Peguam Anwar bangkit kredibiliti Jabatan Kimia, tiada tauliah ASCLD
KUALA LUMPUR, 25 Ogos ─ Kewibawaan Jabatan Kimia kerajaan dalam mengendalikan analisis DNA dibangkitkan dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini ─ dengan pasukan pembela mempertikaikan sama ada ia memenuhi standard antarabangsa.
Pasukan peguam Anwar memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dokumen-dokumen menunjukkan makmal kerajaan itu, yang terletak di Petaling Jaya, belum lagi menerima tauliah American Society of Crime Lab Directors (ASCLD).
Ramkarpal Singh Deo menarik perhatian mahkamah dengan merujuk kepada dua dokumen menunjukkan Jabatan Kimia pernah memohon untuk mendapatkan akreditasi pada 2005 tetapi telah ditolak.
Surat kedua adalah daripada ASCLD, dikeluarkan April lalu dan tempohnya telah dilanjutkan sehingga Oktober ini untuk mengemukakan dokumen-dokumen bagi menyokong permohonan mereka.
Dokumen itu, menurut mereka, makmal tersebut tidak memenuhi standard antarabangsa.
Menjawab soalan Ramkarpal, pakar dari Australia Dr Brian McDonald dalam keterangannya juga berkata, kesemua ujian DNA perlu ada standard.
Oleh itu katanya, akreditasi merupakan salah satu cara untuk memastikan makmal memenuhi standard dunia.
Dr McDonald menganggotai National Association of Testing Authorities (Nata), Australia yang dilihat sama taraf dengan ASCLD.
Sebelum ini mahkamah dimaklumkan oleh pakar DNA pasukan pendakwa, Dr Seah Lay Hoong bahawa Jabatan Kimia mempunyai akreditasi ASCLD.
Makmal itu telah mengendalikan beberapa ujian DNA termasuk ke atas sampel yang diperoleh dari badan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Seorang lagi peguam Anwar, Sankara Nair memberitahu pemberita kemudian bahawa isu akreditasi adalah penting sebab ia menggambarkan makmal itu adalah pusat ujian forensik yang layak dan boleh mengendalikan analisis DNA.
Jelas beliau, jika memiliki akreditasi, kerja-kerja makmal Jabatan Kimia akan dipantau oleh ASCLD.
“Sekarang mereka tidak ada standard ISO MM17025 bagi makmal forensik,” katanya.
“Ia persoalan mengenai kredibiliti, kredibiliti makmal dan Dr Seah sebagai saintis,” katanya lagi.
Bagaimanapun ketua pasukan pendakwa raya Datuk Yusof Zainal Abiden membantah usaha pembela yang mahu mengemukakan dokumen mengenai akreditasi di mahkamah sebagai bahan bukti.
Kata beliau, bahan bukti itu tidak boleh dikemukakan ketika Dr McDonald menjadi saksi kerana pakara itu tiada apa-apa kaitan dengan prosedur akreditasi.
Pasukan pembela akan meminta perintah mahkamah untuk memanggil ketua Jabatan Kimia Lim Kong Boon untuk memberi penjelasan mengenai status akreditasi makmal mereka. -TMI

Makmal DNA Jabatan Kimia tiada kelayakan antarabangsa
KUALA LUMPUR: Makmal DNA Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya hari ini didapati tidak mempunyai akreditasi antarabangsa sewaktu menganalisa sampel kes Fitnah II.
Ia sekaligus menambahkan keraguan yang sedia ada terhadap laporan dari Jabatan Kimia yang digunakan pendakwa raya dalam pendakwaan kes Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perkara itu didedahkan konsultan molekular genetik dari Australia, Dr Brian McDonalds (gambar) sewaktu memberi keterangan dari kandang saksi.
Menurutnya, mana-mana makmal yang menjalankan ujikaji ke atas DNA akan diakreditasi dengan sijil ISO17025 yang diperakui di peringkat antarabangsa.
Pensijilan ISO17025 itu pula dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors (ASCLD).
Walau bagaimanapun, kata Dr McDonalds, pemeriksaan beliau dengan ASCLD mendapati Jabatan Kimia Malaysia pernah memohon sijil itu dari ASCLD pada Oktober 2005 kerana sijil akreditasi dahulu telah tamat.
