19 Jun 2011

PERKASA Sudah Rancang Untuk Timbulkan Huru-Hara, Polis Diam Diri!

Ibrahim: Kalau nak tangkap, tangkap semua...

Perhimpunan 'Gerak Aman' pada 9 Julai dilancarkan oleh Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali petang ini yang didakwanya untuk mempertahankan keamanan dan menghalang BERSIH daripada mengadakan demonstrasi jalanan.

Sekumpulan penyokong PERKASA pula bertindak membakar dan memijak gambar pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan sebelum sidang akhbar bermula selepas majlis pelancaran tersebut.

Ibrahim turut membayangkan jika perhimpunan itu tidak dibatalkan, maka akan berlaku huru-hara.

"Tuan-tuan bayangkan perhimpunan BERSIH tidak dibatalkan, mereka teruskan juga, (mereka) tidak umum bahawa mereka akan batal pada 7 atau 8 Julai, saya percaya masyarakat Tiong Hua mungkin ramai-ramai, semua sekali, belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah.

"Apa sahaja akan berlaku," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak polis bertindak apa cara sekalipun untuk menjaga keamanan

"Kalau (perhimpunan BERSIH) tak dibatalkan, kita teruskan... Kalau nak tangkap, tangkap semua, asalkan negara kita aman. Jangan buat kekacauan," kata Ibrahim yang mendapat tepukan dan sorakan gemuruh penyokong PERKASA dan NGO Melayu yang berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman.

Mengulas mengenai perhimpunan Gerak Aman pada 9 Julai ini, Ibrahim berkata beliau akan bermalam di Jalan Bellamy pada tengah malam 8 Julai sebelum berarak ke Istana Negara pada keesokan paginya.

"Jangan balik, selepas subuh kita akan menuju ke Istana Negara, untuk mempertahankan negara," katanya.

Beliau menjangkakan ramai penyokong Gerak Aman akan terlibat dengan perhimpunan itu, bahkan barisan yang dipertua negeri-negeri telah berjanji akan membawa penyokong dengan 20 buah bas bagi setiap negeri.

Menurutnya lagi, pihaknya juga telah menyediakan peguam untuk membela penyokongnya yang ditahan dan tidak bertanggungjawab sekiranya mereka melakukan perbuatan jenayah pada hari tersebut.

Beliau juga menyarankan agar para hadirin yang hadir agar mengedarkan risalah yang dibekalkan dan wakil NGO menggantungkan kain rentang yang dibekalkan sebagai usaha menguar-uarkan perhimpunan 'Gerak Aman'.

Berdasarkan risalah - "Menolak perhimpunan BERSIH 2.0 yang sebenarnya kotor - terdapat empat lokasi utama untuk para penyokong 'Gerak Aman' berkumpul pada tarikh tersebut seawal jam 7 pagi.

Lokasi terbabit adalah perkarangan Masjid Negara, Dataran Merdeka, Perkarangan Stadium Merdeka dan Istana Negara.

Risalah yang diedarkan itu juga, turut memaparkan gambar Ambiga dan tertulis "Awas!!! Ambiga Wanita Hindu yang Merbahaya" yang didakwa membela kes murtad Lina Joy dan mengusaha menggugat Melayu dan Islam, antaranya menganjur forum menyerang perlembagaan negara dan menuntut pelaksanaan suruhanjaya antara agama (IFC).

"Demi keamanan negara dan rakyat Malaysia, kalau saya berkayuh dengan lidi, saya akan pertahankan keamanan... Membujur lalu melintang patah.

"Kita bukan golongan pengacau, kalau mereka berhenti (untuk berarak) kita berhenti. Kita mahu menghalang tindakan melanggar undang-undang," kata Ibrahim lagi.

Ibrahim - yang akan mengetuai kumpulan Gerak Aman - mendakwa BERSIH 2.0 mempunyai "agenda lain" dengan mengambil aspirasi yang berlaku di Tunisia, Mesir dan di negara Timur Tengah yang didakwanya untuk menumbangkan kerajaan melalui jalan raya.

Ibrahim menegaskan tindakan BERSIH untuk berarak ke Istana Negara tidak mendapat restu secara majoriti di kalangan rakyat Malaysia.

"Sebab itu kita buat penentangan bagi seluruh dunia tahu. Jangan bimbang, jangan takut dengan Ambiga.

"Saya sudah dua kali ditahan ISA, saya kenal Mat Sabu, saya kenal pemimpin DAP,"katanya.

Beliau menggesa penyokong PERKASA agar tidak berasa takut kerana tindakan mereka menghalang sebagai tindakan mencegah dan tidak agenda politik tertentu.

"Pemuda Umno nak herhimpun, kita tidak campur dengan Pemuda Umno... Kita rakyat, satu batalion," katanya sambil bertanyakan kepada hadirin siapa yang ingin ditahan ISA.

Kelihatan segelintir penyokong mengangkat tangan dan ada juga yang berkata "saya" bagi menyahut cabaran Ibrahim.

