8 Jun 2011

Kenapa Sesuatu Yang Diadukan Oleh Bukan-UMNO Maka Polis Lambat Bertindak?

Hina Surah Yassin: Polis diminta bertindak

Sekumpulan umat Islam yang menunaikan solat di Taman Bertam Kepala Batas pada Ahad lalu terkejut apabila mendapati beberapa keping gambar lucah diselitkan di beberapa Surah Yassin di masjid itu.

Gambar-gambar berkenaan dilekatkan dengan cara yang agak teratur, kata pengerusi jawatankuasa masid Abdul Rahman Abdullah kepada tabloid berbahasa Melayu Sinar Harian.

Membidas tindakan itu, ahli exco bagi hal ehwal agama, perdagangan dalam negeri dan pengguna Pulau Pinang Abdul Malik Abul Kassim meminta kerjasama polis supya bertindak segera terhadap dalang berkenaan.

Abdul Malik berkata tindakan itu tidak dapat diterima tanpa mengira bangsa, agama atau pegangan politik sesiapa sekalipun.

“Tanpa mengira niat mereka, tidak ada sesiapapun yang boleh menerima provokasi yang berbentuk perkauman yang cukup menghina ini.

“Bentuk provokasi seumpama ini biasanya hanya kita dapati di surat khabar milik Umno.”

Beliau mengulas kejadian dua hari lalu di mana kira-kira 100 jemaah Masjid At-Takwa di Taman Bertam Indah yang menjumpai gambar lucah di Surah Yassin milik masjid itu. -mk

Ulasan GB

Satu gejala yang menjatuhkan integriti dan maruah polis di negara ini ialah sikap pilih-kasih, diskriminasi serta tidak adil di dalam menjalankan tugas mereka.

Kita melihat PDRM begitu cekap dan aktif jika laporan/aduan dilakukan oleh pihak UMNO/BN/Perkasa tetapi akan membisu sehingga kadang-kala lansung tidak bertindak jika aduan itu datang dari pihak yang bukan-UMNO/BN.

Salah satu sebab utama mengapa rakyat membenci PDRM kerana ketidak-adilan itulah dan akibatnya UMNO BN sendiri menjadi mangsa di dalam pilihanraya apabila rakyat menolak politik yang menggunakan polis sebagai kuda tunggangan.


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Maka aku merasakan ini adalah konspirasi terancang yang kononnya kerajaan pakatan penang yang turut dianggotai pas membenarkan mereka yg kaki seks berada dalam kerajaan...ini adalah simboliknya...nak diletak gambar nuar akan nampak sgt...maka diletak gambar lain..

Beruk Ketawa berkata...

Ketahuilah wahai rakyat Malaysia sekalian, tugas utama PDRM ialah seperti berikut:

1) Menjaga dan memelihara kepentingan UMNO

2) Menjaga dan memberi perlindungan kepada pemimpin2 UMNO & BN.

3) Menyekat dan menghalang parti-parti Pembangkang.

4) Menjaga kepentingan masyarakat adalah tugas terakhir PDRM.

Tanpa Nama berkata...

Blog hina sultan laju saja polis bertindak.

blog hina nabi sampai sekarang tiada tindakan diambil terhadap pemilik blog itu.

Tanpa Nama berkata...

Patutlah orang kata polis bodoh. dah bodoh, bila dengar orang katanya bodoh marah pula. Hakim juga nampak bodoh. Denda pula orang yang bercakap benar.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

cner lak komen di atas boleh lepas ek..bleh ke kenyataan bias dari sblah dikeluarkan? sila ambil perhatian GB

Zuones berkata...

Mengapa segala aduan oleh NGO atau orang peseorangan tiada tindakan segera kerana pihak terbabit mungkin merujuk dahulu kes kepada pihak yang berkenaan ada tindakan atau tiada atau tanggung seketika... Tetapi jika aduan yang berkaitan PR.... Bertindak segera... fail siasatan dibuka segera dan mungkin tangkapan segera.. Hanya kepada penyokong PR boleh bertindak segera... Polis atau SPRM hanya bekerja untuk UMNOBNAPCO laknatullah... NERAKA tidak kenal sesiapa.. jika kamu berdosa nerakalah tempatmu..