30 Ogo 2011

Majoriti Mahu Dakwat Kekal & Pemantau Asing Untuk Pilihanraya - Merdeka Center

Hampir separuh daripada rakyat negara ini tidak berpuas hati dengan cara Putrajaya mengendalikan perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara awal bulan lalu, demikian menurut kajian terbaru kendalian Merdeka Center.

Hasil kajian firma itu yang dikeluarkan hari ini menunjukkan 48 peratus tidak bersetuju dengan cara digunakan oleh pentadbiran Najib manakala 39 peratus melahirkan pendirian bersetuju.

Mengikut pecahan kaum, pendirian tidak berpuas hati sangat tinggi di kalangan masyarakat Cina iaitu 68 peratus, diikuti 55 peratus melibatkan orang India dan 37 peratus kalangan Melayu.

Bagaimanapun dari segi puas hati, responden kalangan Melayu merekodkan 53 peratus, 28 peratus di pihak kaum India dan 17 peratus orang Cina.



“Hampir 49 peratus responden mengatakan bahawa mereka memahami tuntutan-tuntutan Bersih 2.0, gabungan pertubuhan bukan kerajaan yang telah diharamkan, yang menuntut pembaharuan bagi pilihan raya yang adil dan bersih di Malaysia.



“(Hanya) seramai 39 peratus responden melahirkan rasa puas hati dengan cara kerajaan mengendalikan isu-isu berkaitan dengan Bersih sementara 48 peratus responden tidak berpuas hati,” kata Merdeka Center.

Kajian itu menunjukkan bahawa seramai 33 peratus responden faham tentang lapan tuntutan dibawa oleh Bersih 2.0 manakala 29 peratus faham sedikit dan baki 19 peratus tidak tahu atau tidak faham langsung.

Kajian kali ini, menurut Merdeka Center dikendalikan melibatkan 1,027 respoden, membabitkan pengundi berdaftar, antara 11 hingga 27 Ogos lalu.

Berkaitan dengan pembaharuan pilihan raya kajian kali ini turut mengemukakan soalan khusus berkaitan dengan

a) keperluan mengkaji dan membersihkan daftar pemilih

88 peratus responden bersetuju dengan soalan mengenai keperluan mengkaji dan membersihkan daftar pemilih.



b) penggunaan dakwat kekal,

Seramai 70 peratus bersetuju agar pilihan raya di negara ini menggunakan dakwat kekal dan 19 peratus tidak bersetuju.



c) membenarkan pembangkang menggunakan media arus perdana

Sseramai 68 peratus bersetuju dengan cadangan membenarkan pembangkang akses kepada media arus perdana



d)mengundang pemantau asing dan tempatan.

70 peratus mahu kerajaan membenarkan pemerhati asing dan tempatan memantau perjalanan pilihan raya negara ini



6 ulasan:

lan berkata...

"Bagaimanapun dari segi puas hati, responden kalangan Melayu merekodkan 53 peratus, 28 peratus di pihak kaum India dan 17 peratus orang Cina"

...melayu totok!

Awan Network berkata...

kerajaan ikut jr lah kan..buat apa nak takut kalau benar..

Entri Terhangat!! :
Identiti Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Dibongkarkan !!
Oh Perempuan Dan Onani!!

Tanpa Nama berkata...

org melayu yg byk kene pukul,tp org cine yg x puas ati...org melayu suke plak..sesunggunhnya negara kita mmg akn dpt balak sbb rmi sgt muslim yg buta hatinya

hussein berkata...

48% yang tak puas hati tu terdiri dari rakyat yang maukan perubahan,yang 39% tu terdiri dari orang UMNO/BN yang tak puas-puas kena kencing.Dan diantara 39% tu temasuk juga orang UMNO dikampong dan diFELDA yang tak tahu-menahu apa yang berlaku dinegara ni sebab terlalu lama diternak UMNO.

rakab berkata...

SPR telah umumkan kemungkinan akan menggunakan dakwat kekal.

Pakatan akan kehilangan isu.

Keterbukaan yang ditunjukkan kerajaan akan dapat menambahkan perolehan undi BN.

Tanpa Nama berkata...

rakab

apa yg diumumkan oleh SPR ialah "mungkin". Belum pasti.

Lagipun jika ia dilaksanakan rakyat akan melihat itu adalah kemenangan Pakatan Rakyat dan BERSIH yang selama ini menuntut penggunaan dakwat kekal.

Hancurlah UMNO BN!