Sisi peribadi berbeza Gaddafi
TRIPOLI - Paparan video selama 32 saat memaparkan pemimpin Libya digulingkan, Muammar Gaddafi bersama dua cucu lelakinya memberi satu pandangan sisi peribadi berbeza beliau.
Akhbar The Associated Press mendedahkan rakaman tanpa tarikh yang diperoleh melalui komputer riba salah seorang anaknya, Hannibal itu mungkin dirakamkan beberapa bulan lalu.
Rakaman tersebut menunjukkan Gaddafi, 69, kelihatan gembira melayan kerenah kedua-dua cucunya yang kerap memberi tabik hormat kepada datuk mereka selepas beliau selesai mengerjakan solat.
Imej seorang datuk penyayang adalah berbeza dengan sifat Gaddafi sebagai pemimpin diktator yang diketahui umum dan didakwa memerintah Libya dengan kejam selama 42 tahun.
Sementara itu, sekurang-kurangnya 15 pengawal keselamatan maut selepas pasukan barisan pertahanan pro-Gaddafi menyerang pusat pemeriksaan loji minyak di Ras Lanuf, kelmarin.
Tindakan serangan balas tersebut dilancarkan selepas Gaddafi berikrar untuk berjuang merampas Libya kembali.

3 ulasan:
Muammar Gaddafi ialah hero Anti-US sama seperti Mahmoud Ahmadinejad. Muammar Gaddafi tidak memerintah Libya dengan kejam malah berjaya menaikkan taraf hidup masyarakat kulit hitam Libya daripada ditindas bangsa Arab. Pemberontak Benghazi tanpa segan silu membunuh masyarakat kulit hitam.
Walaupun barat berjaya menakutkan masyarakat dunia bahawa Gaddafi adalah raksaksa. Sama seperti isu pilihanraya Iran 2009 dan anak Raja Shah Iran bunuh diri. Isu-isu sebegini supaya masyarakat dunia supaya menjadi pro-Barat membenci negara anti-US dan tidak memberi sokongan bantuan jika berlaku konflik. Inilah yang berlaku di Syria.
Sesungguhnya rakyat Libya sendiri lebih berhak mengadili pemimpin mereka. Mereka lebih arif. Oleh itu saya percaya pemberontakan di Libya datang dari majoriti rakyat Libya sendiri. Negara luar hanya datang membantu.
itulah. oic dah x berfungsi langsung. sepatutnya, oic pergi membantu menyelesaikan konflik secara aman. last2 nato pegi bom. >_<
Catat Ulasan