20 Jul 2011

Ke Mana Najib Pergi, Ada "Hantu" Mengekori

Pertemuan Najib-Pope, cari sokongan Kristian?'

Sekumpulan 365 rakyat Malaysia yang beragama Kristian, termasuk penganut Katolik telah menandatangani sepucuk surat kepada Pope Benedict XVI, bagi mengadu tindakan keras Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada perhimpunan aman BERSIH 2.0 9 Julai lalu.

Mereka juga melahirkan kebimbangan Najib mempolitikkan lawatannya ke Vatican.

Mereka juga khuatir bahawa lawatan Najib ke Vatican pada masa ini dilihat sebagai usaha mencari sokongan popular menjelang pilihan raya umum ke-13 yang mesti diadakan sebelum pertengahan 2013 dan boleh menyaksikan beliau terus berkuasa.

Surat itu juga menyampaikan rasa hati penganut Katolik yang risau kemungkinan kerajaan dan pemimpin asing terpengaruh dengan Najib yang ghairah menyebarkan mesej kesederhanaan di luar negara sedangkan kerajaan BN pimpinan Najib sendiri berulang kali menggunakan kekerasan terhadap rakyat di negara ini.

Menurut mereka kebebasan beragama di Malaysia begitu terhad dan mengemukakan contoh seperti kes mahkamah Lina Joy dan rampasan buku serta kitab Kristian sebagai hujah.

Populariti

Surat yang disiarkan secara penuh oleh NGO Aliran itu dialamatkan kepada paderi kanan - Pontiff, dengan salinannya dihantar kepada Archbishop Leopoldo Girelli, yang beribu pejabat di Singapura.

Dalam surat mereka, kumpulan itu berkata tindakan keras ke atas BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini - menyaksikan gabungan 62 NGO berkenaan ditekan dan dihambat oleh pihak berkuasa yang selama ini dikuasai oleh parti politik yang sama dan sekarang diterajui oleh Najib.

Menurut mereka, Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) yang mana Gereja Katolik turut bernaung telah mengesahkan hak BERSIH untuk berhimpun dan berarak secara aman yang disifatkan sebagai 'tuntutan berpatutan'.

Kumpulan itu juga mendakwa Najib bertindak bertentangan dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong, yang mahu konfrontasi dengan penyokong BERSIH dielakkan.

Malah presiden Umno itu juga mengisytiharkan pertubuhan BERSIH sebagai haram dan menolak permohonannya untuk berhimpun di Stadium Merdeka pada 9 Julai lalu.

Berwaspada

Justeru, kumpulan itu meminta Pope Benedict agar berwaspada dalam berurusan dengan kerajaan pimpinan Najib

“Kami berdoa agar Holy See akan mempertimbangkan isu-isu yang kami nyatakan ini dan mendapat petunjuk dari Roh Kudus dalam berurusan dengan kerajaan Malaysia,” kata mereka.

Penganut Kristian berkenaan juga risau Najib akan menggunakan lawatan tersebut untuk meraih undi dan mengekalkan popularitinya di kalangan penganut Kristian di Sabah Sarawak.

“Kami risau jika terdapat agenda politik tersembunyi untuk memenangi sokongan pengundi Kristian di Sabah dan Sarawak bersempena lawatan Najib ke Vatican ini.

“Akhir sekali, kami juga risau Najib cuba untuk mendekati Holy See pada masa ini untuk mendapatkan sokongan popular dalam pilihan raya umum akan datang yang bakal berlangsung menjelang awal 2013,” tulis mereka.

Selepas lawatan ke Vatican semalam, Najib berkata Malaysia dan kerajaan Vatican bersetuju menjalin hubungan diplomatik bagi menggalakkan hubungan persahabatan dan mengukuhkan kerjasama antarabangsa.

Pertemuan Najib dan Pope Benedict XVI diadakan di Castel Gandolfo, kediaman musim panas pemimpin penganut Katolik itu di pinggir bandar Rom. -mk

Ulasan GB

Kemana saja Najib pergi, seolah-olah ada hantu sedang mengekorinya.

Di London, sebelum beliau sampai, Amnesty National telah terlebih dahulu mengadu kepada pihak kerajaan Britain supaya tidak menyediakan hamparan karpet merah kepada Najib.

Dan Najib disambut dengan demo serta nyanyian Yellow Submarine di sana oleh rakyat Malaysia yang tinggal di London.

Lebih memburukkan, Queen Elizabeth menyambutnya dengan berpakaian kuning, satu sindiran tajam kepada Najib yang menentang perhimpunan BERSIH - itu pun jika Najib mempunyai harga diri dan maruah untuk memahami warna pakaian yang dipakai oleh Queen.

Kini, beliau ke Rom bertemu Pope Benedict XVI dan diekori dengan surat yang ditandatangani 365 rakyat Malaysia yang beragama Kristian, termasuk penganut Katolik yang mengadu kepad Pope berkenaan tentang perilaku buruk Najib terhadap peserta perhimpunan BERSIH 2.0.

Nampaknya apa yang GB katakan sebelum ini bakal menjadi kenyataan. Petikan:


Pertama kali di dalam sejarah BERSIH, ia tersebar dan disambut di seluruh pelusuk dunia (bukan sekadar di Malaysia). Jika di dalam negara sambutan Bersih di kekang oleh Polis & FRU, tetapi di luarnegara mereka bebas. Dan GB percaya bilangan mereka yang menentang Najib (setidak-tidaknya di dalam isu BERSIH) semakin membuak dan membesar.

Dan satu ciri yang menarik pada BERSIH kali ini ialah ia disertai oleh rakyat yang multi-racial bukan lagi terhad kepada kelompok etnik Melayu seperti di dalam BERSIH 1.0.

