Himpunan Bersih: Pihak berkuasa kurang ikhlas, kata Ambiga
KUALA LUMPUR, 6 Julai — Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menuduh pihak berkuasa memperlihatkan sikap “kurang ikhlas” kerana meminta gabungan itu memohon permit bagi mengadakan perhimpunan di stadium, Sabtu ini.
Ambiga (gambar) berkata halangan terbaru menjelang perhimpunan Sabtu ini bagi menuntut satu sistem pilihan raya yang adil dan bebas tidak konsisten sama sekali dengan jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum bahawa Bersih 2.0 akan disediakan sebuah stadium, malah ia juga kehendak Yang di-Pertuan Agong.
“Mengapa anda minta kami memohon permit sedangkan perdana menteri sudah pun kata OK?
“Kami tidak faham,” kata beliau pada majlis Kelab Koresponden Asing di sini.
Petang tadi, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar mengingatkan Bersih 2.0 agar memohon mendapatkan permit bagi perhimpunan Sabtu ini sambil menegaskan, kegagalan berbuat demikian bermakna ia akan dianggap sebagai satu perhimpunan tidak sah.
Khalid berkata sehingga kini sekretariat Bersih 2.0 belum memaklumkan ataupun memberitahu pihak polis tentang rancangan perhimpunan mereka meskpin pentadbiran Najib bersedia untuk menyediakan stadium.
“Tiada panggilan daripada mereka, tiada maklumat,” kata beliau.
Semalam, sekretariat Bersih 2.0 membatalkan perhimpunan di jalanan sebaliknya sanggup menerima tawaran agar ia diadakan di stadium.
Apabila ditanya bahawa Bersih 2.0 sudah pun mendapat lampu hijau daripada kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium, Khalid berkata:
“... (Pengerusi Bersih 2.0) Datuk Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam. Beliau harus tahu undang-undang.”
Bagaimanapun beliau memberi jaminan bahawa urusan memproses permohonan permit akan dipercepatkan dengan mengambil kira keadaan semasa. -TMI
Ulasan GB
Anda hendak percaya lagi dengan cakap atau keikhlasan pemimpin dan orang UMNO?
Anda boleh jadi gila dibuatnya jika mengambil sikap demikian.
Sekarang mereka kata OK, 5 minit lagi mereka boleh "revoke" sesuka hati.
Mereka di dalam PR terutama PAS sudah banyak kali berpengalaman dengan kumpulan mereka dan "agen-agen" mereka ini. 10 hari lepas mereka luluskan permit ceramah kami, di saat akhir mereka batalkan permit itu.
Begitulah dengan lokasi.
Itulah sebabnya mengapa GB dari awal telah mengusulkan dan mencadangkan mengapa Himpunan Bersih di buat di Stadium Shah Alam. Walaupun Stadium Merdeka itu bagus, memudahkan orangramai, gempaq dll, namun kita kena lihat dari sudut politik juga, kena tinjau dari "worst case scenario" dan kena ikut disiplin di dalam Management Science iaitu "What-If Analysis" di dalam decision-making.
Jangan ikut kehendak hati dan nafsu semata-mata tanpa menggunakan disiplin ilmu. Itu sia-sia malah merbahaya. Anda gagal jika berjuang dengan kehendak nafsu tetapi tidak berilmu. Saya yakin dan percaya jwatankuasa penganjur BERSIH tidak merujuk kepada "What-If Analysis" secara komprehensif sebelum membuat keputusan pentingnya.
Jika cadangan GB diterima dahulu, sudah selesai bab lokasi. Sudah boleh fikir bab lain. Kini masih tergantung-gantung dipermainkan oleh pihak berkuasa.
GB sudah katakan dahulu di sini. Petikan:
Begitu juga dengan janji Najib. Kita bukan tidak kenal siapa beliau. Beliau ada sepupunya sebagai menteri KDN yang boleh mengubah semuanya menjadi terbalik (dan itu yang dilakukan sekarang).
