10 Ogo 2011

Isu Gereja: Tindakan JAIS Tidak Perlu, Islam Agama Hujjah - GB Sokong Dr. Asri

Dr Asri: Islam agama hujah, tak perlu tindakan JAIS

Sehubungan itu, katanya Malaysia sebagai sebuah negara Islam sepatutnya, berlaku keadaan di mana orang lain terpengaruh dengan Islam dan bukannya umat Islam di negara ini pula yang dipengaruhi oleh hujah pihak lain.

“Saya terfikir bagaimanakah jika negara-negara bukan Islam seperti Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat dan negara-negara di Eropah mengambil tindakan yang sama ke atas masjid-masjid di sana.

Kita tahu umat Islam di sana aktif berdakwah kepada bukan Islam di pelbagai tempat khususnya di pusat-pusat Islam dan masjid-masjid. Bukan Muslim dijemput datang ke masjid dan diberikan al-Quran dan risalah-risalah berkaitan Islam.

“Jika mereka memakai undang-undang seperti kita, tentu masjid-masjid akan diceroboh dan didakwa,”
katanya dalam satu SMS ringkas kepada Malaysiakini, petang semalam.

Dr Asri mengulas kejadian 3 Ogos lalu, apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) didakwa menyerbu sebuah majlis makan malam yang diadakan di sebuah gereja di Petaling Jaya tanpa sebarang waran.

Exco kerajaan Selangor bagi hal ehwal Islam, Datuk Hasan Ali bagaimanapun mempertahankan tindakan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama itu dengan alasan terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Menurut Dr Asri sebagai agama hujah, pengajaran dan dakwah Islam sepatutnya mampu menangani isu berkenaan tanpa memerlukan tindakan seumpama itu daripada JAIS.

“Bukan hendak mmpertikaikan JAIS, namun untuk renungan kita umat Islam di Malaysia; sehingga bila kita hendak bergantung dengan undang-undang?

“Ertinya, pengajaran dan dakwah kita perlu disemak semula,” katanya mengakhiri SMS itu.

Ulasan GB

Sekali lagi GB sokong Dr. Asri.

Dengan sebab Islam itu agama hujjah maka diturunkan sekalian Nabi dan Rasul kepada manusia untuk berhujjah. Diwujudkan akal fikiran agar kita memikirkan dan kemudian berhujjah di atas setiap apa yang mencabarnya termasuklah siapa pencipta alam semesta.

Nabi Musa diarahkan ke istana Firaun untuk berhujjah, begitulah Nabi Ibrahim dan sekalian Nabi-nabi dan rasul-rasul sehinggalah ke Nabi Mohd s.a.w.

Malah ulamak didatangkan kepada umat Islam sebagai warisatul-anbiya' untuk mengeluarkan hujjah bukan untuk menunjukkan egoisma dan mempertahankan kebebalan dan berselindung di sebalik jubah.

Seperti contoh tatkala kita sibuk membincangkan isu gereja, ada ulamak malah Dewan Ulamak menyokong tindakan JAIS tanpa hujjah, tetapi hanya dengan emosi dan sentimen bahawa ia dikatanya melanggar "undang-undang". Orang yang statusnya ulamak boleh bercakap demikian. Itu sebab Dr. Asri berhujjah: "bagaimanakah jika negara-negara bukan Islam seperti Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat dan negara-negara di Eropah mengambil tindakan yang sama ke atas masjid-masjid di sana".

Sedangkan sebenarnya ulamak itu sendiri jumud atau malas untuk berhujjah secara ilmiah mempertahankan Islam, sekalipun pada namanya ada title doktor palsafah.

Camkanlah setiap yang ditegakkan bukan dengan cara berhujjah, ia ditegakkan secara emosi, sentimen dan nafsu semangat syaitaniah.

Sama kesnya mengenai isu penggunaan kalimah ALLAH. Jika kita hendak menghalang orang lain menggunakan kalimah ALLAH maka apa hujjahnya sedangkan Al-Quran sendiri menggunakan kalimah itu walaupun terhadap tuhan orang kafir! Hanya umat Islam diwajib beriktikad dan menyebarkan risalah bahawa Allah itu Esa. Tetapi kerana jumud, maka umat Islam mengambil jalan ringkas memonopolikan kalimat itu hanya untuk mereka.

