18 Ogo 2011

60 Pemandu Teksi Sertai Pas

Kumpulan pemandu teksi, di sini menyerahkan 60 borang keahlian Pas kepada pihak Pas Kawasan Gombak.

Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Terminal Putra Gombak, Pie Abdullah menyifatkan tindakan penyertaan golongan pemandu teksi terlibat sebagai sokongan usaha Pas menegakkan pimpinan ke arah keislaman.

“Kita adalah negara Islam, tetapi masih banyak pengurusan tidak mengamalkan konsep pentadbiran berlandaskan Islam, dengan tidak berpandukan al-Quran dan al-Sunnah.

“Ramai pemimpin parti tertentu suka mendabik dada tanpa mempedulikan masalah rakyat, mengundang banyak kepincangan. Untuk itu kita saran rakyat dapat bersama mengubah pentadbiran pihak yang tidak betul,” katanya semasa mewakili penyerahan 60 borang keahlian terbabit di Program Iftar Jamaie’ di Perkarangan Pejabat Pas Kawasan Gombak, di sini, malam kelmarin.

Hadir sama, Ketua Pemuda Pas Selangor, Hasbullah Mohd Ridzuan; Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pas Gombak, Khatifah Zamani Sulong dan wakil pimpinan Pas Gombak.

Dalam pada itu menurut Pie, seramai 184 persatuan pemandu teksi pihaknya berhasrat untuk menyertai Pas.

“Pas kami lihat adalah parti yang mengamalkan ajaran al-Quran dan sunnah dengan ikon Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat yang utamakan rakyat daripada kepentingan diri sendiri dan keluarganya,” katanya.

Pada majlis sama, Setiausaha Pas Taman Pinggiran Gombak, Alias Yop turut menyerahkan 15 borang keahlian baru Pas yang dimaklumkan senarai terbabit adalah terdiri daripada bekas ahli UMNO setempat.

Menurutnya, sebelum ini sebanyak 20 borang dihantar dan diluluskan keahliannya, manakala pihaknya sedang dalam proses penyemakan kemasukan 30 ahli yang keluar daripada UMNO untuk menyertai Pas.

Mengulas perkara itu, Yang Dipertua Pas Kawasan Gombak, Sallehuddin Nasir melahirkan rasa syukur kerana Pas semakin diterima oleh masyarakat tanpa mengira bangsa.

“Penyerahan borang ahli Pas hari ini benar-benar membakar semangat kepada semua pucuk pimpinan untuk teruskan perjuangan ini dengan memastikan Pilihanraya Umum Ke-13 akan terus diperintah Pakatan Rakyat (PR),” katanya.

Beliau juga meminta agar semua ahli Pas terus mengikuti program dianjurkan Pas Gombak serta mengikuti semua usrah dibawa oleh Dewan Muslimat, Dewan Pemuda dan Dewan Ulama bagi memantapkan ilmu fikrah.

Sallehuddin berkata, dengan mengikuti program berkenaan mudah-mudahan ahli akan lebih mengerti perjuangan yang dibawa oleh Pas.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bukan pemandu taksi sahaja masok pas yang lebih baik lagi semua raayat malaysia menyokong PR bagi menhalang penguasai politi pati yang memerentah negara, saya merayu kepada raayat malysia supaya bangkit menetang pati. jaga lah Selangor Darul Pati baik-baik.bila selangor jatuh ketangan Pati Orang Melayu Nak Kemana ?. cina dan India telah sedar yang nyayak tidot adalah melayu.

Dr Twetnama berkata...

alhamdulillah bagus.. syukran..akhirnya mereka tahu juga di mana akan kebajikan mereka. GB.. tolong linkkan blog gua kek blog lu..
http://umnoisdead.blogspot.com
gua dah linkan blog lu kek blog gua..thx beb..

Awan Network berkata...

x sabar-sabar menuggu PRU 13..nak tengok penangan BERSIH

Entri Terhangat!! :
Gempak - Ikan Terbang !!
Kelakar Habis - Kenapa Mak Benci Adik??