Mereka tidak menghormati apa-apa keputusan yang dibuat dengan kita. Seperti seorang blogger menyatakan kita akan terus dianjingkan UMNO yang kalau kita menang atau kalah mereka akan tetap menjelirkan lidahnya.
Kini BERSIH hendakkan juga Stadium Merdeka, tak mahu dengan cadangan pihak lain. Dah kesuntukan masa katanya. Yang mampu ialah menyerang ketidak-ikhlasan UMNO BN, dan memang pun mereka (UMNO BN) tidak pernah ikhlas pun.
Kita nak masuk stadium, ia akan ditutup, nak berkumpul luar stadium, kita dikepung dan dihalau oleh FRU, berterabur semua jadinya malah memberikan mereka "political mileage" yang tak perlu apabila dengan media massa mereka, senario diburukkan sedasyat mungkin seperti senario pra-himpunan yang mereka dah samakan BERSIH dengan kominis.
Kita sedia faham tentang kedudukan BERSIH bahawa mereka cuba hendak melepaskan tanggapan orangramai daripada dikatakan didokong oleh parti pembangkang - Pakatan Rakyat - tetapi di dalam konteks dan suasana hari ini siapa yang menyokong dan meberikan kerjasama sepenuhnya kepada BERSIH? Adakah mana-mana pihak daripada UMNO yang sudi berbuat demikian sedangkan PR sudah sentiasa sedia - bukan sekelompok - malah 99% PR.
Jadi, BERSIH perlu realistik, perlu lebih pantas di dalam bertindak.
Untuk berjaya BERSIH perlu bukan sahaja perlu "efficent", malah "effective" juga.
Tak guna jika cekap sahaja, tetapi tidak berkesan, seperti mengharap Stadium Merdeka. Anda memang effisyien memilih dewan untuk matlamat menyenangkan orang ramai menghadirinya tetapi tidak efektif kerana stadium itu bukan di dalam kekuasaan kita.
Kita juga bukan sekadar perlu pandai bercakap, tetapi kena pantas dan tepat di dalam menganalisa dan membuat keputusan.
Tentang polis menghalang dan sebagainya itu sepatutnya dikendalikan sebagai isu berasingan yang perlukan "Decision Analysis" yang berasingan pula.
Kita perlu melatihkan mental dan diri untuk "multi-tasking" untuk kecemerlangan.

GB dasarkan pilihan tersebut kepada beberapa faktor.
Stadium Shah Alam merupakan satu-satunya stadium yang terbesar yang dimiliki oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Stadium ini sering digunakan untuk penganjuran sukan bertaraf dunia, boleh memuatkan 100,000 orang dan hampir 8,000 tempat parkir kenderaan.
Mungkin ada yang mencadangkan Stadium Bukit Jalil (atau stadium-stadium lain yang kerajaan pusat ada hak di dalam pembuat-keputusan)
Namun bagi GB, dari sudut kawal-selia, kedudukan geografi dan karenah birokrasi, maka Stadium Shah Alam adalah pilihan yang lebih tepat.
Kita akan mendapat kerjasama sepenuhnya dari kerajaan negeri Selangor seperti kenyataan Menteri Besar di atas berbanding dengan penggunaan stadium-stadium lain.
Dan yang paling utama kita tidak mahu provokasi - tak kira siapa dalangnya. Jika di Bukit Jalil (Stadium Merdeka dan seumpamnya - tamb) masih terdedah dengan provokasi banyak pihak kerana sesiapa pun boleh diundang untuk masuk ke situ dan menimbulkan huru-hara.
Selain dari itu kita dapat membantu memajukan peniaga-peniaga di sebuah negeri Pakatan Rakyat yang mana kita telah awal-awal ditolak oleh peniaga-peniaga di WP.
Jadi, sekurang-kurangnya peniaga-peniaga kecil dapat menumpang mencari rezekinya di hari berhimpunnya peserta-peserta BERSIH yang MAJORITInya saya yakin ahli kepada parti komponen Pakatan Rakyat.
