26 Sep 2011

Sebenarnya, SKMM Tidak Profesyenal, Ampu & Bodek Menjadi Budaya SKMM

Dakwaan 'Undilah' bawa mesej tersirat 'mengarut'

Penerbit video siaran pengumuman khidmat awam, 'Undilah' - Pete Teo - menyifatkan dakwaan klip video itu mempunyai mesej tersirat yang yang memihak kepada pembangkang sebagai "mengarut dan tidak masuk akal".

Semalam, ahli parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam tweeter menulis video yang diarahkan tidak disiarkan di stesen televisyen di seluruh negara oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, minggu lalu kerana "penuh dengan mesej separa sedar.”

"Ia mengandungi nada anti kerajaan tanpa disedari oleh penonton."

Abdul Rahman juga menulis bahawa perkara pokok yang dibincangkan boleh diterima tetapi video itu condong kepada mesej-mesej yang cuba dibawa oleh pembangkang.

Ketika dihubungi, Teo memberitahu Malaysiakini bahawa dia tidak tahu bahawa Abdul Rahman, dalam laporan berita, mendakwa video itu turut memaparkan akhbar organ rasmi PAS, Harakah sehingga perkara itu dibangkitkan.

Katanya, pihak penerbitan telah berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan bahawa video berkenaan memaparkan kedua-dua pihak kerajaan dan pemimpin pembangkang secara adil.

Bagaimanapun, menurut Teo, jika Abdul Rahman mahu menjadikan babak yang membabitkan Harakah sebagai isu, terdapat juga babak dalam video itu di mana seorang lelaki membaca akhbar Malaysia Nanban, milik milik MIC.

Soalnya, dengan babak sedemikian, adakah ini bermakna video berkenaan juga mempunyai mesej pro-BN.

"Betapa mengarut dan tidak masuk akal perkara ini? Jadi adakah ini bermakna kita menyokong MIC? Babak membabitkan Nanban jauh lebih lama daripada babak Harakah," katanya.

Teo berkata terdapat juga beberapa adegan di mana Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong berdiri di hadapan patung Tunku Abdul Rahman.

"Jadi adakah ini bermakna kita pro-BN? Sudah tentu, kita tidak, kita adalah pro-rakyat," katanya.

Ulanginya, video siaran pengumuman khidmat awam itu diterbitkan tanpa memihak dan pasukan penerbitannya tidak mempunyai niat menjadikan ia kontroversi.

"Kami merakamkan banyak adegan di jalanan (untuk video itu). Kebetulan ada seorang yang membaca Harakah dan seorang lagi pula yang membaca Nanban.

"Jika anda ingin menjadikan (isu), apa-apa perkara sekalipun boleh dijadikan,” katanya.

Jumaat lalu, dalam satu kenyataannya, SKMM berkata arahan penarikan video 'Undilah' adalah kerana ia masih belum mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem untuk disiarkan di televisyen. -mk

Ulasan GB

Isunya: SKMM menyatakan klip video itu tidak diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem. Satu Malaysia mendengar alasan yang cukup kartun dari SKMM berkenaan.

Bagi SKMM< ruang radio dan televisyen mesti hanya paparkan wajah-wajah dan perkataan-perkataan dari pemimpin BN. Pemimpin BN pula kena tapis - jika Ku Li, no way untuk disiarkan walaupun Ku Li adalah bekas pemimpin kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang bernama Rais Yatim itu.

GB dah ulas semalam. Begini bunyinya:

Ini adalah salah satu faktor yang menyumbangkan kepada tumbangnya kerajaan Barisan Nasional.

Kerana yang disukai oleh mereka hanya yang indah-indah, yang wangi-wangi dan yang muluk-muluk belaka. Hakikat yang ada cuba disorokkan dan disembunyikan.

Sama seperti kes dimana baru-baru ini Najib akui kena kencing dengan pemimpin UMNO Selangor dimana Najib menegur sikap pemimpin dan anggota Barisan Nasional (BN) berhubung pemberian 'laporan tipu' kepadanya semata-mata mahu menjaga hati tanpa bersandarkan kepada realiti sebenar, kini SKMM turut melakukan hal yang serupa.

SKMM mahu program-program yang syok sendiri - bersesuaian dengan selera menterinya untuk mengampu dan membodek sedangkan Najib sendiri sudah mengakui: penganjuran program 'syok sendiri' juga turut menyumbang kepada kekalahan BN di Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Baguslah, BN akan kalah lagi nampaknya pada PRU13 ini - disebabkan oleh faktor ampu bodek oleh SKMM yang bermenterikan seorang yang dikenali memang kuat darjah ampu dan bodeknya!


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Ia mengandungi nada anti kerajaan tanpa disedari oleh penonton."

Respons,
Kesian, setelah 5 dekad, penyokong tegar UMNO BeEnd kat kampung masih kena kencing dan kena gula-gulakan dengan cerita metos keris purba bersilang. Bangunlah bangsaku,keluar daripada kepompong UMNO BeEnd... Selagi percayakannya, kita akan terus dijadikan perkakas untuk merampas hak kita. Selama ini apa yang kita peroleh berbanding kemewahan, kesenangan dan kuasa yang mereka punyai. Tanpa sokongan kita, hancuslah gerombolan ini. Tak sokong UMNO BeEnd bukannya dosa. Sebaliknya tak sokong HUDUD ... neraka bro!