14 Jul 2011

Kes Cincin RM74 Juta, Laporan SPRM Dibuat

Satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM telah dilakukan hari ini terhadap cincin yang bernilai RM74 juta yang didakwa telah dibeli oleh isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor.

Laporan tersebut telah difailkan oleh Badrul Hisham Shaharin, Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebuah NGO pro-Pakatan Rakyat.

Badrul berkata SPRM mempunyai tanggungjawab awam untuk mempastikan rakyat Malaysia teraniaya hasil dari sindrom “Imelda Marcos” Malaysia ini.

Beliau turut mendesak SPRM untuk menjalankan siasatan terbuka terhadap laporan tersebut, menambah "terdapat banyak bahan bukti".

“Kita tidak mahu perulangan fiasco Filipina dimana Wanita Pertama Imelda menyalahgunakan wang rakyat untuk memenuhi nafsu belanja besarnya,” kata Ketua PKR Bahagian Rembau berkenaan.

Semalam, bologger pro-Pakatan mendakwa cincin yang dikenali sebagai “Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond Ring” telah dihantar kepada Rosmah oleh sebuah syarikat permata yang berpusat di New York, Jacob & Co pada bulan April tahun ini.

Cincin tersebut didakwa melepasi operasi pihak kastam KLIA dan telah dilepaskan olhe Pengurus Operasi Kastam dikenali sebagai A Krishnan.

Cekupan skrin terhadap paparan komputer kastam juga menunjukkan cincin berkenaan tidak dikenakan duti impot ke atasnya. Paparan yang sama juga menunjukkan nilai cincin berkenaan ialah US$24.4 juta (RM74 juta).

Hari ini, seorang lagi blogger menyiarkan foto-foto Rosmah memakai gelang yang rupanya sama dengan yang dikeluarkan oleh Jacob & Co, yang pakar industri mendakwa konon ia boleh mendatangkan nasib yang baik kepada pemakainya.

‘Jangan sapu ke bawah karpet’

Sementara itu, Badrul mencabar Rosmah untuk menafikan secara terbuka tuduhan tersebut. “Dari mana beliau memperolehi wang yang sebegitu banyak? Beliau mesti membersihkan namanya,” tambah Badrul.

Beliau turut mempersoalkan samada suaminya, Najib Tun Razak, “menyalahgunakan” kedudukannya selaku Menteri kewangan untuk mengecualikan cincin berkenaan dari terkena duti impot.

Badrul mendakwa siasatan mendedahkan bahwa Rosmah menggemari barang-barang Jacob & Co seperti emas-permata, bag tangan dan pakaian.

“Rosmah keliahatan menggunakan barangan ini di dalam banyak acara,” dakwanya.

Timbalan Ketua AMK Syed Mikael Rizal Aidid berharap SPRM “tidak menyapu kesemua ini ke bawah karpet”.

Beliau menyatakan SPRM selalu berdalik dan mendiamkan diri terhadap laporan-laporan ke atas kes-kes berprofil tinggi.

Dengan mengambil contoh siasatan Perancis ke atas skandal kapalselam Scorpene, beliau berkata SPRM hanya bergerak untuk menjalankan tanggungjawabnya apabila pihak luar mula menyiasat ke atas kes berkenaan. -ZFMT/Terjemahan bebas: GB


cincin rosmah - RM20 juta atau RM60 juta? -semutmalaysia





sumber asal : chegubard
kebanyakan blog dan forum dah banyak kongsi gambar gambar di atas. kalau tak tengok betul betul memang tak perasan sangat benda benda yang boleh bikin hati mendidih. tapi kalau dah namanya pencacai, taib mahmud sapu berbilion bilion pun depa tetap bersyukur ye dak? kah kah kah!

bawah ni gua crop part part penting untuk bagi lagi 'jelas'. nah amik!

RM ke USD? gua nampak USD pada gambar ke-4 di atas. tak jumpa pun RM. maaf la kalau tersilap.

program permata dia dapat RM111 juta kan?

nama cincin

tarikh dan masa register, approved, dan released. kalau tak silap la

cari punya cari, eh kebetulan pulak april 2011 memang najib ada pergi amerika dengan rosmoh

SEPANG, 9 April -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke Amerika Syarikat Jumaat malam untuk lawatan kerja ke Washington dan New York bermula 10 hingga 16 April.

Najib, yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, berlepas dengan pesawat rasmi kerajaan kira-kira pukul 9.20 malam di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta beberapa menteri kabinet antara kenamaan yang berada di lapangan terbang bagi mengucapkan selamat jalan kepada Perdana Menteri dan isteri.




Meet Jacob the jeweller

PETALING JAYA: The founder of Jacob & Co, for whose luxury merchandise Rosmah Mansor allegedly has a soft spot for, is as colourful as his clientele.

