7 Jul 2011

Polis Dan Tentera Malaysia Buat Latihan Ala Mesir Untuk Hadapi BERSIH?

Latihan kawal demo: 'Bersurailah kamu kalau tidak kami tembak'

Pihak berkuasa memperhebatkan tekanan ke atas kumpulan yang bercadang menyertai perhimpunan atau demonstrasi dengan mempamerkan layanan yang bakal menanti mereka jika menyertai perhimpunan 'haram' 9 Julai ini.

Antara yang paling menonjol semasa demonstrasi Ketenteraman Awam sempena Eksesais Bersatu Aman 2/2011 di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Kem Sungai Besi di Kuala Lumpur adalah sehelai kain rentang yang memberi amaran kepada orang ramai supaya bersurai jika tidak mahu ditembak.

“Bersurailah kamu kalau tidak kami tembak” - tertera di kain rentang itu yang turut memuatkan maksud yang sama dalam tulisan Jawi, Cina dan Tamil.

Latihan itu melibatkan kekuatan 120 anggota Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan 120 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta lintas hormat pesawat dari Pasukan Unit Tentera Darat (PUTD) dan Unit Udara PDRM.

Ia bertujuan membuktikan kecekapan polis dan tentera menangani sebarang kemungkinan termasuk mengendalikan perhimpunan haram disiarkan di akhbar arus perdana, termasuk Utusan Malaysia.

Kelmarin, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid berkata polis akan bekerjasama dengan tentera untuk menghadapi kemungkinan berlaku sebarang kejadian tidak diingini pada perhimpunan yang dirancang pada Sabtu ini.

"Kita akan tengok, kalau diperlukan kita akan panggil ATM untuk membantu bagi menjaga ketenteraman awam," katanya.

Bagaimanapun katanya, latihan bersama itu tidak ada kaitan langsung latihan berkenaan sebaliknya diadakan bagi menghargai Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2011, yang diterima oleh polis dan tentera.

Selepas ketegangan beberapa minggu sehingga menyaksikan 200 orang termasuk wakil rakyat Pakatan ditangkap kerana menyokong perhimpunan itu, BERSIH akhirnya akur supaya perhimpunan itu dipindahkan ke sebuah stadium.

Keputusan dibuat selepas pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara yang mencemar duli berjumpa dengan pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan pengerusi Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin, semalam meskipun kerajaan mengisytiharkan BERSIH sebagai pertubuhan haram.

Ulasan GB

Apa yang dilakukan di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Kem Sungai Besi untuk "berperang" dengan rakyat kelihatan satu replika dari senario yang berlaku di Mesir.

Jika demikian hal halnya dan jika demikian jadinya, maka tidak pula mustahil Perdana Menteri Malaysia akan menerima nasib sebagaimana yang menimpa Hosni Mubarak.

Semua menyaksikan bahawa polis sendiri yang memulakan peniruan ala Mesir tersebut.

7 ulasan:

hypor berkata...

rakyat mana ada bwk senjata..

TERKINI!!:
MAJLIS RESEPSI NOH & MIZZ NINA!!
10 SENJATA PERANG ZAMAN SILAM!!

tuanmelayucukong berkata...

salam,bukan semua tentera sokong tapi mereka terpaksa mengikut arahan org atas,,ada juga yg meluat dgn arahan ini sebab menghadapi rakyat yg tak bersenjata dan bersandarkan fitnah gerombolan semata2,,,
kenapa dgn singapura kita kecut teloq bila mereka menceroboh ruang udara kita,sejak bila pulak perkosa menjadi pejuang melayu.tanah melayu di tg,pagar dan pulau batu putih umno gadai,senyap pulak perkosa,,...ini bukti pejuang melayu yg kecut teloq tak berani dan bodoh mempertahankan kuasa kroni anak bini...termasuk berahim katak yang kecut teloq bila hak melayu digadai oleh amno-BN..

Beruk Ketawa berkata...

Bro,

Aku ni bekas 'Army Officer'. Sg Besi itu tempat aku belajar dan training dulu( RMC ).

Aku ni bekas 'Kor Askar Melayu DiRaja'. Tapi tak perlulah aku beritahu apa pangkat aku.

Aku nak beritahu 90% anggota ATM yang masih berkhidmat AMAT BENCI UMNO/BN. Manakala 95% yang dah bersara tak sokong UMNO/BN.

Yang sokong UMNO cuma Jenderal yang 3 dan 4 Bintang saja sebab nak pangkat lebih tinggi. Tapi Bila pencen paling tadah juga.

So don wory about ATM...

Tanpa Nama berkata...

Tab betul tu Tuan Antitelan. Tentera tetap Gagah Setia.

Tanpa Nama berkata...

Gimik BN sedangkan mereka tahu rakyat nak berhimpun dengan aman

Tanpa Nama berkata...

kesian rakyat yang jadi mangsa di memali

Martoiriat berkata...

Apa yang 'Bersih' tuntut hanyalah pilihan raya yang adil untuk semua rakyat negara ini, bukan ingin menukarkan kerajaan melalui jalan raya. 'Bersih' hanya sebuah badan yang memprotes sikap SPR yang tidak telus dan adil dalam pilihan raya.

Jika benar mereka gunakan bala tentera untuk menghalang himpunan ini, nampaknya politik UMNO semakin kotor dan jahat menuju ke arah negara Jakun dan diktator.Tindakan sebegini akan menambahkan lagi kemarahan rakyat yang berbilang kaum. Nampaknya kerajaan pimpinan Najib Razak tidak demokratik dan bercelaru dengan tidak menghirau rayuan dan pandangan rakyat terhadap sistem pilihan raya yang kotor dan tidak sama rata.

Mungkin tekanan terhadap Bersih dengan mengunakan bala tentera akan menyebabkan Umno akan dimarahi rakyat dan akan tersungkur ke bumi buat selama-lamanya. Walau seberapa banyaknya pun bala tentera jika rakyat bangkit menyeluruh kekuatan tentera akan berakhir dipertengahan jalan. Contohnya di bumi Mesir yang berlakunya revolusi rakyat. Apa jadi dengan kekuatan tentera, semuanya berpaling tadah. Kekuatan diktator Hosni Mubarak akhirnya menyembah bumi.

Tentera juga seharusnya peka bahawa tuntutan rakyat bukan untuk melakukan keganasan tapi hanya untuk memohon agar SPR telus dan adil dan tidak menyebelahi mana-mana parti politik dalam pilihan raya.
Apa pun berkat dan doa kita sekelian rakyat jelata, mungkin tentera juga akan bersama-sama kita kerana apa yang dituntut bukan untuk kekganasan tapi mencari kebenaran dalam pilihan raya.

Manusia cuma merancang... hanya yang menentukan tuhan.. perancangan tuhan adalah sebaik-baiknya.