14 Jul 2011

BERS✔H 2.0: Jika Dakwaan Ini Benar, KPN & Timb KPN Perlu Diheret ke Muka Pengadilan

Peserta BERSIH: Polis ancam nak bunuh saya

Beberapa peserta perhimpunan BERSIH menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyiasat dakwaan keganasan polis yang dialami mereka semasa perhimpunan Sabtu lalu.

Diketuai ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah, kira-kira 30 peserta menyerahkan memorandum kepada Timbalan Pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee di ibu pejabat suruhanjaya itu di Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum menyerahkan memorandum tersebut, empat peserta mengimbas kembali pengalaman traumatik mereka dengan pihak polis pada hari berkenaan.

Salah seorang daripada mereka mendakwa seorang anggota polis mengancam untuk membunuhnya ketika menangkapnya.

Katanya, kejadian itu berlaku ketika dia sedang berjalan kaki di hadapan Dataran Pahlawan dengan sepupunya pada jam 4.10 petang selepas perhimpunan itu bersurai.

Menurutnya, dia kemudiannya ternampak sekumpulan FRU hendak menyerbu ke arah seorang lelaki muda yang tidak melakukan apa-apa, sedang berdiri di atas jalan.

Berikutan itu, dia meminta mereka jangan memukul lelaki itu kerana dia tidak berbuat apa-apa pun.

Sebaliknya, kata beliau, anggota FRU menyerbu ke arahnya. Manakala sepupunya yang meminta polis jangan memukulnya, turut ditangkap.

Beliau mendakwa polis menendang dan menumbuknya semasa ditangkap, dan mencederakan dahinya (atas) dan tangan (bawah).

Pengadu lain termasuk aktivis Sarawak Hii Tiong Huat, yang ditahan sehari sebelum perhimpunan tersebut, dan anak saudara Baharuddin Ahmad, yang meninggal dunia selepas ditangkap pada hari Sabtu. -mk

Ulasan GB

Jika dakwaan peserta himpunan BERSIH di atas adalah benar, maka Ketua Polis Negara dan Timbalannya perlu diheret ke muka pengadilan.

Hukuman penjara wajar dikenakan ke atas kedua-dua mereka yang membenarkan ahli pasukan PDRM berindak secara wewenangan yang ternyata merupakan satu JENAYAH yang tidak dapat dimaafkan.

Malah SUHAKAM sendiri sudah menyatakan pendiriannya bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 yang berlansung pada 9 Julai itu TIDAK SALAH malah adalah merupakan satu perhimpunan yang SAH DIS SISI PERLEMBAGAAN.


1 ulasan:

facepu berkata...

sapa yg ada akal boleh beza sapa yg pengganas sebenarnya

TERBAIK SAAT INI!!:
UMNO Sudah Mengambil Alih KFC Holding??
VIDEO JARINGAN MALAYSIA VS ARSENAL!!