22 Ogo 2011

Najib Tidak Ikhlas: Pakatan Adakan Mesyuarat Tergempar

Satu perbincangan mengenai ketidakikhlasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Umno-Barisan Nasional (BN) melakukan reformasi sistem pilihanraya sebelum pilihan raya umum ke-13 akan diadakan pada Rabu ini.

Pakatan Rakyat membuat keputusan tersebut ekoran kenyataan perdana menteri bahawa pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa dan ia tidak perlu menunggu keputusan jawatankuasa khas parlimen mengenai reformasi pilihan raya.

Ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS juga akan mengadakan mesyuarat khas bagi menimbang penyertaan dalam Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC).

Katanya, ini kerana beliau berpendapat, ianya tidak membawa sebarang makna setelah perdana menteri membuat kenyataan sedemikian sambil menyuarakan kekesalan PAS.

"Kenyataan tersebut membuktikan sikap sebenar kerajaan terhadap tuntutan rakyat agar sistem pilihanraya yang bersih dan adil dapat diwujudkan, sebelum PRU akan datang.

"Tujuan utama Jawatankuasa Khas ini ialah merumus satu sistem pilihanraya yang adil dan bersih, setelah pelbagai kelemahan dibongkar.

"Apa guna dibentuk jawatankuasa Khas, sekiranya kerajaan sudah memberikan bayangan jelas bahawa pilihanraya umum akan diadakan sebelum jawatankuasa itu menyiapkan laporan dan sekaligus memberikan petanda yang jelas bahawa sememangnya kerajaan BN tidak bersedia untuk menerima dan memperbaiki kelemahan yang ada," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Tuan Ibrahim, adalah mustahak bagi rakyat bahawa inisiatif mengatasi kelemahan dan hilangnya keyakinan mereka terhadap sistem pilihanraya yang ada kini diperbetulkan terlebih dahulu supaya satu perjalanan sistem pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia dapat dijalankan.

"Sekiranya tidak, apa gunanya rakyat mengundi sekiranya keputusan pilihanraya bukan keputusan yang membayangkan hasrat mereka sebenar di akar umbi, tetapi hasrat pengundi hantu dan warga asing yang berlambak untuk memenangkan calon parti tertentu," tambahnya.

Tegasnya, kerajaan harus menyedari kemarahan rakyat dan tuntutan dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0 baru- baru ini.

"Sikap kerajaan yang menolak diadakan pilihanraya sebelum sistem diperbaiki sudah tentu akan mengundang kemarahan rakyat dan tahap kebolehpercayaan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terus merosot.

"Keadaan ini sangat tidak baik bagi negara, dan terutamanya kerajaan memerintah dan tidak mustahil parti- parti dalam Pakatan Rakyat akan menarik diri ekoran kenyataan Perdana Menteri.

"Ketidakikhlasan kerajaan Barisan Nasional ini juga dijangka akan mempercepatkan bantahan rakyat, justeru menyemarakkan semangat untuk himpunan BERSIH 3.0 diadakan," tambahnya.

Ujarnya lagi, PAS menegaskan bahawa kerajaan tidak patut dan sememangnya "ia amat tidak bertanggungjawab untuk membubarkan Parlimen dalam keadaan mereka sedar bahawa sistem pilihanraya negara kita sememangnya tempang berhadapan dengan kelemahan dan kepincangan yang pelbagai.

"Sila perbaiki dahulu beberapa kelemahan yang utama, barulah diadakan pilihanraya ke 13, demi rakyat, untuk rakyat dan kerana rakyat," katanya.



8 ulasan:

paragon berkata...

bila menganut fahaman umnogok sesiapa pun akan jadi munafik sebab depa ni lahir dari kadang penjajah yang selamanya dok tipu org

kayu_cemeti berkata...

Sudah jelas SPR adalah cermin muka utama umno barisan shit bila ia yang menentukan PSC ikut suka parti yang memerintah sama ada ia diadakan atau sebaliknya bila pembubaran parlimen maka usaha rakyat ingin diketepikan begitu sahaja jadi tiada pilihan lain bila berhadapan dengan gulungan munafiq ini melainkan kita tentang habis habisan cuma satu sahaja yang rakyat dapat lakukan supaya pakatan dan NGO2 yang ingin berunding dimeja rundingan dengan barisan shit ini hendaklah lupakan sahaja dan kami sedia keperhimpunan aman terbesar dalam abad ini dalam BERSIH 3.0 nanti

hyhhh berkata...

najib tak pernah suka dengan pakatan...

Entri Menarik Di Sini:
1)Download Fast Five BDRip English Hardsub MKV
2)Octove.com Social Network Pertama Di Malaysia Bagi Hadiah Iphone 4
3)Boboi Boy Download

Tanpa Nama berkata...

masa untuk semua rakyat malaysia dan parti2 pembangkang memboikot PRU 13 bagi membuka mata negara2 lain didunia melihat kepincangan kerajaan UMNO

Tanpa Nama berkata...

Ikhlas tak ada dalam otak Najib.Orang yang kerap cakap "ikhlas" hakikatnya tah faham apa makna ikhlas.Kalau dia ada sikit keikhlasan takkan dia jadi PM Malaysia yang paling teruk.

Tanpa Nama berkata...

keikhlasan terbit dari hati yg mempunyai ilmu serta mendapat petunjuk dari ALLAHswt.

Tanpa Nama berkata...

pm dh bagi kenyataan yg pru akan diadakan pada bila2 masa, makna nya dia dh standby la tu untuk perang...segala senjata dia dh ada..pemutihan pati dh berjaya la kot...hati2 PR.

Tanpa Nama berkata...

JOM KITA MULA KAN REVOLUSI DENGAN BERSIH 3.0....ORANG ARAB DAH JATUH KAN SATU PERSATU KERAJAAN ZALIM MEREKA, TERBARU GADDAFI...NEXT ASSAD,SYRIA.

SO,TUNGGU APA LAGI ORANG MELAYU... JANGAN PERCAYA APA2 LAGI DARI KERAJAAN ZALIM MELAYU UMNO INI. JANGAN ADA APA2 LAGI PERBINCANGAN DAN HARAPAN DARI KERAJAAN ZALIM INI...KALAU MASIH MENGHARAP JUGA....JELAS2 LE KITA INI KETURUNAN BAHALOL, BANGANG, BODOH JAUH DARI PERTUNJUK ALLAH DAN TAK LAYAK MEMIMPIN MALAYSIA.

JANGAN TAKUT...ANDA DI SOKONG DAN DI PERHATIKAN OLEH PENUDUK DUNIA...APA LAH MALAYSIA, NAJIB DAN UMNO... KALAU DIBANDINGKAN DENGAN MESIR...MUBARAK NYA, TENTERA NYA, SB NYA, HUBUNGAN NYA DENGAN ISRAEL, BRUTAL NYA...TAPI AKHIRNYA TUMBANG JUGA DIABAD 21 INI...DENGAN KUASA RAKYAAT DAN SOCIAL MEDIA INTERNET (NEW MEDIA) NYA....HABIS RUNTUH KERAJAAN USANG DAN LAPOK INI.

JADI APA SEBAB NYA MALAYSIA (UMNO) TIDAK BOLEH DI TUMBANGKAN!!!!!
MELAINKAN KITA INI BAHALOL, BANGANG, BODOH...AND ABOVE ALL SBB "TAK ADA TELOR"...PENGECUT/COWARD