Kematian Aminul: Kpl Jenain dihukum 5 tahun penjara
Koperal Jenain Subi, 49, hari ini dijatuhi hukuman lima tahun penjara setalah didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian remaja Aminulrasyid Amzah.
Mahkamah Sesyen Shah Alam mendapati Jenain bersalah atas tuduhan tersebut mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.
Hakim Latifah Mohd Tahar turut menetapkan jaminan sebanyak RM10,000.
Katanya, pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa peluru yang menyebabkan kematian pelajar sekolah itu merupakan salah satu daripada 21 butir peluru yang ditembak oleh Jenain menggunakan selaras senapang submesin-gan.
Pendakwaan telah membuktikan demikian dengan melangkaui keraguan munasabah, katanya.
Menurutnya lagi, seorang pegawai polis sepatutnya tahu bahawa tembakan pada tetapan automatik itu adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kematian.
Berdasarkan kenyataan anggota polis yang turut bertugas ketika insiden itu berlaku, mahkamah turut mendapati bahawa Jenain tidak perlu melepaskan tembakan berkenaan memandangkan motokar yang dipandu Aminulrasyid telahpun dipandu dengan perlahan.
Aminulrasyid telahpun hampir tiba di rumahnya di Seksyen 11, Shah Alam dalam kejadian tersebut apabila beliau maut akibat tembakan bertalu-talu oleh anggota polis yang mengejarnya itu.
Pendakwaan dijalankan oleh timbalan pendakwa raya, Mohd Dusuki Mokhtar, Idham Abd Ghani dan Adilla Ahmad, manakala Jenain diwakili peguam M Athimulan, Salim Bashir dan Halim Ashgar Mohd Hilmi.
Turut hadir di mahkamah hari ini ialah peguam kepada keluarga Allahyarham, N Surendran dan juga anggota keluarga mangsa yang dilihat mengalirkan air mata ketika keputusan dibacakan hari ini. -mk
Ulasan GB
Sama dengan beberapa kes kematian yang lain yang disebabkan oleh anggota polis, pada awalnya dahulu, kematian Aminul-Rasyid seperti tidak mendapat pembelaan. Hampir kesemua jari dan tangan menuding mangsa (Aminul-Rasyid) sebagai pesalah sehinggalah keluarga mangsa tetap dengan pendiriannya menuntut keadilan.
Memadaikan 5 tahun untuk seorang yang sudah disahkan "membunuh"?
GB sudah ulas sebelum ini di entri setahun lalu. Petikan:

Penggunaan kekerasan dan senjata api secara melulu oleh anggota polis sewajarnya disemaksemula dan perlu ada garis panduan yang lebih ketat mengenainya sekalipun di atas alasan membenteras jenayah.
Kes adik Aminul-Rasyid, kes Suwandi dan Azman di Terengganu jelas menunjukkan polis telah bertindak secara wewenangan dengan menggunakan senjata api dan rakyat telah melahirkan rasa marah serta tidak puashati terhadap apa yang disifatkan penyalahgunaan kuasa oleh anggota polis terutama kepada orang awam.
Modus operandi "menembak mati supaya mudah tidak lagi dibebankan dengan pembuktian di mahkamah" perlu dihentikan segera kerana ia adalah satu tindakan pengecut yang mana polis dilihat tidak mahu bertanggungjawab di atas tindakan mereka sendiri.
PDRM perlu menghormati hak untuk hidup setiap manusia semasa menjalankan tugas. Dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia, Artikel 3 menyatakan bahawa “Setiap orang berhak untuk hidup” dan Artikel 5 menyatakan bahawa “Tiada sesiapa pun boleh dikenakan seksaan atau layanan atau hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan.”
Artikel 4 dalam Prinsip Asas Penggunaan Kekerasan dan Senjata Api oleh Pihak Penguatkuasa 1990 (Basic Principles on the Use of Force and Firearms by Law Enforcement Officials) oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa “Pegawai-pegawai pihak penguatkuasa, dalam menjalankan tugas seboleh mungkin menggunakan cara tidak keras sebelum terpaksa menggunakan kekerasan dan senjata api.”
Mengikut statistik rasmi kerajaan, antara tahun 2007 hingga 2009, terdapat sebanyak 183 nyawa dikorbankan akibat ditembak mati oleh polis.
