26 Jul 2011

Rumahtangga Jimmy Di Persimpangan, Iktibar Untuk Anak Muda

Cerai atau kekal

KESABARAN Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25, terhadap sikap suami yang juga pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 31, sudah sampai ke penghujung.

Ia hilang apabila Jimmy menghebahkan dalam media kononnya majlis cukur jambul anak mereka dibatalkan sekali gus turut menimbulkan kemarahan bapa isterinya yang juga ahli perniagaan, Datuk Suhaimy Othman.

Pasangan itu berkahwin pada 1 Oktober 2010, namun selepas 20 hari bernikah, mereka tinggal berasingan dan pelbagai berita timbul sehinggalah kes dibawa ke mahkamah apabila Jimmy memfailkan tuntutan kembali taat, pada 3 Januari lalu.

Ikuti luahan Nursuhaila menerusi video dan kenyataan balas Jimmy yang masih berkeras enggan melepaskan isterinya.

APA KATA NURSUHAILA

SAYA tidak akan kembali semula kepada Jimmy walaupun dia sudah berubah. Tetapi, saya maafkan kesalahan dia.

Saya tetap mahu menuntut cerai dan mendapatkan hak penjagaan anak berusia 32 hari walaupun sebelum ini Jimmy mendakwa akan menarik balik kes nusyuz terhadap saya.

Saya bercakap pada sidang media yang diadakan ini (semalam) untuk menjawab segala kontroversi hubungan kami, termasuk yang terbaru membabitkan majlis cukur jambul bayi kami.

Saya sudah tidak tahan dengan sikap Jimmy yang meraih simpati mengenai krisis rumah tangga kami di media.

Bagi saya, dia tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa dengan baik. Dia hanya memberikan wang nafkah kepada saya ketika saya mengandung, itupun hanya RM300 sebulan dan tidak cukup untuk menampung ubat dan pemeriksaan lain.

Selain itu, antara faktor lain saya enggan kembali kepada Jimmy ialah kerana dia sering memukul dan menampar pipi saya hanya kerana pergaduhan kecil.

Malah, sebelum malam perkahwinan pun saya ditampar apabila meminta izin untuk keluar berjumpa rakan.

Selain itu, saya turut dikasari ketika berbulan madu di Koh Samui, Thailand, hanya kerana pergaduhan kecil.

Tapi, saya mengakui saya seorang yang bersifat kasar dan sudah menjelaskan kepada Jimmy sebelum berkahwin tetapi dia sudi menerima saya seadanya.

Bagaimanapun, tindakan Jimmy mengasari saya menyebabkan saya tidak mampu bertahan, apalagi apabila saya dikongkong dan disuruh tidur jam 9 malam dan tidak boleh melayari laman sembang sosial.

APA KATA JIMMY

SAYA tidak akan sewenang-wenang menceraikan dia kerana apa yang saya lakukan selama ini adalah tanggung jawab sebagai suami dan talak terletak di tangan lelaki.

Sebagai isteri, Nursuhaila harus patuh pada perintah dan arahan saya dan jika ingkar, dia tidak akan mencium bau syurga.

Selepas berkahwin apa yang saya harapkan ialah selepas seharian penat bekerja, dapat meluangkan masa bersama isteri dan mahu diberikan layanan sebaiknya dari seorang wanita bergelar isteri.

Tanpa alasan munasabah, saya tidak akan sesekali menceraikan isteri saya dan sekiranya saya gagal dalam prosiding mahkamah pada kali ini, saya akan berusaha mendapatkan hak penjagaan anak.

Saya mengakui tidak membenarkan dia menemui rakan sebelum malam perkahwinan dan meminta Nursuhaila hanya berehat di rumah, namun dia tetap berdegil.

Tindakannya ingin bertemu rakan menyebabkan saya hilang kawalan dan menamparnya.

Begitu juga sewaktu di Koh Samui tetapi selepas itu saya tidak melakukannya lagi. Saya juga berjanji untuk menjaganya selepas kahwin dan dia juga pernah berjanji kepada saya untuk berubah.

Selain itu, saya berpendapat, ibu bapa seharusnya tidak campur tangan dalam masalah rumah tangga anak-anak kerana campur tangan itu akan menyebabkan keadaan semakin tegang.

Saya cuba berkomunikasi secara baik dengan Nursuhaila, malangnya dia hanya berdiam diri dan tidak mahu menjawab SMS atau panggilan telefon.

Saya cuba bertanya kepada ibu keadaannya dan memberitahu ibunya bahawa saya cuba berbincang mengenai masalah yang dihadapi, itu saja. -hm

Ulasan GB

GB paparkan kisah ini untuk anak muda yang baru mendirikan rumahtangga belajar dan ambil pelajaran dari kisah di atas.

Menjadi kewajipan si suami mendidik. Tetapi apabila didikan itu sudah tidak berjaya hendak dilaksanakan tanpa melihat salah di pihak mana, maka di situ terpercik bibit perselisihan yang membawa perpisahan.