"Jangan jadi seperti di Asia Barat, kita mahu membantu Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishamuddin Hussein) kerana kita buat kerja baik supaya rakyat mengikuti undang-undang," tegasnya.

Sementara itu, dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan, Ibrahim menggesa Kementerian dalan negeri dan Ketua Polis negara agar bertindak sekarang dan tidak hanya sekadar memberi amaran.

Beliau juga menggesa polis mengguna segala peruntukan undang-undang yang sedia ada bagi menegakkan keamanan di negara ini.

Ditanya mengenai permit, Ibrahim berkata tidak mempunyai permit, bahkan akan berdepan dengan kumpulan BERSIH.

Katanya, beliau akur sekiranya perhimpunan gabungan itu membatalkan hasrat mereka, pihaknya juga akan berbuat demikian.

Turut hadir wakil NGO Pekida, pemimpin politik seperti Datuk Khalid Yunus dan Zulkifli Nordin dan wakil penjaja dan persatuan teksi, untuk memberi sokongan membantah perhimpunan BERSIH 2.0.

Khalid dan Zulkifli turut berucap menyokong Gerak Aman dan membantah BERSIH 2.0.

Ulasan GB

TERNYATA bahawa yang akan melakukan provokasi dan huru hara ialah PERKASA.

Ia terserlah dengan ugutan beliau

Ibrahim turut membayangkan jika perhimpunan itu tidak dibatalkan, maka akan berlaku huru-hara.

"Tuan-tuan bayangkan perhimpunan BERSIH tidak dibatalkan, mereka teruskan juga, (mereka) tidak umum bahawa mereka akan batal pada 7 atau 8 Julai, saya percaya masyarakat Tiong Hua mungkin ramai-ramai, semua sekali, belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah.

"Apa sahaja akan berlaku
," katanya.

Dan beliau menggunakan taktik menghina kaum/agama lain sama seperti insiden kepala lembu. Perhatikan ayat ini:

"Awas!!! Ambiga Wanita Hindu yang Merbahaya"

Anehnya, orang sebegini masih tidak dikenakan apa-apa tindakan oleh KDN.

GB ingin menyatakan pula bahawa jika BERSIH dihalang mengadakan perhimpunan aman, atau pihak polis cuba mengekang perhimpunan dengan kekerasan seperti dulu-dulu, maka inilah senario yang akan berlaku:

1) Indeks hak asasi manusia untuk negara Malaysia di mata dunia akan merudum dan dengan sendiri menjauhkan para pelabur ke negara ini.

2) Rakyat akan bangkit dengan lebih hebat untuk tumbangkan BN di dalam pilihanraya yang akan datang kerana gelodak kebencian rakyat terhadap sistem pilihanraya yang tidak adil dan tidak telus oleh SPR akan dibuktikan dengan penolakan rakyat terhadap BN dengan lebih jelas dan nyata.

Dan jangan lupa, undi rakyat pada pilihanraya 2008, bilangan yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat adalah lebih kurang sama dengan Barisan Nasional!



Oleh itu jangan pandang rendah kepada kuasa rakyat.

4 ulasan:

serenity9260 berkata...

racist can get lost from this country!!!!

Ni best bro!!!
Giler Aje : Lelaki 21 Tahun Dikurung Dalam Kotak Kayu
Cool Aje : Gambar Kamera 268 Megapixel
Gempak Aje : Istana Muncul Di Tengah-tengah Sungai Huang Shan (Mirage)
Sejuta Trafik Ke Blog Anda!

Tanpa Nama berkata...

Memang jelas kita lihat melihat PERKASA adalah NGO yang digunakan untuk melakukan provokasi kepada mana-mana kumpulan yang menentang UMNO Baru.

PERKASA telah melanggar pelbagai kesalahan yang termaktub dalam peraturan dan undang-undang negara namun sehingga hari ini mereka bebas malah dilindungi oleh polis.

Sikap keterlaluan yang ditunjukkan oleh PERKASA mencerminkan bahawa UMNO Baru terpaksa menghuru harakan negara dan berselindung disebalik kuasa polis untuk melakukan tangkapan terhadap rakyat yang membenci mereka.

Jika BN tumbang, orang ini perlu diheret ke muka pengadilan untuk didakwa sebagai pengkhianat agama, bangsa dan negara.

Tanpa Nama berkata...

Pihak yang terlibat dalam pemberian kad pengenalan kepada warga asing patut dilihat sebagai pembelot negara dan tindakan mereka ini amat merbahayakan negara. Golongan ini harus dihukum gantung sampai mati.

Tanpa Nama berkata...

sangat setuju dengan pandangan anon7:17 perkara pemberian kad pengenalan ini sudah lama dilakukan oleh umno/bn perkara ini tidak dapat disembunyikan oleh mereka sekarang ini rakrat umum sudah tahu dulu disabah haris saleh meanugerahi seramai 5000 orang pakistan kad pengenalan dan selepas itu ketinggan meanugerahi kepada pendatang filifina untok menyaingi haris saleh pekara ini dicerita sendiri oleh pendatang itu sendiri.