SUARAM sebelum ini telah menggesa pihak polis untuk menggunakan alternatif lain selain daripada senjata api dalam operasi penangkapan suspek penjenayah. Malah, rakyat risau dan bimbang dengan penggunaan senjata api oleh pihak polis khususnya, kerana sehingga hari ini tiada satu mekanisme dan akauntabiliti dalam kes-kes penggunaan senjata api oleh pihak polis.
6 ulasan:
Salam tuan
Secara keseluruhan saya berpandangan hukuman tersebut memang tidaklah setimpal tetapi jika hukuman sehingga menuntut hukuman mati kepada pesalah tidak boleh kerana ia dalam kontek yang berbeza dengan jenayah orang awam berbanding dengan kecuaian semasa bertugas.
oleh itu hukuman yang dijatuhkan kepada pesalah adalah dalam kontek kecuaian beliau semasa bertugas.
oleh itu saya bersetuju jika peraturan penggunaan senjata semasa bertugas hendaklah dikaji, dipinda dan diperketatkan dan beri roh yang baru dan tidak samasekali dijadikan penggunaan senjata oleh anggota polis itu sebagai ' licence to kill' dan anggota polis kenalah sedar penggunaan senjata yang cuai bukan sahaja akan menyebabkan kamu dipenjarakan tetapi kos dan beban yang perlu seseorang itu perlu tanggung adalah besar iaitu ;
1. sebagai penjawat awam biasanya kita mempunyai hutang jangka pendek dan panjang seperti hutang kereta (5 hingga 9 tahun)dan hutang rumah (25 hingga 30 tahun, serta hutang kad2 kredit.
Apa yang akan jadi pada hutang2 tersebut. maka musibah besar akan berlaku pada individu yang terlibat untuk menyhelesaikannya.
2. Jika seorang penjawat awam itu dijatuhkan hukuman penjara maka secara automatik proses tindakan tatatertib yang boleh sehingga dibuang kerja, dinafikan pemberian pencen, graduiti(ganjaran).
3. akhir sekali jika melibatkan tuntutan sivil oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi dan sebagainya yang akhirnya boleh menjurus kepada tindakan muflis.
oleh itu kepada anggota polis dan pasukan bersenjata yang lain hendaklah berfikir secara serius dan ingatlah kepada nasib diri kita dan keluarga serta kepada tuhan dalam setiap tugasan seharian janganlah kecuaian yang kita lakukan akan membawa kebinasaan kesejahteraan kehidupan kita seharian.
sekian terima kasih.
Ikhlas daripada
Che Awe
Salam.
Kalau penjara 5 tahun tak cukup, nak berapa ? kalau 50 tahun apa aminulrasyid boleh hidup balik ? Semua nak salahkan polis, tak apa memang salah sebab dah dijatuhi hukuman bersalah ! TEtapi tak sesiapa pun yang mempertikaikan KEGAGALAN ibubapa mengawasi anak !
Malah membela mengatakan anaknya tak tahu memandu !
Kesalahan atau kelalaian ibu bapak budak tu melayakkan budak tuh ditembak polis hingga jadi aruahke.. Jangan jadi BENGONG.
Non Che Amah,
Penjara 5 tahun tak setimpal dengan perbuatan "membunuh".5 tahun bukan jadi pengajaran kepada anggota PDRM yang lain,yang "trigger happy".Walau pun penjara lebih lama,tidak akan mengembalikan Aminulrashid,namun hukuman wajar setimpal dengan kesalahan.Allahyarham Amirnulrashid bukan anak anta,itu sebab anta tak terasa pedihnya.Kalau anak anta,macam mana?
Wahai anon 0825 dan 1037,
Saya setuju dengan anda tetapi mengapa anda langsung tidak menekankan betapa beratnya tanggungjawab ibubapa ? Mungkin anda juga ibubapa yang gagal mengawal anak-anak !
Hanya Allah yg tau kenapa dipilihNya polis tu & budak tu dlm ujian ni. Aku x nak komen ttg hukuman tu, aku nak sarankan, agar bos2 polis, bantu le keluarga polis tu sekiranya dah hilang lansung mata pencarian, terutama utk yg asas (makan minum, tempat tinggal sederhana & pelajaran anak2.. ) musahabah le diri kita semua atas peristiwa ni.
Harta benda melimpah2 di dunia ni, di dunia lagi Allah akan uji, di akhirat nanti? Sama2 kita fikirkan.
A.
Catat Ulasan