Makmal Jabatan Kimia kemudian diberikan masa lima tahun untuk memenuhi piawaian yang perlu dipenuhi untuk mendapat akreditasi tersebut.
Namun, selepas lima tahun, Jabatan Kimia masih gagal memperolehi sijil itu dan mereka diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir bulan Oktober ini.
Peguam Anwar, Sankara Nair sewaktu masa rehat mahkamah memberitahu wartawan bahawa pendedahan ini berlawanan dengan pengakuan ahli kimia, Dr Seah Lay Hong yang mengaku makmal DNA Jabatan Kimia mempunyai akreditasi antarabangsa.
“Sekarang kita periksa, makmal ini tidak pernah mempunyai ISO17025. Sedangkan, masa kita soal balas dahulu, beliau mengaku ada,” kata Sankara Nair.
“Jadi, adakah ujian yang dijalankan menepati piawaian antarabangsa. Tentunya tidak,” kata Sankara.
Sebelum ini, mahkamah turut digemparkan bagaimana sampel DNA Anwar diambil secara tipu helah dari tubuh beliau sewaktu direman selama satu hari di Bukit Aman.
Polis pada waktu itu sengaja menahan Anwar untuk mendapatkan sampel rambut, DNA beliau dari botol minuman, berus gigi dan juga tuala muka.
Tidak cukup dengan itu, calitan dari tubuh pengadu, Saiful Bukhari juga tidak dikendalikan mengikut prosedur standard operasi (SOP) apabila pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira menyimpan sampel calitan itu di pejabatnya selama dua hari pada suhu bilik sebelum menyerahkannya ke Jabatan Kimia Malaysia.
Beliau juga didapati membuka botol sampel dan menandakannya semula sebelum dihantar ke makmal untuk dianalisa. -KD
5 ulasan:
kantoi lagi..
kantoi pun kami nak masok juga anuar dlm pjr hukuman berada pada hakim,dulu hakim coklat hacks sekarang hakim coklat hacks sudah salam maklenong, peguan negara pun sudah salam mak lenong, ingatlah sesiapa yang suka menzalimi orang bahawa kamu akan salam mak lenong.
Perbicaraan Lagi...
Tekenang.... mana Agustin.
Mana Moktar Abdolah.
Mana Dr Ristina...
Mana jijan
Mana kalit Jefri
-tinggal kenangan-
alam bayi ke alam dunia ke alam BARZAH ke alam AKHIRAT,,,,
Lebih banyak Jabatan Kera jaan yang menampakkan ketidak mampuan utk urus kerja mereka dgn baik. Kita mulakan dgn SPR & JPN yg tercalar teruk, kini Jabatn Kimia pula hilang wibawanya. Jabatan Peguam Negara telah lama tidak dipercayai ketelusannya.Saya kini tertanya-tanya, adakah pegawai yg terlibat tidak punyai kepakaran/ilmu atau mereka telah dicucuk hidung oleh orang tertentu? Rakyat kena bangkit tuntut perubahan menyeluruh, dan ianya hanya akan berlaku kalau kera jaan yg ada ditukar kpd kerajaan pilihan rakyat. Sebab itu, langkah awal, tuntutan Bersih mesti diperjuangkan oleh semua rakyat yang inginkan kesaksamaan dalam memilih pemimpin kita. Kita tak mahu SPR yg songsang itu memilih bagi pehak kita dgn melakukan penyelewengan dan penipuan. Kalau SPR kata mereka bersih, sila benarkan "Independent International Auditors" utk melakukan semakan data, dokumentasi & sistem komputer SPR. Saya yakin ini tak akan berlaku!
Hakim sekarang ni kena faham dulu DSAI masuk penjara bukan keran liwat tapi konon "salah guna kuasa".Kes liwat yang mula-mula dah buang.
Apa nak jadi negara ni,Jabatan yang begitu penting pun tak ada pengiktirafan antara bangsa,beli kapal selam tak boleh menyelam,beli jet pejuag tak cukup alat ganti dan beli kereta kebal bila jalan muncung menjunam kebawah.Betul rakyat kena kencing.
Catat Ulasan