19 Jun 2011

Isu Tunangkan Anak: Siapa Tanggung Pembiayaan Kos?

Dr Tan: Siapa biaya kos pertunangan anak Najib?

Pemimpin PKR Dr Tan Kee Kwong hari ini menimbulkan soalan siapa yang membiayai bil bagi majlis pertunangan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diadakan di Seri Perdana, Putrajaya malam semalam.

Majlis tertutup itu dikhaskan kepada kira-kira 800 tetamu istimewa dan terpilih yang terdiri daripada golongan dan kerabat diraja termasuk dari negara asing, ahli politik, tokoh perniagaan dan kenalan rapat yang lain.

Hanya media rasmi sahaja yang dibenarkan membuat liputan.

Majlis itu diadakan sempena pertunangan anaknya Nooryana Najwa kepada Daniyar Nazarbayev, yang mempunyai pertalian dengan presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev.

“Saya difahamkan nota pembelian daripada sebuah hotel terkemuka itu dikeluarkan atas nama Jabatan PM. Ini menimbulkan soalan, siapa sebenarnya membayar bil katering yang berjumlah RM81,000,” soal Dr Tan.

Nooryana Najwa Najib and Daniyar NazarbayevBeliau yang merupakan bekas ahli parlimen Gerakan dan juga timbalan menteri berkata soalannya itu penting, khususnya ketika rakyat sekarang diminta 'mengetatkan tali pinggang mereka ketika menghadapi kenaikan kos kehidupan'.

“Pengurangan subsidi minyak dan barangan keperluan, memeritkan rakyat. Justeru, soalan siapa yang menanggung perbelanjaan itu perlu dijawap, lebih-lebih lagi nota pembelian dibuat atas nama Jabatan PM,” katanya.

Awal bulan ini, lawatan Najib serta keluarganya ke Kazakhstan menjadi isu hangat apabila ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad membidas perdana menteri kerana didakwa bersalah dari segi moral kerana menggunakan dana awam bagi merisik perkahwinan anak perempuannya.

"Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi,” kata pemimpin PAS itu.

NONESebaliknya, Wisma Putra menafikan laporan itu dan menegaskan bahawa lawatan itu adalah untuk memenuhi penerimaan perdana menteri terhadap undangan yang telah lama dibuat oleh Presiden Nursultan Nazarbayev untuk melawat negara itu.

Lawatan itu, juga dikatakan kebetulan diadakan serentak dengan penganjuran Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-7 di Astana dari 7 hingga 9 Jun lalu. -mk

Ulasan GB

Nak tunangkan anak, nak kahwinkan ataupun nak jual sekalipun, tiada siapa yang halang. TETAPI mencampur-adukkan dengan lawatan rasmi ke Kazashtan itulh yang dipertikaikan.

Majlis rasmi disertakan sekali dengan majlis peribadi. Bererti di sana telah ada "penyalah-gunaan" dana rakyat.


Itu sebab mengapa kerajaan diminta dedahkan jumlah perbelanjaan sebenar lawatan ke Kazashtan tersebut untuk melihat bagaimana agihan perbelanjaan yang digunakan itu.

Terlalu memalukan seorang PM yang kaya raya, wang berjuta-juta tetapi mengambil kesempatan menggunakan dana rakyat untuk perbelanjaan yang tidak ada kena mengena dengan rakyat.

GB sudah ulas sebelum ini di SINI. Petikan:


Terlalu ketara bahawa satu Malaysia ditipu hidup-hidup oleh PM dan Wisma Putra.

Campur-adukkan lawatan rasmi ke Kazashtan dengan urusan peribadi untuk merisik perkahwinan anaknya.

Penggunaan duit rakyat atau dana awam bagi membiayai lawatan Perdana Menteri dan rombongannya untuk merisik perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak di Kazakhstan adalah salah dan amat menjelekkan.

Terlalu memalukan dan lansung tidak bermaruah!

Begitulah Wisma Putra yang pendusta, menipu seluruh rakyat Malaysia, anda TIDAK BERMARUAH dan tiada siapa yang akan dengar penjelasan kamu lagi tentang apa isu sekalipun. Sekali lancung ke ujian seumur hidup orang tidak percaya!


Faktor ini bakal menyumbang kepada keruntuhan UMNO BN nanti di dalam pilihanraya akan datang kerana contoh teladan yang (meminjam kata-kata YB Dzul) lansung tidak kelas. Cukup memalukan dan menjelikkan.

Pulangkan balik wang rakyat yang disalahgunakan itu!

7 ulasan:

..cik faTiha Tea'ah... berkata...

2 la, majlis tunang pun dah mengalahkan kawin..dah kawin nanti xtaw laaa...kalau cenggini la gayanya, mcm mana la nk dapat keberkatan...

Tanpa Nama berkata...

Dinegara bakal menantu Najib ni,perempuan lebih hebat dan cantik,dibandingkan dengan anak Najib ni.Almaklum depa keturunan Arian - tinggi lampai,rambut ekal kemeraha-merahan(tak payah pakai cat)dan kulit pun merah laksana bunga ros.Apa pasal dia ni nak cari anak Najib? Soalan cepu emas.

Tanpa Nama berkata...

Hartamu hartaku jua

waksab berkata...

Ini hanyalah suatu kebetulan..kata wisma putra...
http://waksab.blogspot.com/2011/06/suratan-atau-suatu-kebetulan.html

Tanpa Nama berkata...

Tkasih kerana mendedahkan hal2 ni.. org2 kg ditipu bulat2 sbb tak de sapa beritau. Yg depa tau tv aje.

Tanpa Nama berkata...

Tentula kerajaan yang tanggung. Tak kan tak boleh... Anak PM la... tentula PM ada peruntukkan untuk apa2 tujuan...

syah berkata...

Anonymous 10:18 AM, mmg la tak boleh.... tmpt keje ko ade bg ko peruntukan pape ke kalau anak ko kawen nanti?