Istikharah: Kejahilan Zahid terserlah
Gesaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya pemimpin PAS solat istikharah berhubung video seks menyerlahkan lagi kejahilannya terhadap hukum feqah di dalam Islam.
Demikian Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali sebagai respons kepada laporan Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk “Nik Aziz digesa solat istikharah”.
Kenyataan itu memetik kata-kata Zahid selaku Naib Presiden Umno yang berkata: Saya fikir mereka (pemimpin Pas) perlu melakukan solat sunat istikharah untuk memohon hidayah Allah sama ada segala kebenaran di sebalik video seks itu berpihak kepada Anwar atau tidak.
Khairuddin berkata, kenyataan itu menunjukkan Umno semakin tersepit pada hari ini.
“Tidak cukup dengan kebiadapan Utusan yang menyiarkan karikatur yang menggambarkan persepsi yang negatif terhadap Islam, pada hari ini kita membaca pula kenyataan Naib Presiden Umno yang menggesa supaya pemimpin PAS melakukan solat istikharah dalam menangani isu seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang,” katanya.
Jelasnya, solat istikharah tidak dilaksanakan untuk bertujuan yang bertentangan dengan hukum syarak.
Dalam isu ini, katanya seseorang itu tidak dianggap bersalah melakukan kesalahan zina selagimana tidak didatangkan dengan empat orang saksi.
Ini, ujarnya adalah peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT secara jelas di dalam Al-Quran dan Al-Hadis.
Ianya merupakan kaedah keterangan yang dipegang di dalam Islam.
Katanya, selagi mana tidak di datangkan 4 orang saksi maka sesorang itu adalah tidak bersalah dan tidak melakukan zina.
“Tiada seorang Islam pun yang berhak untuk keluar daripada ketetapan Allah SWT ini,” tegasnya.
Justeru, beliau meminta para alim ulama di dalam Umno seharusnya menasihatkan pemimpin mereka supaya berhati-hati sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan urusan agama sebelum masyarakat turut menjadi haru biru dek kerana kenyataan tersebut. -HD
Ulasan GB
GB dah ulas dahulu, bahawa pemimpin UMNO ini, dari Presidennya sampai kepada akar umbi, adalah mereka yang jahil terhadap Islam.
Mereka anggap agama itu urusan peribadi, mereka memisahkan pemerintahan dan kehidupan dari agama.
Para menteri UMNO misalnya, berapa ramai yang ada membaca Al-Quran?
Maka sebab itu kita dapati majoriti dari mereka mroyan dan meraban bila bercakap mengenai hal-hal agama.
Yang tahu serba sedikit bab agama pula terikat dengan cinta dan sayang kepada pangkat dan harta.
Itulah UMNO!

Nik Aziz digesa solat istikharah
KUALA LUMPUR 26 Jun – Pemimpin Pas terutamanya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat digesa melakukan solat sunat istikharah, bagi mencari hidayah Allah untuk melihat segala kebenaran membabitkan skandal seks seorang pemimpin pembangkang.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana bukti utama iaitu rakaman video seks, telah disahkan tulen oleh dua pakar Amerika Syarikat, Prof. Hany Farid dan Prof. Lorenzo Torresani bahawa pelakunya 99.99 peratus menyerupai Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain itu, katanya, bukti alibi kononnya Anwar bersama keluarga dan sedang berinteraksi di laman sosial Twitter serta Facebook ketika aksi seks berlangsung juga satu pembohongan, kerana sistem kamera liter tertutup (CCTV) menunjukkan Anwar berada di lokasi kejadian.
“Saya fikir mereka (pemimpin Pas) perlu melakukan solat sunat istikharah untuk memohon hidayah Allah sama ada segala kebenaran di sebalik video seks itu berpihak kepada Anwar atau tidak? Sebelum ini mereka buat solat sunat pohon kebenaran dan kebenaran itu kini tersedia.
“Mereka juga elok tengok dulu video tersebut, betul Anwar atau tidak, menyerupai Anwar atau tidak? Kalau Anwar, mereka kena buat ketetapan. Jangan buat tuduhan sebelum tengok kebenaran video tersebut,” katanya kepada pemberita di Sungai Buloh, dekat sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pemimpin Pas dan golongan yang menyokong perjuangan parti itu, harus membuka hati serta minda mereka untuk menerima fakta, bukan semata-mata membuat pendirian berdasarkan persepsi jika bercita-cita mahu memimpin negara.
Mengenai penafian berterusan Anwar, bahawa lelaki yang 99.99 peratus itu bukan dirinya, Ahmad Zahid berkata, rakyat Malaysia perlu mengadili moral ketua pembangkang tersebut berdasarkan maklumat pakar selain bukti sahih berbentuk rakaman video dan CCTV.