Anehnya, malam sebelum pernikahan pun masih nak jumpa kawan?

Malah, sebelum malam perkahwinan pun saya ditampar apabila meminta izin untuk keluar berjumpa rakan.

9 ulasan:

suahati berkata...

Ujian dari Allah swt semua ini.........apa2 pun kita ambillah ini sebagai iktibar utk kita semua. Allah menetapkan yg baik2 utk kita semua dan sebarang kecelakaan dan kemusnahan itu selalunya adalah disebabkan kesilapan dan kelemahan diri kita sendiri.

Didunia ini sesiapa yg berjaya melawan nafsu dengan penuh kesabaran Insyaallah akan berjaya dan bahagia dunia dan akhirat.Kalau tidak jadilah seperti apa yg terjadi diatas dan kisah2 buruk lainnya.

puspawangi berkata...

kalau belum nikah pun sudah naik tangan ..memang alamat nak makan penangan la lepas kawin...

Tanpa Nama berkata...

bagus jugak GB siarkan sbg teladan buat anak2 muda yg kt luar sana tu..ni contoh tipikal apa yg digelar sindrom anak org kaya (walau tak semua anak org kaya mcm ni)..

buat kenduri kahwin kos sampai boleh bagi 100 keluarga susah makan sebulan. hantaran puluhan ribu. akhirnya kahwin tak sampai bertahun,silap2 6 bulan pun tak sampai dah ditimpa mcm2 masalah bukan2. pastu nk bercerai..pastu buruk2 kan satu sama lain.

adehhh...baik la dgn duit yg berlambak2 tu bwk pegi jumpa ulama ke..mohon doakan..tunjuk jalan..sedekah amal jariah kat pendukung2 Islam ke.. moga Allah tunjuk jalan keluar..

Tanpa Nama berkata...

pada saya, jimmy just lepas jer... semakin banyak dosa yg berlaku dlm keadaan begini..sama ada pada perempuan, juga kepada jimmy. dan sebab itu ALLAH berikan kaedah cerai, supaya tidak berlaku yg lebih teruk lagi...so, jimmy- simpan pun tak guna..

Kuda Perang berkata...

Bini Jimmy n mak bapak dia memang tiada adab sopan dan tatasusila, sokong anak lari dari suami sejak mula awal lagi, patutnya didamaikan mereka berdua...

Tanpa Nama berkata...

dlm islam pun kalau isteri nusyuz ada kaedah nak settle...melalui pukulan pun ye...tp pukulan utk mendidik bukan utk mencedera....dlm hal ni kita menganggap jimmy tampar dgn tamparan yg org hilang akal...tp kita x tahu tamparan mcm mana...mgkin hanya di bahu atau tempat2 selain muka...bini dia pn xde cakap kena tampar kat mana...bini skarang nak jentik pun ssh padahal apa yg dia buat mmg lggar hukum...juga pada jimmy jgnlah pulak smpai mencederakan...secara umumnya sy tgk jimmy seorang laki yg baik dan betulla tugasnya utk mendidik isterinya....itulah bahana kalau memilih pasangan yg kurang agamanya..pesanan utk sy juga semua.sekian

Tanpa Nama berkata...

Tolong doakan ana, menantu & anak ana suka pakai t-shirt ketat, jean ketat (wlu pakai tudung).
Sebelum kawin tak sangat le.
Ana dah sound secara hemah utk ubah pelan2 . Bole pakai tapi longgar & labuh sikit le.

Tu aje, yang lain2 insyaAllah ok.

Ana tau, bukan ana aje hadapi masaalah ni. Sbb ana care & sayang anak & menantu ana.

Besan ana & ana ni kira guru agama le. Pening2. Ana tak putus asa, semuga ujian ni dekatkan lagi kami pada Allah & Rasul & hubungan dgn masy & menghapus dosa2 kami.

Ni kes ikut fesen kawan2 & terkini le tu.

Cikgu Sedar berkata...

selalunya anak2 org kaya & datuk2 mmg dah biasa hidup bebas.klu nak ikut hukum hakam agama mmg le jauh sekali diorg nak ikut& fahami.mcm mana ler org laki nak didik & sabar dgn perangai spesies org yg dah biasa hidup bebas tanpa batasan syarak.org laki pun kena lah tau risiko sblm kawin dgn org mcm ni.jgnle duk asyik tgk rupa jer yg cantik klu agamanya tak secantik rupa.sendiri mau ingat.

anak sokor berkata...

pesan abahku sehari sebelum aku menikahi isteriku 'GUNAKANLAH MULUT SEBAGAI SENJATA DLM MENGAWAL RUMAHTANGGA KERANA ADAKALANYA MULUT ADALAH LEBIH TAJAM DARI MATA PEDANG'.. baru aku faham mengapa anak2 abah lebih takutkan abah dr mak wlupun abah x pernah walau mencubit anak2nya..