ingin tahu adakah wujud tekanan yang dikenakan oleh kabinet kepada Ketua Audit Negara, seolah-olah laporan tersebut perlu disunting kembali.
"Adakah Najib takut dan risau dengan laporan tersebut sehinggakan ia terpaksa ditangguh pengedarannya?" soalnya.
Kelewatan pengedaran laporan audit telah berlaku pada 2008 hingga 2010, hampir seminggu barulah diberikan manakala tahun ini sejak dari belanjawan dibentangkan sehingga ke hari ini tidak lagi diberikan laporan tersebut kepada ahli parlimen.
2 ulasan:
jeng jejengggg...mesti ada yang tak kena ni.Mesti negeri pr lebih baik dari negeri bn..
depa buat bajet tulis kat ataih ketaih utusan ja .. Ketua Audit Negara tak tau nak buat laporan camna ..
Catat Ulasan