Rosmah, masalah baru Najib
"Di Malaysia, orang belum boleh menerima isteri seorang PM sebagaimana yang dibuat oleh Rosmah," kata Prof Datuk Dr Zainal Kling.
PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik tempatan berpendapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini berdepan dengan masalah yang ditimbulkan oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, di samping timbunan masalah lain.
Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, orang melihat Rosmah sebagai lebih menonjol dari Najib sendiri. Di Malaysia, orang belum boleh menerima isteri seorang Perdana Menteri sebagaimana yang dibuat oleh Rosmah.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kepimpinan Najib yang menjadi perbualan banyak pihak termasuk di kalangan orang Umno sendiri.
Persatuan Bekas Ahli Parlimen Umno (Penawar) mahu Najib meletakkan jawatan kerana mendakwa tidak berjuang untuk orang Melayu dan negara Malaysia.
Setiausaha Agung PAS, Mustaffa Ali pula mendakwa ada kumpulan pimpinan Umno yang mahu Perdana Menteri meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum.
Mengulas lanjut, Dr Zainal berkata, rakyat curiga dengan Najib yang cuba membentuk keseimbangan untuk semua orang. Orang Melayu anggap Umno tidak membela mereka, orang Cina dan India pula dakwa kerajaan Umno tidak membela mereka.
“Orang Sabah dan Sarawak menuntut hak masing-masing, jadi Najib masih berdepan dengan masalah dalaman,” tambahnya.
Para pemimpin Umno, kata Dr Zainal, pula masih menganggap diri mereka ‘raja’ dan tidak turun padang menemui rakyat sebagaimana diarahkan Najib.
Beliau berkata, Najib terpaksa bekerja kuat dan cepat untuk membaiki kelemahan yang berlaku sebelum ini. Malangnya, orang Umno masih lemah semangat walau pun ada tanda-tanda rakyat kembali menyokong kerajaan. -FMT
Ulasan GB
GB sudah katakan lebih awal iaitu di awal tahun 2011 lagi bahawa Najib Bakal Jatuh Tergolek Kerana Rosmah
Petikan:
Belum ada isteri-isteri PM sebelum ini yang bertindak liar seperti yang dilakukan oleh isteri Mohd Najib, Rosmah Mansor namanya.
Najib nampaknya seperti tidak dapat mengekang dan mengawal tindakan Rosmah yang besar sangat nafsunya menjadi "diplomat" sekalipun bukan berhormat dan tidak pula bertauliah.
Rakyat BERHAK untuk mendesak Najib mengarahkan isterinya berhenti dari berkelakuan jelek yang menghabiskan wang rakyat.
Jika tidak Najib akan menanggung segala sumpah dan makian rakyat yang tak pernah mengundi Rosmah Mansor, isteri yang didakapnya saban malam.

PAS dakwa wujud gerakan dalam Umno mahu guling Najib
KUALA LUMPUR, 4 Ogos — PAS mendakwa wujud gelombang besar dalam Umno sendiri yang mahu menggulingkan Datuk Seri Najib Razak ekoran kebimbangan bahawa Perdana Menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor akan menjadi beban kepada Barisan Nasional (BN) dalam mengekalkan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.
Bagaimanapun parti itu berkata Najib memang sedar tentang usaha sedemikian tetapi enggan meletakkan jawatan kerana bertegas mahu mengetuai BN menghadapi pilihan raya umum, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, itu sebabnya Umno sengaja mewujudkan khabar angin konon pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) telah mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh Hamzah untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang. -TMI
Ulasan GB
GB sudah katakan lebih awal iaitu di awal tahun 2011 lagi bahawa Najib Bakal Jatuh Tergolek Kerana Rosmah
Petikan:
Belum ada isteri-isteri PM sebelum ini yang bertindak liar seperti yang dilakukan oleh isteri Mohd Najib, Rosmah Mansor namanya.
Najib nampaknya seperti tidak dapat mengekang dan mengawal tindakan Rosmah yang besar sangat nafsunya menjadi "diplomat" sekalipun bukan berhormat dan tidak pula bertauliah.
Rakyat BERHAK untuk mendesak Najib mengarahkan isterinya berhenti dari berkelakuan jelek yang menghabiskan wang rakyat.
Jika tidak Najib akan menanggung segala sumpah dan makian rakyat yang tak pernah mengundi Rosmah Mansor, isteri yang didakapnya saban malam.
6 ulasan:
Kalau dengan TUHAN pun dia boleh ego dan sombong..
Apatah lagi dengan suami?
Itu sebab AGAMA itu penting dalam semua perkara.
Najib BANGANG...kah kah kah.
sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.
PM harus sedar doa dan sembahyang hajat yang dipohon oleh rakyat kepada allah telah menampak hasilnya
malaysia telah mengiktiraf kedudokkan wanita setaraf dengan kaum adam,jadi apa masaallahnya?.kedudokkan suaminya secara langsong atau tidak langsong memberi laluan pada ds rosmah berbuat bakti sejajar dengan tarafnya, dan beliau berkemampuan berbuat demikian dari sudut akademi,pendedahan serta pengalamanya.penampilan serta gerak kerja beliau dilihat menapak kehadapan dari pm,maka tercetuslah penamaan negatif terhadap beliau.bagi ds rosmah kalaulah itu penyebab tidak boleh diterima oleh khasnya kaum adam amnya rakyat,perlulah ds rosmah membuat penarikkan diri secara tulus.hakikatnya pula ds rosmah telah menjadi pm bayangan bagi kesemua tingkah lakunya.ini bukanlah lagi suatu tangkapan dalam pemikiran rakyat.kalaulah ini sebenarnya cita cita ds rosmah, akan lebih baik ds rosmah masuk bertanding didalam pru akan datang.ds rosmah dipersilakan.
Yang boleh terima Rosmah hanya orang UMNO kerana tak mahu kecilkan hati Najib.Memang benar komen Prof.Zainal Keling,belum ada isteri PM terdahulu yang macam Big Mama.Lihat apa sudah jadi kepada Hoesni Mubarak yang berkuasa diMesir selama 30tahun.Takkan Najib nak jadi macam Mubarak.
memang bengong najib nih!!
bini dia tiap2 hari keluar tv3... tak caya ko orang tgk la
mengalahkan muhyiden... tuh pasal muhyiden panas bontot!! hahaha
Catat Ulasan