Hasrat seorang janda untuk berpacaran dengan seorang lelaki Australia berkecai apabila dia bukan sahaja menjadi mangsa samun malah terpaksa hidup dalam ketakutan selepas diugut supaya menyerahkan RM30,000 jika tidak mahu gambarnya dalam keadaan mengaibkan tersebar.
Kejadian 11 Ogos lalu itu berlaku apabila ibu kepada empat anak berusia lingkungan 30-an tersebut menginap di sebuah hotel di Sepang bersama lelaki tersebut.
Lebih malang apabila barangan berharga seperti jam tangan Rolex dan barang kemas miliknya dilarikan suspek. Barangan tersebut merupakan hadiah daripada arwah suaminya yang telah meninggal dunia enam tahun lalu.
Difahamkan, mangsa mendakwa telah mengadakan hubungan seks bersama suspek di hotel tersebut sebelum dia tidak sedarkan diri sebaik diberi sejenis minuman oleh suspek. Suspek turut mengugut mangsa memberinya RM30,000 jika tidak mahu gambar bogelnya yang diambil di hotel itu disebarkan.
Episod malang wanita itu bermula apabila dia berkenalan dengan seorang lelaki menyamar sebagai warga Australia bergelar Richard di satu laman sosial di Internet sejak empat bulan lalu.
Selepas bertukar-tukar maklumat, kedua-dua mereka akhirnya bersetuju untuk bertemu selepas suspek mendakwa akan datang ke sini melalui Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang 11 Ogos lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah (gambar kecil) berkata, kemuncak perkenalan mangsa apabila mangsa yang teruja dengan berita itu bergegas ke LCCT untuk menyambut ketibaan kekasihnya tersebut.
Katanya, sebaik tiba, mangsa telah diajak untuk menginap di sebuah hotel di Sepang.
"Mangsa kemudian memberitahu yang mereka telah mengadakan hubungan seks sebelum dia tidak sedarkan diri selepas diberi sejenis minuman.
"Mangsa hanya dibawa keluar apabila pihak pengurusan membuka pintu bilik selepas curiga penghuninya tidak muncul-muncul. Ketika itu mangsa dalam keadaan terbaring di atas katil sebelum dibawa ke hospital," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Tambahnya, sebaik sedar di hospital, mangsa mendapati barangan berharga seperti jam Rolex dan barang kemas miliknya lesap.
Menurut Mohd. Adnan, tidak lama selepas kejadian itu, suspek telah menghubungi mangsa dan memintanya membayar RM30,000 jika tidak mahu gambar yang mengaibkannya disebarkan.
"Mangsa yang cemas kemudian telah membuat laporan dua hari kemudian dan polis telah menubuhkan satu pasukan khas untuk mengesan suspek yang menggunakan pasport palsu untuk menyamar sebagai warga Australia itu," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 384/380 Kanun Keseksaan iaitu peras ugut dan curi dalam bangunan. -kosmo

7 ulasan:
wah.. menarik ni, izin sedut yerh..
Melukis menggunakan ANU
Murahnya harga diri...Berzina...MasyaAllah...
harap janda ni bukan org islam...
tudia..dari berkenalan,jumpa,zina, dan akhirnya kena samun..tu la..perempuan senang sangat percaya dekat lelaki...siasat la dulu...
Entri Menarik Di Sini:
1)Bahaya!!Wanita Menipu Lebih RM 550,000
2)Octove.com Bagi Hadiah Iphone 4
3)Menarik!! Kuih-Muih dan Murtabak Dijual Pada RM1
Ini kisah biasa didengar dinegara ini.Ramai jugak perempuan Melayu yang kena gula-gula Mat Gagak.Syahrizat Jalil pun ada komen tentang PATI ini ramai memangsakan perempuan Melayu.PATI ini tak dapat disalahkan,yang gatal ialah perempuan Melayu.Ada yang tinggalkan suami lari dengan PATI keLombok.In inilah jenis manusia PATI yang akan jadi warganegara Malaysia.Semoga Allah selamatkan Malaysia.
Kompom janda nie muslim, sebab "hadiah daripada arwah suaminya" bukannya mendiang... so, klau muslim, mana pegi jabatan-jabatan yang berkaitan islam??? kan dia dah mengaku mengadakan seks?? bukankah boleh dihukum??? ooo... kalu janda tu dapat 'sedap', dia sendiri diamkan buat kesalahan jenayah zina. bila dah kena 'rompak' baru nak bgtau, pastu terlepas plak citer dah beromen... abis tu puak-puak JAIS, JAWI gelak kan jer ker, atau just kater padan dengan muka mu??? oiii buat ler keja korang, kami dah bayar gaji lu.....
inilah standard prempuan melayu dahlah ugama kurang, iman pun lemah dan bodoh pulak tu, sehinggakan sanggup gadai maruah kepada lelaki yang baru dikenali, dari yang kcil sehingga yang tua, dari anak dara sehinggalah isteri orang serta janda sama jer memang suka melakukan zina, janda ni sebab dah kena tipu jer dengan mamat tu, kalau tak takkan nak buat report polis, berzina hari-hari pun sanggup kalau tak, takkan berani sampai ke hotel ikut jantan, taubatlah wahai janda sebelum ajal menjemputmu kasihanilah kedua orang tuamu.
Catat Ulasan