Karpal nasihatkan Dr M supaya bertaubat
Pengerusi DAP yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh menggesa mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya berkelakuan seperti seorang negarawan ulung dan menutup mulutnya.
Katanya, Dr Mahathir yang sedang “meniti usia yang senja” sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya supaya bertaubat atas segala salah laku silamnya.
“Dia banyak buat kesalahan (semasa menjadi perdana menteri) dan sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya untuk bertaubat kerana banyak bersalah kepada negara dan rakyat,” katanaya.
“...Sebagai perdana menteri, dia sangat degil dan tidak sepatutnya berkelakuan seperti itu.”
Menurut Karpal lagi, Mahathir juga tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal Pakatan Rakyat.
Beliau mengulas komen dalam blog yang dimuat-naik oleh Mahathir semalam yang mendakwa Karpal sepatutnya gembira dengan barisan kepimpinan baru PAS yang dikatkan lebih rapat dengan DAP.
Mahathir menulis Karpal tidak lagi perlu mati untuk PAS melangkah mayatnya terlebih dahulu jika parti tersebut berhasrat mahu menubuhkan sebuah negara Islam kerana, perjuangan pengerusi DAP itu sudah pun tercapai tanpa perlu dia bersusah-payah.
"Tokoh yang memang besar di sebalik muktamar kali ini adalah Karpal. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam yang akan menguatkuasa hukum hudud sudah pun tercapai. Karpal tidak perlu mati untuk PAS melangkah mayatnya.
"Belum pun dia mati, PAS sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang PAS akan berjuang untuk negara kebajikan," kata Mahathir dalam blognya.
Mengulas tulisan itu, Karpal berkata Mahathir juga tidak harus lupa bahawa sekitar 2001 di perhimpunan Gerakan, mantan perdana menteri itu telah berkata Malaysia adalah sebuah "negara Islam".
“Kenyataan di blognya itu tak perlu kerana dia sudah berkata demikian, kali pertama pada 2001, kecuali dia sudah lupa,” kata Karpal.
Beliau juga mengalu-alukan tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu membawa Malaysia ke sebuah negara berkebajikan jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya. -mk
Ulasan GB
Cakap kita tak mahu dengar, sekarang Allah bukakan mulut Karpal Singh, seorang ynag bukan Islam supaya TDM menggunakan sisa-sisa kehidupannya untuk bertaubat kerana banyak bersalah kepada negara dan rakyat.
GB telah mengulas di dalam entri Zon Umur Subsidi Perlu Digunakan Sebaik-baiknya yang disirarkan pada 4 Oktober 2010 iaitu sewaktu TDM merima rawatan di Epworth Hospital Melbourne Australia.
Petikan:

Seseorang insan apabila disayangi Allah, Allah akan mengurniakan sedikit masa di zon umur subsidi. Pengalaman ramai yang menghidapi penyakit samada kronik atau pun tidak sehingga sudah terlantar di ICU pun, kemudian tiba-tiba seperti muncul satu keajaiban di dalam hidup, mendapati diri disegarkan semula oleh s.w.t. untuk satu jangkawaktu yang ditentukan olehNya.
Ia adalah satu zon waktu yang amat singkat, pemberian Allah s.w.t. kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan di waktu inilah sepatutnya dipergunakan untuk membersihkan diri serta memuhasabah diri agar kita dapat diterima kembali ke sisiNya.
Seandainya kita lalai untuk melakukan penghisaban diri sendiri sewaktu di zon berkenaan, alangkah ruginya kita, kerana selepas itu, kita kembali ke rahmatNya dan tidak akan datang-datang lagi ke dunia fana ini.
Naluri manusia cenderung ingin hidup selama-lamanya. Al-Quran melukiskan keinginan sekelompok manusia untuk hidup selama mungkin dengan firman Allah yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya kamu akan mendapati mereka seloba-loba manusia kepada kehidupan (di dunia), bahkan (lebih loba lagi) daripada orang- orang musyrik. Masing-masing ingin agar diberi umur seribu tahun, padahal umur panjang itu sekali-kali tidak akan menjauhkannya daripada seksa. Dan Allah mengetahui apa yang mereka kerjakan.” (Surah Al Baqarah: Ayat 96).
Maka itu Allah memperingatkan kita dengan pelbagai ujian berupa kekurangan, kesakitan dan sebagainya sebelum kita dibawa pulang selama-lamanya supaya nanti kita dapat melakukan penilaian diri disamping memohon ampun terhadap apa jua kesalahan dan dosa yang pernah dilakukan.
Andainya zon singkat itu diabaikan, tiada lagi peluang selepas itu. FirmanNya:
"Sehingga apabila maut mendatangi seseorang daripada mereka, dia berkata: "Rabbi (wahai Tuhanku), kembalikanlah aku (ke dunia). Agar aku kerjakan amal yang salih, terhadap yang aku tinggalkan dahulu. (Jawapan Tuhan)Sekali-kali tidak! Sesungguhnya itu cuma perkataan yang diucapkannya sahaja. Dan ke belakang (iaitu di hadapan) mereka ada barzakh (sempadan pembatas), sampai hari mereka dibangkitkan." (Al-Mukminun 99-100)
9 ulasan:
karpal boleh nasihat mahathir taubat, Mat sabu belum kata apa-apa lagi mahathir dah sumbat dia dalam operasi lalang
Firaun Moden mana tahu bertaubat. Dia hanya tahu telan ubat.
Aku pulak kata Hadi perlu bertaubat kerana ramai anak beranak aku sampai mati dok pegang UMNO tu kapir.. Sekarang Negara Kebajikan pulak dah..
umnosikmo,
Bukan Hadi yang kata UMNO kafir, tapi puak UMNO yg terasa demikian.
Baca ni
Allah berfirman
“…….Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” Surah Al Ma’idah : 44
APakah Allah perlu bertaubat? Jawablah umnosikmo!
Mahathir masa jadi PM, penghalang utama hudud dikelantan, bukan karpal singh, patut karpal suruh taubat, mahathir ingat melayu mudah lupa dan diperbodohkan
hoi umnosikmo...bodo hg sorang2 dah la. jgn perbodohkan kami. kalau UMporNO sahabat dgn apco tu apa nama nya???? UMNO memang celaka dulu kini selamanya......
Memang ahli UMNO ada yg Kafir....cuba cek ahli UMNO kat Sabah ada ugama lain tapi taraf Bumiputra....kalau iapun Hadi cakap..aku akuinya..."ada org UMNO kapir"...
to umnosikmo... Negara Kebajikan, pd pandangku menjaga kebajikan rakyat mengikut lunas2 Islam adalah tdk bertendangan pun dgn negara islam... Islam syumul bhai... yg dok kecoh2 apa hal?... UMNO ni kategori munafik... dulu dok heboh m'sia msyarakt majmuk x sesuai laksana hukum islam konsep negra Islam x sesuai... apa ni? lani bila PAS tukar Jaga Kebajikan dok bsing kt lari dr dasar PAS... Klu dah munafik asyik nak spin ja... Xkisah la dasar ng Islam atau kebajikan yg penting x lari dr hukum agama... Asal jgn kata ng islam tp hiburan kearah maksiat digalakkan, wang rakyat dipergunakan utk kepentingan diri.
DALAM DEBAT OLOK2....ULAMAK UMNO KATA ADA BANYAK AYAT YANG BOLEH KAITKAN UMNO DILANDASAN YANG SESAT (KAFIR)...TAPI DEBAT BETUI2 TAK JADI SEBAB TAKUT KALAH
Catat Ulasan