PAS: 'Serbu gereja' bagi tenggelamkan 'masalah' SPR
Kira-kira 20 orang yang mendakwa mewakili beberapa pertubuhan bukan kerajaan mengadakan demonstrasi di depan pagar Bangunan SUK di Shah Alam, pagi ini.
Kumpulan itu menggelarkan diri mereka Pemuafakatan Waris Melayu Malaysia (Warisan) dan Gerakan Memantau Perkhidmatan Agensi Kerajaan (Gempak).
Sambil memakai topeng Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kerajaan negeri, Datuk Hasan Ali dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, mereka membawa mangkuk tandas, penyapu lidi, berus pencuci tandas dan pencuci lantai.
Demonstrasi itu diadakan sebagai sokongan kepada tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu selepas mendakwa terdapat gerakan bagi memurtadkan umat Islam di negeri itu.
Menurut Bernama, setiausaha Warisan, Zulkifli Shariff, mendakwa mereka tersinggung dan terhina dengan telatah "kebudak-budakan" Abdul Khalid yang tanpa menunggu penjelasan dari JAIS memohon maaf atas serbuan itu.
Kumpulan kecil itu menunjuk perasaan dari pukul 10 pagi dan bersurai kira-kira 20 minit kemudian setelah diarah pihak polis yang bertugas mengawal keadaan.
Sementara itu, PAS mendakwa isu berkenaan sengaja ditimbulkan bagi menenggelamkan isu yang cukup berbahaya kepada negara iaitu kontroversi MyKad dan pendaftaran warga asing di dalam daftar pemilih SPR.
Menurut ahli jawatankuasa PAS Pusat Idris Ahmad, setakat ini jawapan yang diberikan oleh SPR “diketawakan oleh orang pekak dan buta” manakala media perdana milik Umno dan BN cuba menimbus isu pendaftaran ini.
“Pemimpin Umno dan NGO Umno macam dilanda histeria mengenai isu ini (serbuan JAIS ke atas gereja). Kononnya merekalah pembela agama. PAS istiqamah dan konsisten menentang isu murtad di negara ini.
“Di mana suara Umno dan Utusan ketika isu Noraishah Bukhari, Hartina Kamarudin dan lain lagi? Sejarah telah mencatatkan berlaku penangkapan ISA terhadap pemimpin pemuda PAS dalam operasi lalang 1987 kerana isu Kristianisasi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurutnya, PAS juga telah membuat keputusan untuk bertemu secara langsung dengan pihak JAIS dan juga gereja untuk mendapat gambaran sebenar.
Negara kita ada undang-undang, siapa yang bersalah akan dihukum. Media bukan gelanggang untuk menyelesaikan perkara ini,” katanya.
Dalam nada menyindir Idris berkata beliau berharap pemimpin dan media Umno menyedari bahayanya murtad dan tidak menjadikannya isu politik.
“Tahniahlah kepada pemimpin Umno dan media Umno kerana baru sedar bahayanya murtad. Kita harapkan janganlah kerana politik semata-mata.
“Samalah ketika isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam Umno menjadi juara. Tetapi dalam masa yang sama menentang hukum Allah dan menyekat ajaran Allah diajar di dalam surau dan masjid. Pelik juga Umno, nama Allah dipertahan, hukum Allah dia lawan.,” katanya.
idris juga mempersoalkan mengapa Umno diam membisu apabila MCA merancang untuk menyaman kerajaan Kelantan pimpinan PAS kerana mengharamkan perjudian di negeri itu.
“Sepatutnya kalau Umno pejuang Islam kena nasihatlah rakan sejawat mereka. Sudah 54 tahun berkawan pun Umno tidak boleh dakwah, bahawa judi itu bahaya pada masyarakat,” kata Idris lagi. -MK

Serbuan JAIS: Penjelasan Harapan Komuniti
Harapan Komuniti - NGO yang menganjurkan majlis makan malam amal yang diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lalu kerana didakwa ada kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam - hari ini tampil membuat penjelasan tentang apa yang berlaku pada malam tersebut.
Pengarah eksekutif NGO itu - yang membantu golongan miskin dan 'melarat' dan penghidap HIV dan AIDS - Raymond Koh berkata majlis kesyukuran/makan malam amal itu dihadiri penderma, rakan-rakan serta penerima bantuan Harapan Komuniti" sebelum ia diserbu 30 pegawai penguatkuasa JAIS dan polis.
Katanya, Harapan Komuniti adalah sebuah pertubuhan bukan keuntungan, yang berkhidmat untuk membawa kasih sayang, harapan, keamanan dan maruah kepada golongan yang memerlukan, orang miskin, kanak-kanak, wanita dan penghidup HIV dan AIDS.
"Kami membantu orang ramai, tanpa mengira bangsa, agama atau kepercayaan. Harapan Komuniti adalah rakan kepada Majlis AIDS Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, pada hari berkenaan (Rabu 3 Ogos 2011), Harapan Komuniti hanya mengadakan majlis kesyukuran/makan malam amal untuk mengumpul dana di premis DUMC (Gereja Methodist Damansara Utama).
Majlis makan malam tersebut, jelasnya, dihadiri oleh penderma, rakan-rakan dan penerima bantuan Harapan Komuniti.