Among foreign celebrities, Jacob Arabo, an Uzbekistan-born Jew, is a household name and those who flock to his lavish outlets range from the likes of Beyonce Knowles to David Beckham.

The other prominent individuals on Jacob’s glittery list were renowned rappers 50 Cent, Diddy, Kanye West and other celebrities such as Jennifer Lopez and Naomi Campbell.

Arabo is so popular that in the video game “Def Jam: Fight for NY” part of the prize awaiting thugs who collect the most cash, was a choice to purchase jewellery from him. Apart from this, his name had also cropped up in numerous rap songs.

Famed for his opulent diamond-encrusted wrist watches and chunky jewellery, Jacob & Co, with outlets in 46 countries, was for those with very deep pockets.

Arabo had moved to the United States at the age of 14, and had dropped out of high school to enrol in a six-month jewellery design course.

By 21, he had opened a kiosk in the Kaplan Jewelry Exchange. Beginning in the 1990s, he started designing pieces for hip-hop artists.

Criminal record

But behind all the glitz and glamour, there was also a dark side to Arabo’s story. He had been accused of many crimes including money laundering and possession of stolen property.

In June 2006, he was arrested by the FBI over allegations that he laundered millions for members of a notorious Detroit-based drug gang, Black Mafia Family, and that he failed to report large cash purchases to the US Internal Revenue Service.


Arabo, who also has an outlet in the upscale Star Hill shopping complex here, landed in the limelight in Malaysia after several pro-opposition bloggers claimed that Rosmah had acquired a diamond ring worth a whopping RM73 million from his outlet in New York.

When the report was published in FMT and found its way to numerous blogs, there were some commentators who claimed that Jacob & Co’s website had removed Rosmah’s photograph from its list of celebrities, but this could not be verified.

Today, another blogger published photographs of Rosmah sporting a set of bangles which looked strikingly similar to Jacob’s “Zebra Safari” diamond bangles, which industry experts claimed could be worth a fortune.

A pro-Pakatan Rakyat NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) filed a report over the diamond ring with the Malaysian Anti-Corruption Commission.

Rosmah, and her husband, Prime Minister Najib Tun Razak, are currently in the UK. -FMT


Ulasan GB

Sebelum ini GB pernah mengulas di entri : Najib Bakal Jatuh Tergolek Kerana Rosmah

Petikan:

Belum ada isteri-isteri PM sebelum ini yang bertindak liar seperti yang dilakukan oleh isteri Mohd Najib, Rosmah Mansor namanya.

Najib nampaknya seperti tidak dapat mengekang dan mengawal tindakan Rosmah yang besar sangat nafsunya menjadi "diplomat" sekalipun bukan berhormat dan tidak pula bertauliah.

Rakyat BERHAK untuk mendesak Najib mengarahkan isterinya berhenti dari berkelakuan jelek yang menghabiskan wang rakyat.

Jika tidak Najib akan menanggung segala sumpah dan makian rakyat yang tak pernah mengundi Rosmah Mansor, isteri yang didakapnya saban malam.


Sebelum ini banyak hal tentang Najib diperkatakan. Kisah mengenai beliau menyalahgunakan lawatan rasmi ke Kazhastan untuk pertunangan anaknya, kes kos tinggi bil elektrik PM, TPM berjumlah RM160,000 sebulan untuk kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya dan kes hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalannya dan berbagai-bagai kes lagi yang lansugn tidak dijawab oleh Najib.

Ya, Najib di ambang kejatuhan!

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

eh apa plak salah rosmah, kan peruntukan 111 juta untuk permata

Ismi Azraf berkata...

Kedudukan Najib semakin jatuh akibat perbuatan Rosmah , namun masih ramai rakyat yang tidak dapat info tersebut sebab hanya dalam 30% saja rakyat malaysia yang "peka" menggunakan internet.

BERSIH : Bendera atau Pisau?


1,000,000 People Request Najib Tun Razak Resignation

.

gathort berkata...

kalau bukan guna duit rakyat,tolong la jelaskan

TERBAIK SAAT INI!!:
UMNO Sudah Mengambil Alih KFC Holding??
VIDEO JARINGAN MALAYSIA VS ARSENAL!!

Tanpa Nama berkata...

Ya la, baru guna 74juta, ada lagi baki 37juta dari peruntukan PERMATA 111juta setahun...rosmah x salah PERMATA beli batu Permata hahahah lagi besar lagi baik...

Unknown berkata...

heran bin ajaib... permata bernilai 24 juta hantar pakai courier?? hape ke bebal tu... hadoii...

Unknown berkata...

satu lagi..sejak bila pulak kastam ada jawatan operation manager nih?? aduss...

kebebalan tahap sejuta lemon sungguh...

Tanpa Nama berkata...

nanti pencacai BN mengatakan pulak ini smua kerja Anwar buat skrin palsu untuk mendakwa Rosmah...ha ha ha ha ha. Manalah ada Rosmah yang baik hati buat kerja macam nih..ha hah hah ha...pulak!!!!!

