Jitra – Seorang doktor pelatih Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dekat sini yang hilang selama hampir sebulan didakwa akibat dipukau ditemui selamat di pusat beli-belah Berjaya Mega Mall di Kuantan, Pahang pada Sabtu lalu iaitu pada hari dia sepatutnya melangsungkan majlis pertunangan..
Dr. Mohd. Noor Azam Mohd. Nazri, 26, ditemui oleh ketua pengawal keselamatan di pusat beli-belah tersebut apabila dia ditahan kerana tidak membayar bil makanan sushi RM70 di sebuah restoran pada pukul 5 petang.
Ketika ditemui, Mohd Noor mengenakan baju T putih dan seluar sukan sambil membawa sebuah beg galas mengandungi pakaian yang dipakainya pada hari dia dilaporkan hilang iaitu kemeja, kasut dan tali pinggang.
Turut disimpan dalam beg sama beberapa barangan lain antaranya kain pelikat, kopiah, berus sabut dan berus gigi.
Bagaimanapun, telefon bimbit dan beg kerjanya berwarna hitam yang mengandungi beberapa dokumen penting hilang.
Mengimbas kehilangannya, Noor Azam berkata, dia tidak menyedari apa yang berlaku pada dirinya sepanjang dilaporkan hilang sejak 26 hari lalu sehinggalah pengawal keselamatan membuka dompetnya untuk mengambil kad pengenalan.
“Pengawal itu bertanya sama ada saya Dr. Mohd. Noor Azam yang hilang selepas melihat kad pengenalan dan kad pekerja saya tetapi saya masih tidak ingat sehingga saya melihat gambar bakal tunang di dalam dompet.
“Saya tersedar dan terus menangis lalu bertanya kepada pengawal itu tarikh dan tempat saya berada pada ketika itu,” kata doktor itu ketika ditemui di rumah keluarganya di Taman Bunga Raya di sini semalam. -kosmo
Berita sebelum ini:
Ulasan GB
Pertama, bersyukur ke hadhrat Ilahi kerana doktor muda berkenaan telah ditemui dengan selamat.
Kedua, Itulah pentingnya berita mengenai kehilangan seseorang disebarkan secara meluas melalui akhbar, blog dan sebagainya supaya orangramai dapat mengetahui kejadian tersebut. Syukur kerana GB turut menyebarkan kisah tersebut sejak dari awal kehilangan itu dilaporkan oleh akhbar tempatan. Macam kes di atas, dengan berita yang tersebar, doktor berkenaan telah dapat dicam oleh pengawal keselamatan:
Ketiga, isu pukau. Masyarakat Islam perlu meningkatkan kefahaman Islam disamping memperkuatkan aqidah mentauhidkan Allah s.w.t. Ketinggian ilmu duniawi semata-mata tanpa diiringi dengan kemantapan aqidah akan menyebabkan kita boleh diperdaya oleh "ilmu-ilmu hitam" sedangkan orang yang telah belajar mentauhidkan Allah yakin bahawa "benda baharu tidak boleh memberi bekas". Apabila ilmu aqidah tidak mantap maka mudah bagi syaitan dan iblis memperdaya manusia seperti kes diatas "hanya dengan sekali tepuk di dahi mangsa".
Belajar dunia tinggi-tinggi, kumpul duit banyak-banyak, tetapi lupakan ilmu ukhrawi, nanti demikianlah jadinya. Salah satu cara untuk menjaga iman kita di dada ialah sentiasa hidup di dalam jemaah Islam tak kira dimana pun kita berada. InsyaAllah, di bawah imbauan surah Al-Asr iaitu saling "ingat-memperingatkan" akan menjadikan hidup kita sentiasa terpelihara dari lalai dan lupa yang merupakan ruang untuk syaitan dan iblis mencelahnya. Bayangkan pula jika kita tidak berjemaah, tentulah lebih besar ruang lalai dan lupa itu adanya.
p/s diharap keluarga Dr. Mohd. Noor Azam Mohd. Nazr tidak berkecil hati dengan ulasan GB di atas untuk dijadikan pengajaran kepada GB dan semua pembaca blog ini. Semuga Allah melindungi kita semua hendaknya.

Doktor pelatih hilang sejak 16 Mei ditemui
Seorang doktor pelatih yang dilaporkan hilang hampir sebulan ditemui selamat di sebuah pusat beli-belah di Kuantan Sabtu lalu tetapi tidak dapat menyatakan dengan jelas apa yang sebenarnya berlaku.
Dr Mohd Noor Azam Mohd Nazri, 26, memberitahu pemberita di rumah keluarganya di Taman Bunga Raya di sini hari ini, bahawa sepanjang dilaporkan hilang, beliau langsung tidak sedar apa yang berlaku sehingga membawanya ke Kelantan, Terengganu dan Pahang.
"Apa yang saya tahu, saya mendengar arahan daripada satu suara yang saya tidak pasti datang dari mana. Saya rasakan kehilangan saya hanya empat hari sahaja," katanya.
Mohd Noor Azam adalah lulusan Akademi Perubatan Moscow dan sedang menjalani latihan di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar sejak Oktober tahun lalu.
