Kota Raja kenalpasti lebih pengundi 'import'
PAS mengenalpasti lebih 100 lagi nama didaftarkan sebagai pengundi di kawasan parlimen walaupun tidak menetap di situ, dakwa anggota parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud.
"Kami akan pergi ke Suruhanjaya Pilihan Raya untuk membantah lebih kurang 100 nama hari ini atau esok, kerana kami memerlukan masa untuk memanggil semua membantah bersama-sama," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.
Jelasnya, mereka apda awalnya menemui 1,000 nama, kebanyakannya orang Sabah, yang berdaftar sebagai pengundi baru di Kota Raja.
Bagaimanapun, selepas semakan oleh kakitangan Pakatan Rakyat di sekitar kawasan tersebut, mereka menemui sebahagian daripada mereka benar-benar penduduk setempat.
PAS bagaimanapun terus mempersoalkan penempatan semula melibatkan jumlah yang ramai dari kawasan lain dan kenapa mereka mahu menukar kawasan mengundi ke Kota Raja.
Pembangkang sebelum ini mendakwa bahawa Umno dan BN menjalankan tindakan itu untuk memecahkan majoriti yang dimenangi wakil rakyat Pakatan dalam pilihan raya umum lalu.
Siti Mariah berkata, loceng amaran berbunyi kepadanya apabila kemaskini terakhir daftar pemilih menyaksikan 7,260 nama akhirnya ditambah di kawasannya.
"Ini merupakan peninggkatan tertinggi pemilih antara semua kawasan pilihan raya di Selangor," katanya yang juga timbalan ketua Dewan Muslimat PAS. -mk

2 ulasan:
Nak tanya Pengerusi SPR,nak bersihkan daftar pengundi pun nak diluluskan oleh Parlimen? Tak usahlah nak banyak cakap,ada kuasa ditangan pun tak tau nak gunakan sebab nak terima arahan dari UMNO.
kalau macam ni punya cerita, hanya UMNO saja lah yang menang tak payah ada pilihanraya lah. hanya dengan melarikan pengundi disatu kawasan saja dikawasan UMNO kalah dan top up dikawasan yang mereka kalah dengan majoriti kecil disemua kawasan diselangor, semua kawasan tu akan dimenangi oleh UMNO. Macam ni pun SPR kata sah? SPR kata bukan hantu? mungkin SPR betul, bukan hantu tapi iblis. UMNOBN tak payah pakai pilihanraya kalau nak menang, guna SPR dan Pej. pendaftaran jer. angkut ramai-ramai mana-mana kawasan yang benar-benar kalah, lambak kat kawasan yang dia kalah majoriti tipis. Inilah kelemahan sistem demokrasi bila penguasa mencorakkan bentuk demokrasi yang dikehendaki. Guna BIOMETRIK pun sama juga masalah akan timbul. apa kata kalau 5 pengundi yang didaftarkan mengguna kad BIOMETRIK yang mempunyai specimen ibu jari hanya seorang. mana kita tahu, tak ada yang dapat periksa ibu jari mereka yang menjadi ajen. ajen akan menekan ibu jarinya atas 5 nama yang berlainan. sistem akan terima sebab tanda ibu jari dah diprogram oleh pejabat pendaftaran. mampus. mampus. sampai bila pun tak menang
Catat Ulasan