20 Ogo 2011

Pilihanraya Tak Tunggu PSC, Rakyat Semakin Sangsi Tujuan Sebenar Najib

PSC : Kenyataan Terbaru Najib Buat PR Makin Sangsi

KUALA LUMPUR 20 OGOS : Pendekatan yang diambil oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam keghairahannya membawa penambahbaikan sistem pilihan raya ,hari demi hari menimbulkan tanda tanya di kalangan ahli Pakatan Rakyat akan sejauh mana keikhlasan penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) itu.

Hal ini kerana, Najib dalam kenyataan terbarunya berkata, parlimen boleh dibubarkan pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu menunggu PSC.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat antaranya yang nyata terkilan dengan kenyataan terbaru Najib itu.

“Sejauh mana kesungguhan Barisan Nasional untuk penambahbaikan pilihan raya jika kenyataan yang tidak berapa cerdik ini dikeluarkan?
," Nik Aziz dipetik sebagai berkata.

Najib petang semalam memberitahu pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan bila-bila masa dan tidak akan bergantung pada prosiding jawatankuasa pilihan khas parlimen yang dibentuk untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan pilihan raya.

Bagaimanapun kata perdana menteri, oleh kerana jawatankuasa itu akan terbubar dengan sendiri bersama pembubaran parlimen, apa sahaja pembaharuan yang boleh dilaksanakan akan diadakan terlebih dahulu.

“Pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa, tiada apa-apa kaitan dengan jawatankuasa pilihan khas parlimen. Ada perkara yang boleh dijalankan lebih awal,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam.

Sementara mandat semasa parlimen akan berakhir April 2013, sesetengah pihak berpandangan bahawa jawatankuasa itu memerlukan tempoh satu tahun untuk menyiapkan laporannya.

Jawatankuasa itu akan dibentuk Oktober ini.

Rabu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, jawatankuasa khas itu akan dianggotai oleh sembilan orang dengan pengerusinya merupakan seorang menteri.

Turut melahirkan pendirian yang sama ialah Timbalan Presiden DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw yang meminta Najib menjelaskan sebab Kabinetnya mengesyorkan pembentukan jawatankuasa pilihan khas pada sesi Parlimen Oktober ini jika beliau berhasrat mahu memanggil pilihan raya umum bila-bila masa.

“Rakyat Malaysia tertanya-tanya dengan apa yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri apabila beliau mengatakan kerajaan akan berusaha untuk melaksanakan syor-syor dikemukakan oleh jawatankuasa sebelum pilihan raya.

“Sebaik sahaja jawatankuasa itu diluluskan oleh Parlimen pada sesi Oktober ini, ia akan mengambil masa, kemungkinan enam bulan atau lebih sebelum ia boleh memberi syor-syor dan undang-undang pilihan raya dipinda dan dilaksanakan,” kata Dr Tan yang juga ahli parlimen Kepong.

Oleh itu soal beliau, jika Najib mengisytiharkan pilihan raya umum awal, bagaimana syor-syor jawatankuasa pilihan khas ini boleh dilaksanakan.

Tak Perlu Tunggu PSC, Pilihan Raya Boleh Pada Bila-Bila Masa Pun-PM

KUALA LUMPUR 20 0G0S : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberitahu pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja dan ia tidak berikat kepada keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan pilihan raya.

Namun katanya, kerajaan akan cuba melaksanakan sebarang cadangan penambahbaikan yang dibuat oleh jawatankuasa itu sebelum pilihan raya umum.
"Kami akan cuba, pasti ada sesuatu yang boleh dilakukan dengan kadar segera, sesuatu yang mungkin akan mengambil sedikit masa. Jadi, apa yang kita boleh lakukan dengan segera, kita akan lakukannya dengan segera," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato'Onn semalam.

Najib yang juga presiden Umno berkata bentuk-bentuk penambahbaikan pilihan raya akan dibincangkan dan ditentukan oleh semua wakil parti-parti politik yang menyertai jawatankuasa tersebut.

Najib juga memberitahu, jawatankuasa itu hanya akan diketuai oleh parti majoriti dan bukannya pembangkang.

Beliau juga berkata pengagihan jumlah wakil jawatankuasa secara sama rata seperti yang dituntut oleh pembangkang juga tidak akan dipertimbangkan kerana ia bergantung kepada kekuatan sesuatu parti.

Minggu lalu, Pakatan Rakyat mengemukakan tujuh syarat untuk menyokong jawatankuasa itu antaranya ia mestilah diketuai oleh parti pembangkang.