Tanpa Nama berkata...

gua rasa 24 juta la..sbb ni kan kastam mlysia..mungkin harga tu ikut RM..tp xtao la ... tu agakan gua je..mmg patut di lanyak perempuan hantu ni...huhu

Tanpa Nama berkata...

oooo..kalau betul lah apa yang diperkatakan, memang terkejut aku sebab sebelum ni aku sangka Datin Rosmah tu baik..SPRM kena siasatlah betul ke tidak crite ni..kalau betul dakwa..

Tanpa Nama berkata...

pendekar berkuda,

Hang tengok betui-betui insuran saja usd200k lebih, operation manager tu hak oceanic express punya manager bukan kastam. Umngok rimba....

Tanpa Nama berkata...

negara ini ana yang punya, ahmad albab

Tanpa Nama berkata...

Nak tanya

Screen shot Kastam tu tunjuk 2011.
Dari - http://tunhisyamuddin.blogspot.com/2010/04/hairan-hujan-tiba-tiba-turun-di-kl-bila.html
pun ade tercatat -
SEPANG, 9 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke Amerika Syarikat Jumaat malam untuk lawatan kerja ke Washington dan New York bermula 10 hingga 16 April.

Jadi PM lawat AS tu 2010 (kata Bernama), jadi macamana screen shot tu 2011 ?

Tanpa Nama berkata...

aku ni biasa buat kerja ni, A.Krisnan tu adalah orang yg telah membuat pengistiharan untuk kelulusan borang kastam,mamat tu kerja ngan ejen fowarding,no ic dia pun ada kat dalam system 'EDI" tu,dekat mamat ni ada segala butiran terperinci mengenai siapa pembeli. SPRM nak kata apa lagi??? nak tunggu malaysia lingkup baru nak buat kerja ka???

Tanpa Nama berkata...

Saya bekerja dgn syarikat barang kemas dah lebih 10 thn. Baca betul-betul.

Dakwaan 1) “bagaimana pengimport cincin berlian itu mendapat pengecualian cukai bagi membawa masuk perhiasan itu.”

JAWABAN: Sebenarnya barang kemas MEMANG TIDAK DIKENAKAN CUKAI IMPORT.
Tanyalah mna2 tauke barang kemas yg biasa out pergi beli supply barang2 kemas kat luar negara. Masuk airport, kalau kastam scan jumpa rantai gelang 10 bungkal pun diaorang biar je, sebab memang TAKDE DUTI IMPORT!

Dakwaan 2) cincin telah dihantar kepada Rosmah oleh sebuah syarikat permata yang berpusat di New York, Jacob & Co pada bulan April tahun ini....Cincin tersebut didakwa melepasi operasi pihak kastam KLIA dan telah dilepaskan olhe Pengurus Operasi Kastam dikenali sebagai A Krishnan.

JAWABAN 2a: BUKAN POLISI SYARIKAT2 BARANG KEMAS HANTAR ITEM GUNA COURIER.
Atas sebab KESELAMATAN syarikat suruh pembeli DATANG SENDIRI UTK AMBIL BARANG TU. tak pernah lagi kedai emas hantar item kpd pelanggan guna POS atau Fed-X!! Apatah lagi nak isytihar kasi semua tahu?! Nak mampus? kalau hilang sapa nak tanggung? Ingat sykt besar JACOB & Co ni niaga mcm Amazon.com ke?

Adalah KERJA GILA hantar barang yg harga BERATUS RIBU apatah lg JUTA pakai kourier. Anda suka ke hantar gelang emas ikut pos laju?! Boleh percaya ke pekerja kat dalam tu?

JAWABAN 2b: MENJADI POLISI SYKT- SETIAP URUSAN ADALAH SULIT DAN PERIBADI.
Oleh sb barang kemas adalh barang berharga sebab ianya EMAS, maka Sykt takkan dedahkan maklumat pembeli atas sebab keselamatan dan juga faktor kepercayaan. MELAINKAN ATAS PERSETUJUAN PEMBELI untuk publisiti. Takde siapa nak percaya anda lagi dan pelanggan akan hilang jika cerita dia bocor kat orang. Ia boleh menjejas reputasi sykt dan mengancam pembeli. Kalau pembeli kena rompak camne? Tak percaya tanyalah HABIB ke, KM ke..

Saya masa baru dapat kerja dulu kena sain surat akujanji agar tak cerita kat orang luar sapa beli barang dari kami. MCM JUAL DADAH je rasanya.

Dakwaan spt ini boleh jejas reputasi syarikat, apatah lg kompeni besar mcm JACOB & CO. MEREKA BOLEH FAILKAN SAMAN kalau diaorang dapat tahu hal ni!!

Wan Ssei berkata...

hmm...ada logik jugak Anonymous July 18 ni...ada jawapan lain?