20 Jul 2011

BERS✔H 2.0: Keadaan Timb Presiden PAS Beransur Pulih

Kecederaan lutut Mat Sabu beransur pulih

Beliau menjalani pembedahan ke atas ligamen lututnya yang koyak semasa perhimpunan Bersih 9 Julai lalu.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang cedera akibat dirempuh Land
Rover polis ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu beransur pulih walaupun kini masih bergantung dengan kerusi roda untuk bergerak.

Beliau menjalani pembedahan ke atas ligamen lututnya yang koyak semasa insiden itu dan mendapatkan rawatan di Hospital Pakar di Shah Alam.


“Saya keluar hospital semalam. Doktor telah menanam 2 1/2 skru disebabkan ligamen saya yang terkoyak. Saya masih sakit dan tidak boleh berjalan….tapi keadaan saya beransur pulih,” katanya yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu.

Walaupun keadaan beliau belum pulih sepenuhnya, namun Mat Sabu berkata beliau akan meneruskan aktiviti ceramah seperti biasa.

Ketika kejadian detik cemas 9 Julai itu Mat Sabu yang membonceng motosikal mendakwa kenderaanya itu dirempuh Land Rover polis sehingga beliau tergolek di jalanan.

Rempuhan itu menyebabkan lutut kanannya cedera dan setelah pemeriksaan doktor dibuat didapati ligamen lututnya koyak dan satu pembedahan terpaksa dilakukan Jumaat lalu.

Seorang lagi rakan Mat Sabu yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang cedera di kepala kiri sehingga menerima enam jahitan akan menerima rawatan untuk membuka jahitan hari ini.

Beliau cedera akibat terkena tembakan gas pemedih mata oleh Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ketika kejadian 9 Julai itu. -FMT

1 ulasan:

waksab berkata...

Kehancuran BN telah mulai merekah danretak menanti belah..

http://waksab.blogspot.com