8TV: Iklan 'ketiak' disalahtafsir
Stesen televisyen 8TV hari ini memohon maaf berhubung iklan Ramadan yang di-keudarakan seketika sebelum ditarik-balik berikutan bidasan pelbagai pihak bahawa ia berbaur perkauman dan membuat stereotaip berdasarkan bangsa.
Sambil memetik ahli falsafah Austria Karl Popper, 8TV cuba berfalsah menjelaskan iklan berbentuk pengumuman perkhidmatan masyarakat (PSA) Ramadan yang disiarkannya itu.
"Seperti ahli falsafah terkenal Austria Karl Popper pernah berkata, “Adalah mustahil bagi bercakap dalam cara yang anda tidak akan disalah-tafsir” - dan ini situasi malang yang berlaku akibat iklan PSA Ramadan 8TV.
“Dengan kesal terdapat salah tafsiran PSA itu yang hanya bertujuan menyampaikan mesej bagi menghormati bulan Ramadan.
“Mesej itu bukan bertujuan menyinggung mana-mana bangsa atau keturunan dalam apa cara sekalipun. Ini adalah kesilapan jujur membabitkan sedikit jenaka yang disalahtafsir dan menjadi kebimbangan sesetengah pihak.
“Sehubungan itu, 8TV menarik balik PSA berkenaan dan memohon maaf atas sebarang ketidak-selesaan atau kesulitan akibat daripada penyiarannya itu,” kata stesen tv berkenaan dalam satu kenyataan.
Pada satu daripada tiga iklan itu, ketiak seorang wanita Cina yang memakai baju tanpa lengan yang ketat dikaburkan apabila dia mengunjungi bazaar Ramadan sambil mendakwa dirinya menjadi tumpuan.
Iklan itu kemudiannya menasihatkan penonton agar tidak berpakaian ketat dan mendedahkan. Mereka juga diingatkan supaya tidak terbawa-bawa dan memahami serta menghormati signifikan Ramadan.
Dalam reaksi terhadap kemarahan orang ramai, CEO 8TV Ahmad Izham Omar dalam tweet meminta penonton supaya 'chill' dan tidak “terlalu banyak berfikir”.
“Chill guys. Don't overthink the ads. It's written, produced and directed by a multi-racial team. If you overanalyse, anything will be bad,” tulisnya.
Ulasan GB
Iklan tersebut sebenarnya menggambarkan tahap mentaliti dan IQ rendah keseluruhan warga kerja 8TV.
Mereka kini berfalsafah mempertahankan diri sedangkan keseluruhan episod iklan tersebut lansung tidak menampakkan unsur didaktik tetapi lebih kepada humor yang tidak menjadi malah dilihat over-acting dan keterlaluan di dalam cuba menyampaikan mesej yang simple.
Di dalam senario kehidupan pelbagai bangsa, apabila sensitiviti sesutau kaum tidak diambil kira, maka porak perandalah jadinya. Inilah yang berlaku ekoran iklan tersebut.
Minta kaum lain menghormati bulan Ramadhan, tetapi dengan perlakuan-perlakuan yang berlebih-lebihan yang tidak pun dilakukan di dunia realiti, menjadikan mutu iklan tersebut terlalu rendah.
Malah di dalam banyak hal bangsa sendiri yang banyak melanggar batas akhlak di bulan Ramadhan.
Dan yang terlebih utama Media Prema sendiri yang perlu menyemak rancangan-rancangan yang mereka tayangkan selama ini samada ia bertepatan dengan akhlak Islamiah, begitu juga dengan siaran berita-berita mereka samada ianya bersih dari fitnah dan propaganda yang ternyata ianya melanggar terus bukan sahaja akhlak Islamiah malah disiplin dan etika pemberitaan itu sendiri.

7 ulasan:
ini semua hasil dari generasi yg tidal terdidik secara mantap dgn Agama. Jadi CeO pun bangang. dia kira duit saja tanpa rasa bersalah. minta maaf dan esok ulang lagi kesalahan dan minta maaf lagi.. jangan ingat diri sendiri hebat... bertanyalah kepada yg lebih arif... jangan jadi melayu yg boddoh-sombong, yang cerdik tak boleh nak diikut, dan boddohnay pula tak boleh diajar...
