13 Sep 2011

Kita Tegaskan Lagi: Negara Tak Pernah Dijajah Bererti UMNO Bukan Pejuang "Kemerdekaan"

Tun M dicabar akui Umno bukan pejuang merdeka

KUALA LUMPUR, 13 Sept: Jika bersetuju bahawa Malaya tidak pernah dijajah, Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar untuk mengakui bahawa Umno bukanlah pejuang kemerdekaan, cabar Dewan Pemuda PAS Pusat.

Ketua penerangannya Riduan Mohamad Nor berkata, kenyataan bekas perdana menteri itu yang menyokong kenyataan Datuk Zainal Kling bahawa Malaya tidak pernah dijajah oleh British boleh memberi maksud Umno bukan pejuang kemerdekaan.

"Apakah Dr Mahathir berani mengaku bahawa UMNO bukanlah pejuang kemerdekaan sebenar kerana negara tidak pernah dijajah.

"Apakah juga Dr Mahathir mahu menafikan sumbangan tokoh-tokoh kemerdekaan yang diangkat selama ini seperti Tunku Abdul Rahman, Dato’ Onn Jaafar, Datuk Panglima Bukit Gantang dan lain-lain," soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu beliau turut mencabar Tun Mahathir menyatakan pendirian sama ada British layak diangkat sebagai pejuang negara manakala Dr Burhanuddin Al Helmi, Ahmad Bostamam, Tok Janggut, Tuan Guru Abdul Rahman Limbong, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Mat Saleh, Rentap, dan lain-lainnya sebagai pengkhianat negara, atau sebaliknya.

Menurutnya, kenyataan Tun M kelmarin itu telah menambah kekusutan dalam pemikiran rakyat terhadap sejarah kemerdekaan negara.

Sebelum ini katanya, rakyat dikelirukan dengan kenyataan penuh kontroversi oleh Zainal yang juga Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) berhubung isu sama.

"Zainal Kling telah menimbulkan keserabutan dalam pemikiran rakyat Malaysia, Tun Dr Mahathir pula menambah lagi kekeruhan terhadap rakyat Malaysia.

"Banyak persoalan yang bermain di fikiran rakyat sekarang ini, jika Malaya tidak pernah dijajah, mengapa kita sambut Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos setiap tahun? Dan jika Malaysia tidak pernah dijajah, apakah UMNO boleh dianggap pejuang kemerdekaan," soalnya lagi.

Dalam pada itu, beliau berkata gerakan-gerakan menuntut kemerdekaan lebih dahulu ditubuhkan sebelum Umno.

Ianya termasuk Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan pada 1938, diteruskan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan pada 1945 dan badan gabungannya seperti Angkatan Pemuda Insaf (API)yang ditubuhkan pada Februari 1946, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Tanah Air (BATAS).

Umno pula ujarnya hanya ditubuhkan pada tahun 1946 lewat beberapa tahun selepas penubuhan gerakan-gerakan tersebut.

"Saat gerakan nasionalis kiri ini melaungkan slogan merdeka ,Umno masih dengan slogan “hidup Melayu”.

"Umno telah diharamkan pada tahun 1988. Umno yang ada kini hanya Umno baru yang ditubuhkan selepas diharamkan tahun 1988. Roh Umno zaman ‘kemerdekaan’ telah berkubur sejak itu," tegasnya. -HD




Ulasan GB

Dengan golongan UMNO ini kita tak perlu banyak soal atau banyak tanya. Mereka tak akan jawab, kalau jawab pun mereka akan spin. Kita boleh terus membuat rumusan seperti yang diungkapkan oleh tajuk yang GB berikan, Kita Tegaskan Lagi: Negara Tak Pernah Dijajah Bererti UMNO Bukan Pejuang "Kemerdekaan". Supaya pemimpin UMNO sedar bahawa kenyataan-kenyataan mereka sendiri memaparkan hal sebenar. Biar kebenaran itu terungkap sendiri melalui ucapan dan tindakan mereka. Mereka akan terbelit sendiri sudahnya.

GB sudah ulas di dalam entri Jika Tak Pernah Dijajah, Maka UMNO Bukanlah Pejuang "Kemerdekaan". Habis Cerita. Petikan:

Hebat betul pemutaran fakta sejarah yang hendak dilakukan oleh golongan UMNO ini. Sehingga Sultan diheret sama dengan menuduh mereka yang bertanggungjawab "menjemput British".

Sekaligus, kenyataan Mahathir yang menyokong kenyataan Prof Zainal Kling dan Majlis Professor Negara tersebut JELAS menafikan juga peranan perjuangan rakyat dalam menuntut kemerdekaan tanah air sendiri daripada kerajaan kolonial Inggeris.

Jika demikian halnya, maka bererti UMNO tidak lagi boleh mendabik dada sebagai pejuang "kemerdekaan" sebenarnya. Jika dakwaan negara tidak pernah dijajah, maka keseluruhan perjuangan UMNO yang dirintisi oleh Datuk Onn Jaafar dengan sendirinya terbatal dan sanggupkah UMNO terima hakikat ia perlu dipadam segera dari sekalian buku sejarah?

Atau Mahathir maupun MPN hendak menyatakan bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan oleh UMNO itu ialah perjuangan "menentang raja-raja yang menjemput British sebagai Penasihat" ataupun ia sebagai simbol protes UMNO terhadap Raja-raja Melayu?

Dan rakyat masih ingat bahawa Mahathirlah orangnya yang telah memandulkan kuasa Raja-raja sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak perlu masuk commonwealth lah macam ni,

bermakna tidak sahlah perlembagaan yang reid buat..

Tanpa Nama berkata...

kerana nak menaikan nama umno mereka sanggup memperkecilkan pendapat orang lain,kerana nak mempertahankan pandangan mereka sanggup memperlecehkan raja2 dan menukar fakta sejarah, inilah yg dikatakan menipu hidup2.

Tanpa Nama berkata...

SEMUA RAKYAT MALAYSIA JANGAN PERGI SAMBUT MERDEKA 16SEPT INI
KERANA MALAYSIA TAK PERNAH DIJAJAH

Tanpa Nama berkata...

Agaknya selama tiga setengah tahun Jepun memerintah Tanah Melayu,Mahathir Kutty dan Zainal Keling ni hari-hari makan nasi beraini dan kambing panggang.Nak tanya sikit Mamak Kutty ni,kalau Sultan yang mau Inggeris membantu mentadbirkan negeri,mengapa pulak Sultan Abdullah dari Perak dibuang oleh Inggeris kePulau Seychelles dan Sultan Ahmad Pahang pun menentang Inggeris,menyokong pemberontakan Dato Bahaman,Orang Kaya Semantan serta Tok Gajah dan Mat Kilau?

Tanpa Nama berkata...

Mamak MADEY hanya memperjuangkan nasib MUKRIZ sahaja, geng MAMAK SEKAPAL dengan MADEY PANDDY KUTTY dipertahankanya, Mamak MADEY orang yang licik dan perkauman.
Madey cakap macam orang mabuk arak SAN MIGUEL BEER buatan anaknya sendiri.