Kerajaan UMNO BN selama ini memang tidak memerlukan hujjah untuk menangkap dan menzalimi rakyatnya. Sebab itu tindakan mereka lebih kepada emosi dan sentimen bukan akal fikiran. Sama juga dengan orang-orang UG. Tak gunakan hujjah tapi sentimen, nafsu dan emosi.

Itu sebab semasa PAS mula-mula mengutarakan gagasan Kerajaan Perpaduan dulu, GB bangun menentang dengan hujjah. Walaupun tak ramai yang berani menyanggah hujjah Presiden PAS, tetapi GB telah mengeluarkan hujjah GB di SINI. Orang mungkin tidak membaca dan mendengar hujjah GB< tetapi GB sentiasa yakin Allah mendengar hujjah tak kira dari siapa hujjah itu datang. Dan GB juga yakin Allah itu Hakim Yang Sebenar-benarnya. Maka Allah pun "mengkuburkan" isu Kerajaan Perpaduan walaupun ada segelintir dalam parti yang degil cuba menghidupkannya semula.

Yang menentang GB tidak menggunakan hujjah dan akal fikiran, tetapi menggunakan nafsu dan emosi menyerang peribadi yang didengar dari pihak lain disamping berselindung dengan pelbagai nama sebagai topeng untuk menutup kemunafikan sendiri. Itu tahap mentaliti mereka.

Petikan contoh hujjah GB di dalam isu UG dulu:

Jika ada kerajaan yang sedemikian di dalam Al-Quran dan Sunnah, sila buktikan, kami sedia menimbangkan malah mengikuti dan mendokonginya. Namun jika tidak ada, maka kembalilah ke pangkal jalan setelah jalan yang menyesatkan itu diwarwarkan untuk memecahbelahkan ummah seadanya.

Yang lebih utama perbaiki diri dan parti supaya kita bertambah perkasa untuk diterima oleh rakyat sebagai pemerintah negara. Perbaiki diri wakil-wakil rakyat yang kita ada. Tidak ada apa-apa makna jika bercakap berdegar-degar tentang Kerajaan Unity, tetapi semasa seorang ahli Pakatan Rakyat sedang menerima usul untuk digantung di Dewan Rakyat, mereka tidak ada untuk bersama menentang kezaliman yang menimpa. Sama juga disaat ketika mana kerajaan Perak dirampas kuasanya, mereka sedang berada di luar negara pula. Itukah contoh teladan yang ditunjukkan kepada rakyat jelata? Itukah cara memimpin bagi seorang yang bergelar ketua? Kemudian pulang untuk berucap berapi-api di pentas untuk buktikan aku masih setia sedangkan yang tinggal masa itu hanyalah sisa-sisa yang sudah tidak mempunyai makna apa-apa!

Bukan tugas yang disuruh Allah untuk kita mendengar atau mencipta panggilan di kiri kanan jalan yang melecehkan kejayaan perjuangan Islam sebenarnya sepertimana syaitan yang telah cuba melecehkan perjalanan Rasulullah ke siratul-muntaha di dalam peristiwa Isra Mikraj satu ketika. Perjuangan haq menentang batil akan tetap ada sepanjang masa. Dan bukan tugas kita untuk meneroka jalan singkat ke syurga. Ia sama sekali tidak akan terjumpa. Jalan singkat yang bernama kerajaan perpaduan itu hanya ilusi semata-mata!


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya Hasan Ali perlu mengeluarkan duit zakat Selangor untuk lebih membantu orang miskin di Selangor. Jangan biarkan orang lain mengambil alih peranan itu. Lebih malang lagi peranan ingin membantu disalahtafsirkan oleh Hasan dan menyuruh JAIS bertindak. Sepatutnya Hasan perlu memanggil golongan miskin yang dikatakan akan dimurtadkan untuk diberi pertolongan dan tarbiah. Hasan juga sepatutnya berjumpa dengan pihak gereja dengan menegur secara baik bahawa umat Islam tidak digalakkan untuk berbuka puasa di dalam gereja kerana boleh menimbulkan fitnah, bukannya dengan terus menyerbu. Hasan patut berhenti. PR Sepangor perlu mencari penganti yang sesuia dan calonnya yang dilihat sesuai ialah Khalid Samad.

yusofali berkata...