Pengarah Stretegi PKR, Rafizi Ramli berkata, tujuan utama Pakatan mahu meletakkan wakilnya untuk mengetuai jawatankuasa mengenai reformasi pilihan raya itu adalah untuk mengelakkan sebarang manipulasi oleh parti pemerintah.

“Kalau jawatankuasa itu diketuai oleh Umno atau orang yang rapat dengan pimpinan kerajaan sekarang, sudah tentu ada risiko (iaitu) agenda jawatankuasa tersebut disalahguna untuk melengah-lengahkan dan juga memberi kelebihan (kepada Umno-BN),” katanya ketika dihubungi Tv Selangor minggu lalu.

Menurut Rafizi, kesangsian terhadap ketelusan Najib semakin meningkat apabila perdana menteri itu gagal mengotakan janjinya terhadap tuntutan rakyat untuk berkumpul di Stadium Merdeka ketika himpunan Bersih 9 Julai lalu.

Malah beliau turut menyatakan kekhuatirannya sekiranya jawatankuasa ‘dwi-partisan’ itu nanti hanya bertujuan untuk meredakan kemarahan rakyat yang sedang memuncak terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) walhal berniat melengah-lengahkan reformasi pilihan raya.

“Rakyat mahukan jawapan dan tindakan daripada mereka (kerajaan). Jadi saya rasa Najib sekurang-kurangnya perlu memberi tindakbalas. Tapi tindakbalas yang bagaimana? Kalau ianya hanya pengumuman, kemudian tidak ada tindakan konkrit dan melangkah ke pilihan raya umum tanpa melakukan perubahan yang dituntut oleh Bersih.




Ulasan GB

GB sudah ulas sebentar tadi di SINI. Petikan:

Bukankah kenyataan Najib di atas satu BUKTI NYATA bahawa Najib itu seorang pendusta dan penubuhan J/P Khas Pilihanraya yang diwarwarkan sebelumnya adalah satu sandiwara semasa?

Jika pilihanraya ke 13 hendak diadakan juga sebelum J/K Khas Pilihanraya menghabiskan siasatan dan cadangannya, apa erti pilihanraya ke 13 itu yang nantinya masih penuh dengan penipuan dan penyelewengan?

Apakah nanti apabila Najib melihat J/K yang bersidang sudah menemui penipuan dan penyelewengan terutama di Parlimen Pekan sendiri, maka cepat-cepat pilihanraya dipanggil?

Setakat mana kuasa J/K Khas itu pun masih kabur? Apakah hanya terhad kepada mengutarakan cadangan-cadangan perbaikan tanpa sebarang kuasa pendakwaan? Jika demikian padamkan saja hasrat penubuhannya.


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tujuan kenyataan PSC oleh Najib Perdana MENTERI hipokrit itu adalah untuk mempermainkan rakyat sahaja.

GULUNGAN UMNO hipokrit telah tawan Malaysia, bukanlah mereka yang memerentah MALAYSIA.

untuk mengajar NAJIB kenal perasaan rakyat maka BERSIH 3.0 perlu disegerakan

kayu_cemeti berkata...

Ya !! Bersih 3.0 sahajalah satu2nya yang perlu rakyat lakukan tiada pilihan lain dan pastikan juga tiada pilihanraya diadakan dalam waktu terdekat ini jika permintaan rakyat melalui bersih 2.0 masih diambil ringan olih PM umno yang amat ketara ia menggunakan SPR dan JPN untuk memastikan kemenangan secara kotor dan jijik bahkan haram disisi agama bagi membolihkan mereka terus memerintah secara haram jijik dan kejam bahkan lebih kejam dari yahudi dan komunis maka dengan ini rakyat seperti kami yang tiada kepentingan langsung dengan politik cuma ingin menjalankan tanggungjawab kami sebagai pengundi sah dan tidak dimanipulasikan olih manusia hipokrit seperti umno/bn ayuh kita melangkah kaki kebersih 3.0 cara lain tiada ia adalah muktamad !! full stop

Khairi berkata...

Rakyat bukan semakin sangsi tapi dah lama sangsi & rakyat pun dah lama tak percaya pd SPR, tapi PM Najib dan orangnya terpaksa mempertahankan SPR sebab itulah bantuan hayat mereka utk terus menang pilihanraya, soal halal haram pahala dosa sudah tidak dikesah dan telah lama diletak dibelakang. Inilah fitnah kepada Islam. Terimalah balasan atas perbuatan anda semua.