Begitu juga dengan janji Najib. Kita bukan tidak kenal siapa beliau. Beliau ada sepupunya sebagai menteri KDN yang boleh mengubah semuanya menjadi terbalik (dan itu yang dilakukan sekarang).
Mereka tidak menghormati apa-apa keputusan yang dibuat dengan kita. Seperti seorang blogger menyatakan kita akan terus dianjingkan UMNO yang kalau kita menang atau kalah mereka akan tetap menjelirkan lidahnya.
Kini BERSIH hendakkan juga Stadium Merdeka, tak mahu dengan cadangan pihak lain. Dah kesuntukan masa katanya. Yang mampu ialah menyerang ketidak-ikhlasan UMNO BN, dan memang pun mereka (UMNO BN) tidak pernah ikhlas pun.
Kita nak masuk stadium, ia akan ditutup, nak berkumpul luar stadium, kita dikepung dan dihalau oleh FRU, berterabur semua jadinya malah memberikan mereka "political mileage" yang tak perlu apabila dengan media massa mereka, senario diburukkan sedasyat mungkin seperti senario pra-himpunan yang mereka dah samakan BERSIH dengan kominis.
Kita sedia faham tentang kedudukan BERSIH bahawa mereka cuba hendak melepaskan tanggapan orangramai daripada dikatakan didokong oleh parti pembangkang - Pakatan Rakyat - tetapi di dalam konteks dan suasana hari ini siapa yang menyokong dan meberikan kerjasama sepenuhnya kepada BERSIH? Adakah mana-mana pihak daripada UMNO yang sudi berbuat demikian sedangkan PR sudah sentiasa sedia - bukan sekelompok - malah 99% PR.
Jadi, BERSIH perlu realistik, perlu lebih pantas di dalam bertindak.
Untuk berjaya BERSIH perlu bukan sahaja perlu "efficent", malah "effective" juga.
Tak guna jika cekap sahaja, tetapi tidak berkesan, seperti mengharap Stadium Merdeka. Anda memang effisyien memilih dewan untuk matlamat menyenangkan orang ramai menghadirinya tetapi tidak efektif kerana stadium itu bukan di dalam kekuasaan kita.
Kita juga bukan sekadar perlu pandai bercakap, tetapi kena pantas dan tepat di dalam menganalisa dan membuat keputusan.
Tentang polis menghalang dan sebagainya itu sepatutnya dikendalikan sebagai isu berasingan yang perlukan "Decision Analysis" yang berasingan pula.
Kita perlu melatihkan mental dan diri untuk "multi-tasking" untuk kecemerlangan.
5 ulasan:
Najib hanya berlakon semata-mata..
TERKINI!!:
10 SENJATA PERANG ZAMAN SILAM!!
LOKASI BERSIH 2.0 DIDEDAHKAN!!
Biorkan plan asal nak buat di tengah bandaraya KL.. Kan semua FRU berkampong kat sana.. Last-last minit kita ubah lokasi.. Mana FRU nak berkejor dah, banyak trafic jam.. Padan muka demer..
Takkan ntak ingat masa Bersih 1 dulu.. Kan bapak menteri anak Albar tu kata bila banyak road block nanti rakyat akan benci Bersih.. Last-last apa jadi? Hilang 5 negeri..
Buat la road block banyak-banyak lagi. Boleh kot selamatkan semua negeri..
Cadangan dari Dr MAZA juga agak menarik, agar diadakan minggu BERSIH, dan orang memakai baju kuning di mana-mana saja, tanpa perlu berkumpul.
Cuma mungkin ada yang keberatan nak buat sebab takut di'cop' sebagai pembangkang oleh kenalan rapat. Kalau berarak di perhimpunan aman, mungkin saudara-mara, jiran atau rakan sekerja tak perasan.
umpornobn sebijik macam yahuddi zionist suka menindas rakyat yang bangun melawan untuk kebenaran macam kat palastine sana..
dah banyak kali kena tipu, bila kata tak naik harga minyak tiba-tiba naik..
Catat Ulasan