4 Ogo 2011

Kes Ahmad Sarbani: Siapa Hapuskan Rakaman CCTV?

Pelakon lagak ngeri: Sukar untuk keluar tingkap

Pelakon lagak ngeri, Mohd Haslin Azriff Ramley memberitahu inkues kematian pegawai kastam Ahmad Sarbaini Mohamad bahawa agak sukar untuk keluar dari tingkap - tempat mangsa didakwa jatuh - dan beliau mengambil masa tiga hingga empat minit untuk berbuat demikian.

Saksi ke-31 inkues itu menjelaskan walaupun mempunyai pengalaman dalam melakonkan adegan lagak ngeri, namun perasaan gementar dan takut tetap ada ketika cuba keluar dari tingkap berkenaan.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane pada 6 April.

Sementara itu, pakar patologi Prof Dr Shahrom Abd Wahid dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berkata, Ahmad Sarbaini terjatuh dari aras tiga bangunan SPRM Wilayah Persekutuan itu dengan tidak disengajakan.

Dr Shahrom, 54, yang juga saksi ke-32 inkues berkata daripada hasil penemuan yang dibuat selepas melawat tempat kejadian, didapati Ahmad Sarbaini (mangsa) keluar dari tingkap di bilik pantri di aras tiga bangunan itu untuk menuju ke bumbung berhampiran yang mengelilingi gelanggang badminton.

"Ini adalah kerana jika berdiri berhampiran tingkap, kelihatan bumbung yang terletak di sebelah kiri tingkap itu nampak dekat tetapi apabila mangsa berjaya keluar dari tingkap, didapati bumbung berada dalam kedudukan yang jauh," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas.

Dr Shahrom berkata Ahmad Sarbaini kemudiannya cuba meniti di atas tebing tingkap ke arah kanan untuk mencapai bumbung berhampiran sambil tangannya berpaut pada bingkai tingkap, namun tidak berjaya.

Saksi itu berkata mangsa kemudiannya cuba memanjat semula tingkap untuk masuk ke bilik pantri tetapi beliau tidak dapat mengimbangi badannya lalu tergelincir dan jatuh ke aras satu bangunan itu.

Katanya perlakuan itu dibuat dengan berhati-hati dan tidak terburu-buru kerana jika seseorang cuba melarikan diri dengan cara terburu-buru akan terdapat kecederaan dan tanda lebam pada badan disebabkan keadaan tingkap yang agak menyukarkan seseorang untuk keluar dengan cara sedemikian.

Beliau berkata kesimpulan yang dibuat juga berdasarkan kepada lakonan lagak ngeri yang dilakonkan semula oleh pelakon lagak ngeri, Mohd Haslin Azriff Ramley.

Saksi itu menjelaskan lakonan dibuat berdasarkan penemuan kesan calar pada cat dinding di bilik pantri, tapak kasut, kepala tali pinggang, kedudukan mayat yang berada selaras dengan tingkap di aras tiga berkenaan dan juga kesan pada tapak tangan mangsa.

"Terdapat kesan putih pada tapak kasut di sebelah kiri mangsa tetapi kesan itu tidak berapa jelas kerana terkena pada belakang seluar kanan mangsa semasa dia terjatuh dan juga terdapat kesan geseran pada kepala tali pinggang ketika mangsa dipercayai cuba masuk kembali ke dalam bilik pantri melalui tingkap," katanya.

Dr Shahrom berkata lakonan semula oleh pelakon lagak ngeri itu menunjukkan kemungkinan mangsa telah jatuh ke belakang apabila kaki kanannya tergelincir dari tebing tingkap dan jatuhan itu menyebabkan kecederaan teruk pada kepala dan keretakan pada tengkorak dan patah tulang di bahagian lutut.

Selain itu tiada tanda lain yang mencurigakan selain daripada disebabkan oleh kejatuhan dan tiada tanda-tanda mangsa dipaksa keluar dari tingkap itu.

"Jika mangsa dipaksa keluar dari tingkap, pasti akan terdapat kecederaan pada tubuh mangsa kerana dia akan melawan kembali serangan daripada seseorang dan akan ditemui kesan pergelutan di tempat kejadian," katanya. -mk

Ulasan GB

GB melihat isu ini sama seperti isu kematian Teoh Beng Hock - bahawa - Ahmad Sarbani adalah mangsa kepada pegawai-pgawai SPRM yang salahguna kuasa, angkuh dan sentiasa berdusta apabila memberi keterangan.

Kita masih tertanya-tanya: Siapa padamkan rakaman CCTV sewaktu Ahmad Sarbani disoalsiasat? Itu perlu diberikan penekanan di peringkat awal siasatan.

MUSTAHIL samasekali CCTV terhenti atau tidak berfunsi di dalam keadaan itu sedangkan CCTV dapat merakam ketibaan Ahmad Sarbani di pejabat SPRM dengan menaiki motorsikal sebelumnya. Ini bererti pihak orang dalam SPRM atau PDRM yang menyiasat TELAH menghapuskan rakaman CCTV berkenaan.

Selagi persoalan itu tidak dileraikan keseluruhan episod inkues adalah justifikasi yang direka-reka untuk menunjukkan kononnya Ahmad Sarbani membunuh diri.

p/s Jangan nanti ada pula nota kecil "SELAMAT TINGGAL" ditemui dalam beg atau di motorsikal atau saranan Peguam SPRM yang menyatakan Ahmad Sarbani membunuh diri secara terhormat kerana cuba menyelamatkan maruah bossnya seperti kes TBH!

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau dah bunuh dalam islam kena bunuh balas

Tanpa Nama berkata...

Saya hanya seorang guru bukan penyiasat pro. berpendapat pembunuh sarbini ada dalam pejabat SPRM tersebut.

Tanpa Nama berkata...

SPRM dah tak boleh nak kencingkan rakyat.Pembunuh Sarbani wajar dihadapkan kemahkamah.

Tanpa Nama berkata...

sprm dan polis dah jadi lembu dicucuk hidung kerajaan bn dan be end, x telus dan menipu rakyat sepanjang masa.. ingatlah balasan akhirat nanti wahai pegawai2 yang dibayar gaji oleh rakyat. Keadilan agak tertegak akhirnya walau dimanipulasi mcm mana pun.

linda berkata...

di dunia nie, mungkin si pembunuh tu boleh terlepas, tapi dia akhirat nanti, biarla Allah yang menentukan kerana Dia lebih mengetahui kerana Dia MAHA adil..
Takut la pada hukuman di akhirat dari takut hukuman di Dunia..

Tanpa Nama berkata...

AKU PELIK, NAPELAH SARBANI NI DIBUNUH? PAS TU NAPELAH BERIYA2 SANGAT NAK LINDUNG ORG YANG BUNUH SARBANI? SEDANGKAN SIRUL DAH PUN DIJATUHKAN HUKUMAN. KELAKO DRAMA KAT MESIA NI... WAKAKAKA

Tanpa Nama berkata...

Cctv di pdg Mahsyar tak dpt dipadamkan....