Koh berkata, kira-kira 120 orang dari pelbagai latar belakang, menghadiri majlis makan malam tersebut dan dijamu dengan hidangan yang disediakan oleh orang Islam, diikuti dengan persembahan tarian 1Malaysia, kuiz, dan pelaporan oleh individu.
Harapan Komuniti juga, tambahnya, mengadakan doa umum.
"Kira-kira jam 9.30 malam, kira-kira 30 pegawai JAIS dan polis, ada yang berpakaian seragam manakala yang lainnya berpakaian biasa, datang ke premis tersebut tanpa kebenaran atau tanpa waran menggeledah," katanya.
Berikutan itu, kata Koh, Harapan Komuniti terus bertanya kepada pegawai JAIS sama ada mereka mempunyai sebarang waran.
"... dan walaupun ditanya berulangkali, pegawai JAIS enggan menunjukkan kepada kami sebarang waran mengeledah atau untuk tangkapan," katanya.
Menurut Koh lagi, mereka masuk ke dalam dewan dan mengambil gambar, video dan malah membuang risalah dari pelbagai laci dan kabinet di dalam dewan tersebut, tanpa sebarang kebenaran pihaknya mahupun pemilik premis DUMC.
Sementara itu, peguam Harapan Komuniti, Annou Xavier pula berkata Malaysia sepatutnya bernasib baik kerana mempunyai pertubuhan seperti Harapan Komuniti yang memberi "harapan" kepada golongan yang memerlukan, orang miskin dan golongan terpinggir.
Bagaimanapun, katanya, pada "malam yang malang itu", JAIS sebaliknya menyerbu majlis amal kesyukuran tersebut, atas andaian bahawa berlaku kes penukaran agama.
"Harapan Komuniti telah membantu ramai rakyat Malaysia yang miskin dan melarat, tanpa mengira kaum, agama, kepercayaan, namun JAIS telah bertindak mengganggu sebuah majlis yang berjalan dengan aman dan harmoni pada 3 Ogos," tambahnya.
Menurut Annou lagi, Harapan Komuniti adalah sebuah organisasi '1 Malaysia' dalam erti kata yang sebenarnya, di mana ahli lembaganya terdiri daripada seorang Melayu, Mohd Rahim Bin Ithnen; seorang Cina, Raymond Koh dan seorang India, Sri Ram a/l KS Gopal, untuk membantu semua kaum, agama serta kepercayaan dan bukan hanya memuji-muji '1 Malaysia' sebagai satu slogan semata-mata.
Beliau berharap serbuan yang tidak munasabah seperti ini, tidak akan berlaku pada masa yang akan datang, yang menyebabkan kebimbangan yang tidak perlu dan trauma kepada rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. -mk
Ulasan GB
Bukan sahaja tidak ada hujjah, malah rupa-rupanya peraturan dan undang-undang pun JAIS tak ikut. Penggelidahan pun tidak mempunyai sebarang waran. Ia adalah satu TRESPASSING.
Baca juga : Isu Gereja: Tindakan JAIS Tidak Perlu, Islam Agama Hujjah - GB Sokong Dr. Asri
7 ulasan:
Mengapa sewaktu sebuah gereja di Jalan Jelapang,IPOH hendak memurtadkan orang Islam kerajaan berdolak dalih.Ingatkah lagi mengenai DATO AZHAR pelayar terulung negara????Saya juga ada bersama berdemo pada pagi itu.Dato mufti Perak pun pada waktu itu menyuarakan perasaan tidak puas hati.Mana pemimpin Islam UMNO pada waktu itu????Pak LAH bawa Dato Azhar ke Parlimen.......Ada kah kau ingat???????
Di bulan Ramadhan pun buat kerja ada nawaitu yang lain.Yang benar akan teserlah kebenarannya.Tunggu pengumuman dari Presiden PAS nanti.
Sungguh bedebah mereka ini membuat demo menghina MB Khir Toyo. Eh? Aku silap tahun ke? Bukan kes penyapu ni hal Khir Toyo ke?
Macam-macam puak ada,ari tu geng seluar dalam,sekarang geng penyapu pulak...penyapu punya orang...
Yang jadi tanda tanya,kumpulan yang buat demo tu,hendakkan Hassan Ali kekal jadi Exco.Sama ada Hassan Ali betul atau tidak,bukan soal tapi kalau ada kumpulan UMNO yang sokong pemimpin PAS,ini satu perkara yang ajaib.Warisan ni dah salah tempat buat demo.Sepatutnya buat demo depan Jabatan Pendaftaran Negara(JPN)diPutrajaya,sekat lebih dari 2 juta PATI yang sedang dan akan diwarganegarakan.Itu baru namanya Warisan.Agaknya yang berdemo tu adalah Warisan Indon,Bangra,Burma dan Mat Gagak sebab itu pakai topeng.
dia orang nih salah tempat... patutnya bawak penyapu tuh kat bangunan UMNO... soh dia orang SAPU BERSIH kaki2 rasuah tuh semua!!!
bole gituh????
Mereka berani kerana tak benar, sebab tu mereka pakai topeng, mereka inilah yang sanggup menjilat punggung bos mereka. Siapakah mereka ini? Cuba teka.
Catat Ulasan