14 Sep 2011

Mana Senarai 50 Nama Ahli PAS Masuk UMNO?

3 hari berlalu, mana senarai masuk Umno? Oleh Mohd Nasir Zakaria

Sudah berlalu tiga hari cabaran Dewan Pemuda PAS kawasan Padang Terap. Nampaknya, tiada respons daripada kepemimpinan Umnobahagian Padang Terap.

Gagallah mereka mengemukakan senarai ahli PAS tersebut. Bukan main gegak gempitanya pengumuman 'pembohongan' tersebut.

Saya percaya akan timbul lagi pengumuman-pengumuman serupa. Malah akan ada beratus-ratus malah beribu ahli PAS akan menyertai parti korup Umno menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13. |

Sehingga, lojiknya PAS Padang Terap hanya akan berbaki yang dipertua, setiausaha, ketua Pemuda, ketua Muslimat dan ketua ulama sahaja. Teknik yang sudah tidak releven di zaman generasi X dan Y. Zaman Jepun bolehlah.

Ada beberapa teori kegagalan:

(1) Memang berita yang keluar itu satu berita bohong, penceritanya adalah pembohong dan orang yang percaya adalah orang yang kena bohong. Medianya pun pembohong juga. Parti yang mendakwa mendapat ahli PAS itu pun bohong.

(2) Gagal untuk membuktikan isu sebenar, maka spin jadi isu komunis. Sebenarnya hanya untuk menyelamatkan karier politik seseorang. Untuk membuktikan 'kejayaan' mempengaruhi rakyat. Bila bawa isu komunis dalam masyarakat yang bergelumang dengan perjuangan kemerdekaan, maka gagallah jawabnya.

Berapa orang keluar sebab komunis. Bahkan pekung Umno semakin terbuka apabila profesr yang mesra Umno sendiri mengakui bahawa negara ini tak pernah terjajah. Itu, kita serah kepada ahli sejarah dan akademik.

(3) Umno akan gunakan nama yang sama untuk mengumumkan ahli PAS yang keluar Umno. Selepas ini akan ada tempat lain yang akan umumkan. Modus operandi ini sudah lama PAS tidak gunakan di Padang Terap.

Kalau Umno nak mulakan, ayuh! Selepas Pakatan Rakyat perintah Kedah, kita berkhidmat tanpa kira parti. Nampaknya Umno sudah mula timbulkan kegelisahan di celah eharmonian masyarakat di Tandop Besar.

(4) Kerisauan kebangkitan ahli Umno lain yang dipinggirkan bantuan. Walaupun sudah lama berjuang. Saya mengucapkan tahniah kepada keluarga 'PAS' yang mendapat durian runtuh dalam bentuk bumbung baru.

Saya percaya banyak ahli Umno sendiri tak dapat. Boleh sahaja kita senaraikan nama ahli Umno yang sedang menunggu bantuan di kampung Tandop Besar. Yang betul-betul susah. Bahkan seluruh Padang Terap yang merempat. Ingatlah betapa beruntungnya anda semua menjadi ahli PAS.

(5) Umno terkejut. Rakyat Padang Terap terkejut. Rrakyat Malaysia, bahkan ahli Umno sendiri terkejut dengan pendedahan yang dikeluarkan berkenaan salah guna secara tidak beretika pemimpin Umno Padang Terap duit sebuah syarikat pembinaan.

Yang diambil untuk tujuan aktiviti parti Umno. Duit tu hak milik rakyat negeri Kedah yang dikurniakan Allah. Buat apa ambil.

Salah seorang rakyat yang membaca maklumat yang tersebar ini mengatakan: "Aku tidak reda walau setitik air atau sebutir nasi yang dimakan oleh perwakilan Umno dengan menggunakan duit rakyat, iaitu aku".

Sebelum ini mereka anggap Umno adalah parti yang kaya. Maka silap, yang kaya ialah pemimpin Umno.

(6) Kerisauan bahawa ada lagi pendedahan yang akan dibuat. Silakan umum lagi dan ada lagi penyelewengan yang saya akan bongkarkan. Silakan.