Dalam filem Black Hawk Down terdapat suara azan berkumandang. Kepada penonton biasa-biasa, suara azan berkenaan kononnya satu pengiktirafan pembuat filem terhadap agama mereka. Ia satu kebanggaanlah bagi mereka!
Tetapi kepada pihak yang kritis dan mereka yang menilai hasil seni secara tersirat dan tersurat maka laungan azan dalam filem BH Down adalah tersirat propaganda untuk mengaitkan keganasan dengan agama. Ini adalah karya tersirat elemen rasis.
Masalahnya kenapa pihak tempatan yang sensitif dalam isu rasis tidak nampak dan tidak bersuara? Memang tidak nampak atau sengaja membutakan mata? Atau dipengaruhi pemikiran bahawa apa yang Barat buat semuanya betul? Atau terpaksa telan kerasisan Barat di sebabkan mereka adalah 'durian' dan anda adalah 'timun'?
Masakan pembuat filem BH Down boleh hasilkan karya rasis dan diterima seadanya tanpa ada suara tentangan melabelkan mereka sebagai rasis. Walhal kalau ada karya tempatan, secepat kilat anda nampak aspek yang rasis dan sepantas kilat pula anda bersuara. Ini double standard.
Perasaan kerdil apabila berdepan dengan kemungkaran filem Barat tetapi terlebih celik apabila melihat filem tempatan bukanlah sifat budiman dan jauh sekali bersifat tukang tegur yang adil dan tidak berpilih-pilih.
Apabila Barat pinta anda jangan sekat kebebasan mereka (Barat) untuk berkarya makanya anda patuh tetapi apakah karya tempatan perlu disekat kebebasannya? Jika inilah caranya anda-anda (penonton, aktivis, agamawan dan politikus tempatan) menilai karya-karya yang ada makanya selamanyalah karya tempatan akan dilihat inferior berbanding karya dari luar. Adilkah?
Keh-Keh-Keh
Komen berkenaan filem Black Hawk Down adalah tidak kena. Azan tersebut hanyalah untuk menguatkan persepsi filem itu berkenaan situasi di Mogadishu Somalia. Suasana di situ adalah berlatarbelakangkan Islam, sudah tentu azan berkumandang pada waktu tertentu.
Filem itu adalah filem 'kisah benar' maka pengarah perlulah memberi persepsi yg seperti bila cerita itu berlaku. Hakikatnya kisah benar ini tidak berapa benar adalah perkara lain.
Sama juga apabila movie berkenaan Rom atau Robin Hood, terdapat juga gambaran berunsur kristian seperti gereja, paderi2 yg mungkin nampak selekeh dsb, penonton mestilah bersikap terbuka dalam hal ini.
Sepatutnya mereka yg berfikiran begini tidak menonton TV dan movies. Drama2 melayu juga penuh dengan elemen2 serupa jika hendak dianalisa sedemikian. Tutup TV dan tidak menonton sebarang bahan yg direka2. Cuma tonton program ilmiah dan berita sahaja.
Anon 1:4,
Komen kamu mengesahkan bahawa apa yang dirasakan oleh politikus A tak semestinya dikongsikan oleh politikus B, C dan seterusnya.
Aspek sama juga teraplikasi dalam konteks iklan TV9, cumanya pihak mana yang menang dalam permainan politik berkenaan ditentukan oleh...
TQ
cik anmo 11:05 dan cik anom 1:48
saya rasa orang yang sama dan saya bukan anom 1:04
cik anum 1:48
Komen kamu mengesahkan bahawa apa yang dirasakan oleh cik anom A tak semestinya dikongsikan oleh cik anom B, C dan seterusnya.
itulah hakikatnya.
sometime we need to "overanalyse" to ensure that we do not go overboard.
Yes it could have been 'directed by a multi-racial team' but whether they critically make use of that special thingy above their neck, i.e brain
media prima as a whole seems to be making a lil too much mistakes off late ..(last i check - last years Raya ads was a disaster , causes lots of chaos)
that, too me looks like an org leads by bunch of brainless idiots
obviously they just dont ever learn from their mistake
Catat Ulasan