Apa yang berlaku itu menunjukkan juga pemerintahan Najib sudah berada di penghujung jalan.

Jika sebelum ini diketahui, dahulu, Najib begitu beriya-iya ingin mengambil-alih tampuk pemerintahan dari tangan Pak Lah, kini, Najib akan merasakan hal yang sama malah mungkin lebih dasyat. GB difahamkan, pelbagai tekanan dilakukan oleh pihak Najib ke atas pentadbiran Pak Lah supaya Pak Lah berundur dan terpaksa melambaikan tangan mengucapkan sayonara kepada Jabatan Perdana Menteri lebih awal... tidak dapat memenuhi hasratnya menjadi PM selama dua penggal (Tempoh Pak Lah sebagai PM ialah 31 Oktober 2003 – 3 April 2009).

Kini hukum alam mengambil tempatnya. Roda berputar dan Najib perlu merasai bagaimana beliau kini ditekan oleh rakyat supaya berundur kerana kekejaman itu tidak akan dapat mengatasi kebenaran.

Dan terdapat juga kemungkinan Najib bakal mengakhiri pemerintahan sebagai PM lebih awal daripada Pak Lah.







10 ulasan:

Jutawan berkata...

Oh well.. Apa salahnya Pm cari sokongan kristian dengan cara ni. PAS pun bagi kristian guna Kalimah Allah utk sokongan depa, mengalah dgn DAP utk sokongan Cina. Gajag didepan mata tak nampak.. Yang rugi melayu le.. Ini lah bangsa ku melayu.

maie1958 berkata...

jutawan lah yang rugi sebbab tak semua melayu jutawan,cuma melayu bangsawan saja yang jutawan...melayu um-no hanya tahap pencacai angkat bendera dengan upah air kotak dan nasi bungkus ikan masin masa pilihanraya...kesian yermnak buat macam mana bodoh sampai ke mampos...

aizat nasri berkata...

ha3...pergh kalo PM cari sokongan kristian buleh plak...kalo PAS ckp PAS dah tak da perjuangan Islam...ha3...bese la puak depa ni tak da modal...dlm ni yg duk tak puas ati dgn PM org kristian Malaysia..ade ke org PAS hntr surat ke Pope tu???

tak abiz2... melayu2...ha3...puak depa ni tau perjuangkan bangsa ja...agam tergadai2...

mus berkata...

Jutawan, Melayu rugi macam mana tuh, saya kurang faham.

Pejuang Rakyat berkata...

Tidak salah... sebab dalam umno kini ada juga penganut Kristian menjadi ahli.. Umno sebenarnya sentiasa mengalah... serta diperbodohkan... contoh semasa bn menguasai Pulau Pinang... kerusi umnolah yang paling banyak..tetapi Gerakan menjadi Ketua Menteri.. so siapa yang mengalah... umno sentiasa mengalah.. kamu fikirkanlah... sokong umno semakin banyak dosa...

Tanpa Nama berkata...

JUTAWAN RUGI LA MACAM NI. LEPAS NI TAK BLEH CARI MAKAN NGAN KERAjaan. KALAU DAH PM MENIPU, MANA RAKYAT TAK MARAH.
KALAU SPR TAK MENIPU, MANA RAKYAT TAK MARAH.
CUBA NGKO RUJUK : penipuan dan penyelewengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Seorang pengundi yang mempunyai nombor kad pengenalan lama 6830901 yang sama mempunyai 2 nama yang hampir serupa, cuma ejaan yang berlainan.

Yang pertama, Daud Bin Mohd mengundi di Dun Asahan, Parlimen Alor Gajah dan kedua Daud Bin Mohamad mengundi di Dun Bemban, Parlimen Jasin.

Seorang pengundi bernama Asia Binti Osman bernombor Kad Pengenalan lama 5962350 yang mempunyai 2 tempat mengundi yang berlainan satu di Dun Taboh Naning dan satu lagi di Dun Ayer Limau kedua-duanya dalam Parlimen Masjid Tanah.

Namanya hanya dibeza dengan perkataan 'Binti' dan satu lagi 'Bt'.

RUJUK : http://www.kedahlanie.info/2011/07/blogger-kesan-ic-sama-tapi-2-nama.html

KALO DAH MACAM NI, NGKORANG NAK JAWAB APA...?

Tanpa Nama berkata...

Najib sebenarnya dah mengelabah itu sbb pergi jumpa pope untuk sokongan sbb puak2 perkasa buat hal dengan penganut kristian puak2 ni najib sokong.Pas tak da la racist macam puak2 perkasa.

Tanpa Nama berkata...

aduh..wahai org islam tidak kira parti politik dan bangsa..lihat lah org bukan islam sedang mngambil ksempatan katas org islam.jgn nanti suma undg2 islam kne delete dr msia..klu nk kira parti politik sume salah tau..sb masing2 sume nak undi

Tanpa Nama berkata...

kah kah...undang2 Islam apa yg ada dlm malaysia nie? Bila lak Kerajaan BN letak undang2 Islam dlm perlembagaan...hukum syariah yg ada pun mcm dipandang sepi je oleh Umno...
Umno letak hukum islam kat tepi longkang jer...

Tanpa Nama berkata...

abes ingat undang2 islam tu hanya hudud dan qisas ke..klu org islam nak kluar islam kan x boleh..atleast msia x bagi n tuttutan non muslim(ambiga) kan mahkamah x leh hukum ape2..contoh 2..klu laki muslim bole kawin wanita non muslim..tp non muslim(ambiga) mintak menda tu dmansuhkn..tu sume bkn undang2 ke...pikir la skit..yg bank cimb islamic sume tu yg x dek riba bkn undg2 islam ke tu..kang klu non muslim amik dia mansuhkn sume tu last2 org cam ko gak rugi