30 Ogo 2011

Kajian Auta Rais Yatim Tentang Kepimpinan Najib Bakal Runtuhkan Rejim UMNO BN

Penerangan: Kepimpinan Najib diterima rakyat

Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diterima majoriti rakyat di negara ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.

Beliau berkata kajian yang dijalankan oleh Jabatan Penerangan Malaysia mendapati kepimpinan Perdana Menteri amat kukuh di kalangan rakyat di negara ini terutamanya daripada segi penerimaan program pembelaan rakyat.

Sehubungan itu, beliau menganggap laporan kajian Merdeka Centre yang mengatakan populariti Perdana Menteri semakin menurun sebagai tidak berasas.

“Mereka hanya mengambil beberapa sampel yang tidak menyentuh komuniti luar bandar, masyarakat India yang tidak menyeluruh, masyarakat yang berada di sekitar kuala Lumpur yang mempunyai sokongan kuat dan padu kepada Perdana Menteri," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di Putrajaya hari ini.

Kajian terbaru Merdeka Centre mendakwa aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.

Bagaimanapun, kajian Jabatan Penerangan Malaysia yang melibatkan 50,000 responden yang terdiri daripada pelbagai masyarakat di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak mendapati mereka amat menerima kepimpinan Perdana Menteri dan kerajaan BN secara ikhlas.

Sehubungan itu, Rais yang meragui kajian Merdeka Research Centre itu menasihatkan pusat penyelidikan itu mengambil pendekatan yang menyeluruh apabila membuat sesuatu kajian sepertimana yang dilakukan di beberapa negara barat.

"Saluran penyelidikan mereka adalah terhad dan bagi pihak yang tertentu. Jadi ia tidak berasas kepada kenyataan dan keadaan sebenarnya," katanya.

Rais berkata peningkatan berganda bilangan orang ramai yang mengunjungi rumah terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri pada hari ini berbanding tahun lalu juga jelas menunjukkan keyakinan rakyat negara ini terhadap kepimpinan Najib sebagai pemimpin nombor satu negara. - Bernama

Ulasan GB

Seperti yang GB ulas sebelum ini GB katakan

Satu ketika dulu, apabila Merdeka Center mengumumkan populariti Najib meningkat 72% pada Mei 2010, bergendang seluruh media arus perdana dan para pemimpin BN mengumumkan kajian Merdeka Center tersebut. Mereka memuji-muji Merdeka Centre menyatakan kajiannya tepat dan sahih.

Tetapi kini apabila organisasi yang sama mengumumkan populariti Najib kini merudum ke paras 59%, mereka tiba-tiba terkejut beruk dan terus tenggelam di dalam sindrom penafian dengan tidak mempercayai kajian Merdeka Centre tersebut.

Apa punya bingai menteri-menteri BN ini.


Tak timbul soal sampel tak menepati realiti sebelum ini.

Tiba-tiba apabila Merdeka Centre keluar dengan hasil kajian yang tak berpihak kepada mereka dan mendapati populariti Najib merudum, Rais Yatim tiba-tiba persoalkan "Mereka hanya mengambil beberapa sampel yang tidak menyentuh komuniti luar bandar, masyarakat India yang tidak menyeluruh...."

Malah Rais tak segan silu berdusta degan berkata kononnya Jabatan Penerangan Malaysia telah mebuat kajiannya yang melibatkan 50,000 responden yang terdiri daripada pelbagai masyarakat di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak yang mendapati mereka amat menerima kepimpinan Perdana Menteri dan kerajaan BN secara ikhlas.

Benarkah Jabatan Penerangan ada buat kajian atau ia hanya auta Rais Yatim untuk membodek, mengampu dan menyenangkan hati PM?

Sama juga satu ketika di mana Rais berdusta menyatakan Jabatan Penerangan dah buat kajian peserta BERSIH 2.0 kononnya telah dibayar RM50 seorang untuk menyertai perhimpunan 9 Julai 2011 lalu.

Kajian-kajian yang disebutkan oleh Rais tidak pernah diterbitkan dan Bernama pula menjadi pencacai menghebahkan pendustaan manusia bernama Rais Yatim ini. Selagi UMNO percaya kepada kajian auta Rais Yatim selagi itulah mereka terbuai dengan zon selesa.

DAN percayalah.... sindrom penafian mereka ini jugalah yang bakal percepatkan keruntuhan dan kehancuran rejim UMNO BN di bawah pemerintahan Najib.

3 ulasan:

omarjais berkata...

spatutnya kita tausah mengambil hirau pandangan Rais Yatim dan menteri2 kabinet lainnya mengenai populariti Najib krana mreka kini sudah tidak dapat berfikir secara rasional lantaran kehabisan talian hayat untk mempertahankan kuasa yg kini makin terhakis.Org dah nak hampir2 lemas dan menghadapi hari muka yg ta menentu,tntunya sering mimpi ngeri.

rakab berkata...

Omar jais,

Memang begitu lah pegangan ahli pembangkang sejak dulu lagi.

Sentiasa dalam keadaan menafikan apa saja yang datang dari pemimpin Umno.

Walhal setiap ka;li pilihanraya umum , Bn/Umno sentiasa menang dan terus memerintah negara.

Cuba buka sedikit minda tuh !.

Bukan semua yang datang dari pemimpin Umno itu salah belaka.

Tanpa Nama berkata...

Si luncai terjun dengan labu - labunya...

Biarkan! Biarkan!