6 Ogo 2011

Kes Scorpene Di Perancis Dapat Perhatian Selepas Peguamnya Diusir

Pengusiran peguam Perancis, William Bourdon oleh kerajaan Malaysia, mencetuskan minat lebih besar rakyat Perancis terhadap skandal pembelian kapal selam Scorpene.

Menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, pengusiran tersebut mendapat liputan meluas media Perancis ekoran reputasi cemerlang Bourdon sebagai peguam hak asasi manusia.

"Orang Perancis tidak tahu yang beliau mengendalikan (kes ini) di Malaysia, dan ia membangkitkan minat yang besar di kalangan orang ramai," katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Bourdon "terkenal" kerana antara lainnya, mewakili pihak yang membuat tuntutan terhadap pemerintahan diktator Pinochet dan kes-kes pembunuhan beramai-ramai Rwanda dan pengusirannya telah memburukkan prestasi Malaysia.

Beliau diusir ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 22 Julai lalu, ketika mahu menghadiri program makan malam anjuran Suaram yang turut diadakan di Petaling Jaya dan Ipoh.

Beliau hanya sempat hadir program majlis makan malam yang diadakan di Bayan baru Pulau Pinang, sehari sebelumnya.

Pengusiran beliau menggambarkan ketakutan kerajaan pimpinan Najib kerana beliau sepatutnya dijadual memberikan ucapan mengenai skandal pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia yang dibicarakan di Perancis.

Kes melibatkan pembayaran komisen berjumlah 114 juta Euro atau bersamaan RM540 juta, membabitkan syarikat Perimekar Sdn Bhd dan firma pertahanan Perancis, DCNS, selain dua lagi komisen yang akan dibongkar di mahkamah negara itu.

Perimekar dimiliki sepenuhnya Ombak Laut, syarikat milik penuh Abdul Razak Baginda iaitu teman rapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang terlepas hukuman mati kerana membunuh Altantuya. -tvsnews



1 ulasan:

Unknown berkata...

Dah agak. Malaysia saja cari fasal. Usir peguam dari negara maju. Orang akan selidik habis-habisan, motif pengusiran. Orang tak sekolah undang-undang pun tahu. Jelas ia adalah arahan pihak Menteri di Pusat. Arahan diberikan. Tak apa, sekurang-kurangnya Malaysia terkenal di merata dunia kerana ada skandal kapal selam. Bangga you! Sebagai anak Merdeka, kita patut bangga ada peguam kena usir sebab ada pihak yang takut dengan bayang-bayang, hanya dia pemimpin besar, kalau dia berada di pihak pembangkang, sudah lama ditelanjangkan habis-habisan. Inilah sistem Malaysia. Kita nak tengok biar Paris telanjangkan...