Saya tahu masyarakat celik IT sedang memerhatikan dengan dekat cabaran saya. Ada juga kalangan pemimpin Umno yang bertepuk dan bersorak dengan pendedahan saya. Adakah hanya dengan sekadar cabaran cek kosong? Nantikan adegan seterusnya. -mk

Penulis merupakan anggota parlimen Padang Terap dan ketua Pemuda PAS kawasan sama.


'Tunjuk senarai nama 50 ahli Pas sertai Umno'

ALOR SETAR - Pas Padang Terap menuntut Umno mengemukakan senarai nama 50 ahlinya yang didakwa menyertai parti itu untuk membuktikan kesahihannya. .

Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria (gambar) berkata, jika benar 50 orang yang didakwa itu ahli Pas, mereka perlu menunjukkan bukti dengan mendedahkan senarai namanya.

“Berdasarkan maklumat saya terima, hanya dua orang ahli Pas iaitu sepasang suami isteri termasuk beberapa orang anaknya masuk Umno manakala individu lain tidak pasti.

“Saya minta senarai nama untuk mengesan sama ada 48 individu yang lain juga ahli Pas sebelum ini atau tidak. Kalau benar mereka ini ahli Pas, dari cawangan mana,” katanya.

Kelmarin, 10 keluarga penyokong tegar Pas di Kuala Nerang dilaporkan nekad menyertai Umno Bahagian Padang Terap kerana marah dengan tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu mengangkat nama anggota Parti Komunis Malaya (PKM), Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan ketika peristiwa di Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.

Mohd Nasir yang juga Ketua Penerangan Pemuda Pas Kedah berkata, jika gagal berbuat demikian menunjukkan Umno sudah melakukan satu lagi penipuan bertujuan mengelirukan rakyat sedangkan tidak ada sebarang bukti kukuh mampu ditunjukkan.

Beliau juga meminta Umno tidak menyembunyikan isu sebenar berhubung penyokong tegar Pas bertindak melompat parti ini.

“Saya percaya tindakan ahli keluar Pas itu tidak ada kaitan perasaan marah terhadap Mat Sabu tetapi berpunca dari isu lain iaitu tidak puas hati dengan pengagihan bantuan untuk mangsa ribut.

“Walaupun mereka menerima bantuan mangsa ribut dan bulan Ramadan lalu namun terdapat segelintir daripadanya meluahkan rasa terkilan kerana mendapat sedikit sahaja agihan bantuan berbanding orang lain. Rasa tak puas hati itu lumrah
,” katanya. -SH


Ulasan GB

Seorang pengunjung bernama Khairi membuat ulasannya di dalam entri sebelum ini yang saya kira bernas:

Khairi said...

Kisah ahli PAS keluar parti ni adalah strategi lama dah berpuluh tahun digunakan oleh UMNO & surat khabar mereka. Mereka masih mencanangkan isu ini kerana masih ramai Melayu yg bodoh. Apa boleh buat, Melayu mulia pun kerana Islam,dah hampir 54 tahun Malaysia diperintah oleh org Malaysia sendiri, tahap kefahaman Islam sungguh rendah, banyak amalan agama ini bercampur aduk dgn amalan jahiliah yg haram di bumi Malaysia tercinta ini. Ramai Melayu yg tak mahu berfikir, ramai Melayu sayang nak guna otak utk menilai sesuatu isu, yg ada, majoriti Melayu, apa yg kera jaan kata, maka betul lah, itulah bangsaku!



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku ni pernah ditaja jadi ahli umno sampai sekarang..bersam-sama adik aku dan bini aku,tapi aku tak pernah pun bayar duit ahli..tu yang ahli umno ssampai juta2...tapi duit ahli dibayarkan..kok KAKI PENIPU

Tanpa Nama berkata...

aku tidak pernah bayar yuran selama tiga puluh tahun lebeh kahabarnya nama aku masih menjadi ahli umno.

pokpoktutu berkata...

klau umno bri duit kau2 utk klur pas psti aku msuk umno tp time undi jgn harap aku undi umno..
duit ttp duit klo dibri..
nmun undi ttap PAS..