Alhamdulillah..org yg mcm Dr Asri ini lah yg diperlukan menjaga Keugamaan di Malaysia sebagai Menteri yg boleh menunjukkan pemimpin2 Ugama dibawahnya utk mendidik Muslim2 org ramai dan berdakwah secara hikmah...PRU 13 akan menimbulkan beliau InsyaAllah keatas..amin

Tanpa Nama berkata...

UG tu srupa je ngan UMNO... ganu paling ramai... mereka tak der hujjah tapi guna nafsu dan emosi agama & bangsa mcm Mustafa Ali, Abu Bakar Chik & Harun Taib. Di Selangor, Hassan Ali dgn Iskandar Samad. Pimpinan Pemuda PAS Pusat dikontrol oleh golongan UG ini.

Mereka ni golongan yang seorg blogger kata "binatang". Golongan ni golongan serban sebakul sama mcam golongan songkok tinggi - binatang yang tak pakai akal.

soriler tapi geram sgt golongan bangang dalam pas ni. mereka asyik bagi UMNO sokongan percuma jer...

Tanpa Nama berkata...

Gua sokong sngt. Gereja tu buat kebajikan. Yg kita nak tuding sana sini napa? Setiap org berhak nak tolong org.

Jangan sampai org lain tolong, lepas tu kita nak marah, sdang dlm masa yg sama kita lepas tangan.

Kalu dia org terima pun lebih baik drp diorg meormpak kerana dah terdesak.

Sebagai rakyat melisia gua bangga bro, saban tahun di umumkan jumlah pungutan zakat yg bukan sedikit.


Selangor juga dgn bangganya mencanang sana sini, sejak PR perintah laba pungutan zakat mencecah RM500 juta!!! setahun. Fuh2 fuh , kalu $ tu dpan mata gua, gua pasti gua akan terpingsan tengok $ bnyak tu.

Belom lagi nogori gua nogori Johore yg kemakmuranya tersebar seantero dunia.

Tapi nape masih ramai yg menadah tangan. Gua beranikan diri mewawancara pengemis dgn anak kecil kat jejantas bank negara. Sbb Gua tengok mcm indon. Cuma nak pastikan saja.

Anak akak ke?
Ya. (masa ni terperanjat beruk sakan kerana bahasanya bahasa org Johor!!!)
Berapa org sume?
5 org.
Nape akak duduk kat sini?
Nak beli susu anak x ada $.
Suami mana?
Hisap dadah.
Nama sapa kak?
Nora.
Asal mana?
Johor....
Sah sangkaan gua.....

Gua sangka indon. Gua ofer ikut gua balik. Gua bayar gaji duduklah dirumah gua jadi bibik. Kebetulan gua sdg cari bibik. makan apa yg gua makan. Sungguh menyayat hati. Gua pujuk sungguh2. Dia menolak dgn baik.

La ni bro, dari jejantas bank negara sampai jejantas star LRT sogo, berapa ramai pompuang memangku anak kecil mengemis.

Gua peliks bro mana perginya juta2 tu?

Bnyak lagi peristiwa yg gua lalui hingga rasa ngeri nak kuar lunch kerana bila beli nasik ada saja yg menebeng kat tepi kedai atau warung yg memandang kita dgn penuh seribu pengertian. Gua tanya nak makan? Anggok.

Gua hanya mampu bersyukur di atas apa yg allah berikan.

Wahai org2 yg berada di atas kayangan lagak hdupnya, sesekali pandanglah ke bawah. selusuri manusia2 di jalanan ini.

Gua hanya mampu menitiskan air mata dgn keadaan yg ada.

Tanpa Nama berkata...

betol ke PERLIS dulu macam ni masa ASRI jd mufti..??? siap ada bukti lagi... hehehe ... kalau betol kenapa dulu x buat spt apa yg dikata? http://abu-syafiq.blogspot.com/2011/08/mufti-wahhabi-makan-duit-zakat-miskin.html

Tanpa Nama berkata...

Anon 1:36 adalah contoh mentaliti golongan songkok tinggi UMNO atau UG.

dia tak keluarkan hujjah tapi cari cara nak serang peribadi Dr.Asri.

Anon 1:36 adalah melayu tarak akal, melayu taraf binatang.