Dalam perkembangan berasingan, beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, pendirian kerajaan berhubung isu tuntutan bertindih di kepulauan Spratly kekal sebagaimana sebelum ini, iaitu segala permasalahan perlu diselesaikan melalui diplomasi dan bukan ketenteraan.
“Pendirian kerajaan dan negara yang terlibat kekal tetapi kita telah meletakkan anggota tentera di setiap terumbu yang berada dalam perairan negara. Soal tuntutan Vietnam, Filipina dan China kita tidak campur, kita hormati tuntutan negara-negara terbabit,” ujarnya. -UM
Ulasan GB
GB dah ulas dahulu, bahawa pemimpin UMNO ini, dari Presidennya sampai kepada akar umbi, adalah mereka yang jahil terhadap Islam.
Mereka anggap agama itu urusan peribadi, mereka memisahkan pemerintahan dan kehidupan dari agama.
Para menteri UMNO misalnya, berapa ramai yang ada membaca Al-Quran?
Maka sebab itu kita dapati majoriti dari mereka mroyan dan meraban bila bercakap mengenai hal-hal agama.
Yang tahu serba sedikit bab agama pula terikat dengan cinta dan sayang kepada pangkat dan harta.
Itulah UMNO!
11 ulasan:
aduhai...kalau dulu masa sekolah nak periksa mesti zahid ni berharap biarlah dia lulus atau pun cukup2 makan...bila kat universiti pasti dia juga merasa biarlah dia layak dapat ijazah dan cukup2 makan asal lulus...ni kalau pasal ilmu agama untuk diri sendiri jgn lah tunjuk sgt yg cukup2 mkn aje ilmu tu...biar bersederhana asalkan sentiasa perbaiki diri sendiri dulu barulah nak betulkan org lain..ok datuk?kalau tak terima teguran maka terima2kan lah....
hahahaaaaaaa memang geli hati aku dengan zahid yang mengeluarkan fatwa baru tentang kes vidio sex,
sekarang baru aku faham kenapa umno menolak hukum hudud kalau macam tu mudahlah untok menangani kes2 zina dan rogol oleh hakim bila dibawa kes kemahkamah hakim akan megatakan nanti saya akan sembahyang istikharah malam nanti esok mahkamah akan mengeluarkan keputusan kes boleh selesai dengan mudah.
a'aa...kang tiba2 TGNA jawab dah buat solat istikharah dan mendapat petunjuk bahawa pelakon video tu bkn Anwar, cuba korang pikir2 apa pulak jawapan yg di beri oleh Zahid Hamidi ni. hahaha...lu zahid, time lu ada kuasa ni lu samseng, takpe tapi lu nnt dah takde kuasa, gua tau lu mesti jadi pondan tak cukup zat, contoh pun dah ada, baru sehari kena proses dek polis terus u turn time reformasi tu ari...hahaha....
belajar agama izudin shah, tapi dah jadi bangang sebab banyak menipu mkn duit haram dlm BN.....
Kita minta Zahid Hamidi ni buat sembahyang Istiharah lah dulu minta tuhan bagi petunjuk pasai apa tak mahu sangat bawah ke mahkamah syariah untuk dilaksanakan hukum qazaf sedang kan itu adalah tuntutan agama yg disebut dgn jelas di dalam alquran.
Pasai apa la depa ni tak nak percaya sangat pada alquran hahhhhh....!!! Takkan depa tak tau... kalau depa buat dan laksanakan depa dapat pahala....kalau kalah ka menang ka,,,depa jugak dapat pahalah. Penduduk akan mendapat rahmat dpdnya.
Kalau nak jalankan hukum hudud tak perlu solat sunat istikkharah?
baik suruh UMNO solat istikharah di imami najib mengenai altantuya dan kapal selam?
Tu namanya Jahil Murakkab (Pertama jahil akan dirinya, kedua jahil akan Tuhannya)
hahha CCTV mana duduk separas dengan meja.... biasa benda tu pasang tinggi... pelik btl
Ini masalahnya bila wang , pangkat dan kemewahan hidup menjadi matlamat hidup , macam kata orang " biar makan untuk hidup bukan hidup untuk makan". Fikir2kan lah wahai Datuk Zahid, ingat ..... " kamu akan di soal tentang rezeki yang telah di terima itu , pangkat yang telah dikecapi dan umur yang telah kamu habiskan itu ".
bukan setakat solat istikharah saja buatlah sekali solat hajat dibulan mulia ini(bulan Allah)agar dipertunjukan kebenaran dan bukti2 nyata biarlah malaysia ini sentiasa aman... Amin
Catat Ulasan