Rais mahu kaji motif sertai perhimpunan 9 Julai
July 16, 2011KUALA LUMPUR, 16 Julai – Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sedang menjalankan kaji selidik untuk mengenal pasti motif mereka yang menyertai perhimpunan pada 9 Julai lalu.
Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kaji selidik oleh Jabatan Penerangan dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu melibatkan tiga perkara penting iaitu mengapa mereka hadir pada perhimpunan itu, imbuhan yang diterima dan perasaan mereka apabila tidak faham mengapa mereka menghadiri perhimpunan itu.
“Jadi ketiga-tiga soalan itu sedang kita ajukan tetapi tidaklah dapat disusul kepada semua, sekiranya dapat kita kumpulkan sekitar 2,000 sampel, maka ia akan memberi satu pola yang kita akan umumkan kemudian.
“Ini supaya kita jangan rugi dari segi perjuangan dan Gagasan 1Malaysia itu sebenarnya adalah sesuatu yang setiap individu harus menilai dan menerimanya kerana ia mempunyai tujuan murni untuk menyatu padukan rakyat,” katanya dipetik Bernama Online.
Rais berkata kaji selidik itu penting kerana orang Melayu kini didapati mudah tertarik dengan isu-isu politik dan terikut-ikut untuk menyertai politik jalanan tanpa mengetahui masalah dan punca mereka melakukannya.
“Misalnya pada 9 Julai lalu, sedemikian ramai mereka yang terlibat tidak tahu kenapa mereka berada di Kuala Lumpur, mereka kata diberi sedikit imbuhan dan bila ditanya apa sebab datang, mereka kata sebab kawan-kawan ramai, kami pun datang, kami dapat imbuhan, jadi kami pun mengambil bahagian,” katanya.
Rais berkata pendirian sebegitu sebenarnya merugikan semua pihak dan perkara itu harus dan hanya boleh dijawab oleh mereka yang merencana dan menyokong perhimpunan 9 Julai.
“Bukan kerajaan tidak mengiktiraf hak kita untuk berkumpul tetapi cuma setiap individu harus tahu apa sebab mereka datang dan membuat sesuatu tindakan sama ada untuk perjuangan atau untuk tujuan tertentu pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Rais mengingatkan orang Melayu supaya tidak terkeliru dengan perkara yang berlaku pada perhimpunan haram itu kerana apa yang terjadi sengaja dicetuskan oleh pihak tertentu yang tidak sanggup melihat kejayaan masyarakat 1Malaysia malah menganggapnya sebagai satu ancaman terhadap kelangsungan politik mereka.
Rais berkata sebagai orang yang telah lama berjuang di dalam politik dan kemasyarakatan, beliau tidak mahu melihat ada orang yang bertepuk tangan melihat Melayu sesama Melayu bergaduh sedangkan perkara itu tidak membawa sebarang keuntungan.
“Sampai mana kita hendak bergelut, bergaduh di politik jalanan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di Dataran Merdeka atau di stadium, apa yang kita nak capai.
“Orang Melayu khasnya, saya ingin memberi pandangan, kita jangan lagi bermuslihat atas perkara-perkara yang berlaku pada 9 Julai lepas, tak ada untungnya bagi kita,” katanya. -TMI
Ulasan GB
Alahai menteri yang rendah mentaliti tetapi kuat nafsunya ini kini menuduh peserta perhimpunan BERSIH menerima imbuhan.
Kita tersangatlah ingin tahu dan cabar menteri berkenaan untuk membuktikan tuduhannya itu.
Beiau ingat pendemo BERSIH macam ahli-ahli UMNO BN yang jika berhimpun perlukan imbuhan, nasi bungkus dan wang upah pergi balik.
Beliau masih lagi mendendangkan 1Malaysia sedangkan perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu adalah manifestasi sebenar slogan 1Malaysia dimana masing-masing melihat rakyat berbilang kaum di negara ini "bersatu hati" memperjuangkan kebenaran dan keadilan di dalam negara ini.
Masa sudah sampai untuk menteri ini dibersarakan walaupun terlepas daripada dipenjarakan. Tetapi saya yakin kes beliau akan dibuka semula nanti selepas PR berjaya mengambil-alih Putrajaya.

13 ulasan:
amah indon dah dapat pulus kot,ini pr parti takak kasi wang punya.
Ya betul Pak Rais, kawan saya di Slangor dapat upah RM5,000 seorang untuk himpun Bersih, kawan saya dari N.sembilan dapat RM50,000 seorang, kawan say di Sarawak dapat RM25,000 seorang, hotel free, flight pergi balik free, kawan saya di Johor dapat RM15,000 seorang, warga tua dari Kedah dapat RM10,000 seorang. eh eh betullah! hehehee
Elok rasanya Menteri berkenaan renung kembali sewaktu beliau bersama S46 dulu, menentang kerajaan juga masa tu dia. Bakar jambatan masa tu dia.
Rais perlu diingatkan bahawa RTM milik seluruh rakyat Malaysia pembayar cukai, BUKAN milik UMNO.
JANGANLAH RAIS NAK PERBODOHKAN RAKYAT.
yang setuju masuk survey tu nanti akan diberi imbuhan sebenarnya, tapi syaratnya mesti menyatakan mereka ikut serta sebab diupah atau ditipu oleh penganjur dan parti2 pembangkang.ini idea mereka yang tak habis2 nak memfitnah.
Nak duit nak beli cincin ,gelang, luar negara...
Ni sebijik mcm ada kwn kat FB ckp.. pegi Bersih dpt RM200, pehtu heboh sana sini psl dpt RM200 tu.
Bila kita minta bukti, xde. Suruh pegi kat polis sbb katanya ada org kasi statement dpt RM200.
Deyy, kalo takat statement buat. Sapa2 boleh pi wat statement. Yg penting adalah bukti. Sekiranya ada baru kita tengok bukti tu kukuh atau tak.
Takat pakai baju kuning dok ceruk mana ntah dok kasi duit.. sapa2 boleh menyamar. Buktikan la samada dari penganjur Bersih atau tak. Tangkap la org yg kasi duit tu..
Pigidah.. PM pon penipu, Menteri pon penipu.. sanggup menipu terang2 dlm media. Ingat rakyat semua bodoh mcm depa kot..
RM 200 tu untuk ikut PETRIOT tapi depa kona pergi BERSIH... kswsn saya kata dapat RM 100 bila berkumpul kat Stidium Titiwangsa tapi hampah kena KENCING...tokey tak datang haram jadah...

Hei Rais anak Yatim , pi lah bakar jembatan!
kalau diberi bas/pengankutan percuma makan free tempat penginapan juga free polis akan jadi macam harimau syarkas dan sekiranya diberi duitpokit pula polis akan jadi harimau lari kehutan kerana ramai yang akan turun dalam perhimpunan aman bersih itu.
tak nak tanya ke berapa pr bagi kat QE di england tu pak rais...
Rais Yatim,kalau dah tak ada kerja pergilah kerjakan amah Indon tu.Nak buat kajian kepala bana.Haprak punya menteri.
Catat Ulasan