Menceritakan detik beliau ditemui, Mohd Noor Azam berkata beliau ditahan oleh seorang pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di Kuantan kerana tidak membayar makanan yang dimakannya.
Ketika saya ditahan, mereka telah memeriksa dompet saya untuk memastikan sama ada saya betul-betul tiada wang atau sebaliknya. Ketika mereka membuka dompet saya itu, baru saya berada dalam keadaan sedar.
"Sebaik sahaja sedar, saya berasa sangat lapar dan letih. Kaki juga berasa sangat lenguh, mungkin saya berjalan terlalu jauh," katanya.
Beliau dilaporkan hilang pada 16 Mei selepas dihantar ke tempat kerja oleh bapanya.
Mohd Noor Azam berkata bahawa semasa berjalan menuju ke pejabatnya, beliau mendengar suara yang pernah didengarnya sebelum ini dan ketika itulah beliau tidak sedar apa-apa.
Ibunya, Natrah Shaari, 52, berkata beliau menerima mengenai penemuan anaknya itu daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semasa beliau dan keluarga dalam perjalanan ke Kuantan.
"Kami tergerak hati untuk pergi sendiri mencari Azam di Kuantan selepas diberitahu dia ada mengeluarkan duit di sebuah mesin ATM di sana," katanya.
Natrah berkata ketika sampai di IPD Kuantan, dia melihat anaknya berada dalam keadaan sihat tetapi pakaian yang dipakainya lusuh dan bukan miliknya.
"Beg kerjanya juga tiada sebaliknya dia menggalas sebuah beg mengandungi berus gigi, berus sabut, kain pelikat, kemejanya yang sudah lusuh dan beberapa barang lagi yang bukan miliknya," katanya.
Sebelum kejadian itu, Mohd Noor Azam pernah hilang dua kali tetapi kehilangannya itu hanya dua hari sahaja. - BERNAMA
Ulasan GB
Pertama, bersyukur ke hadhrat Ilahi kerana doktor muda berkenaan telah ditemui dengan selamat.
Kedua, Itulah pentingnya berita mengenai kehilangan seseorang disebarkan secara meluas melalui akhbar, blog dan sebagainya supaya orangramai dapat mengetahui kejadian tersebut. Syukur kerana GB turut menyebarkan kisah tersebut sejak dari awal kehilangan itu dilaporkan oleh akhbar tempatan. Macam kes di atas, dengan berita yang tersebar, doktor berkenaan telah dapat dicam oleh pengawal keselamatan:
sehinggalah pengawal keselamatan membuka dompetnya untuk mengambil kad pengenalan.
“Pengawal itu bertanya sama ada saya Dr. Mohd. Noor Azam yang hilang selepas melihat kad pengenalan dan kad pekerja saya tetapi saya masih tidak ingat sehingga saya melihat gambar bakal tunang di dalam dompet.
Ketiga, isu pukau. Masyarakat Islam perlu meningkatkan kefahaman Islam disamping memperkuatkan aqidah mentauhidkan Allah s.w.t. Ketinggian ilmu duniawi semata-mata tanpa diiringi dengan kemantapan aqidah akan menyebabkan kita boleh diperdaya oleh "ilmu-ilmu hitam" sedangkan orang yang telah belajar mentauhidkan Allah yakin bahawa "benda baharu tidak boleh memberi bekas". Apabila ilmu aqidah tidak mantap maka mudah bagi syaitan dan iblis memperdaya manusia seperti kes diatas "hanya dengan sekali tepuk di dahi mangsa".
“Dia cerita kepada saya bahawa ada seorang wanita muda bertudung merah berusia lingkungan 20-an menegurnya ketika mahu naik lif di HSB kira-kira pukul 6.30 pagi.
“Wanita itu bertindak menepuk dahi anak saya menyebabkan dia tidak sedar. Dia hanya tersedar di dalam kereta di kompleks beli-belah City Square di Sungai Petani dua hari selepas itu dan hilang sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM500,” Kelab GB
Belajar dunia tinggi-tinggi, kumpul duit banyak-banyak, tetapi lupakan ilmu ukhrawi, nanti demikianlah jadinya. Salah satu cara untuk menjaga iman kita di dada ialah sentiasa hidup di dalam jemaah Islam tak kira dimana pun kita berada. InsyaAllah, di bawah imbauan surah Al-Asr iaitu saling "ingat-memperingatkan" akan menjadikan hidup kita sentiasa terpelihara dari lalai dan lupa yang merupakan ruang untuk syaitan dan iblis mencelahnya. Bayangkan pula jika kita tidak berjemaah, tentulah lebih besar ruang lalai dan lupa itu adanya.
p/s diharap keluarga Dr. Mohd. Noor Azam Mohd. Nazr tidak berkecil hati dengan ulasan GB di atas untuk dijadikan pengajaran kepada GB dan semua pembaca blog ini. Semuga Allah melindungi kita semua hendaknya.
14 ulasan:
Ingat Allah sentiasa walau dimana kita berada melalui nafas turun & naik. Allah memjanjikan SEKIRANYA KAMU MENGINGATI AKU NESCAYA AKU AKAN MENGINGATI KAMU. Insyaallah walau dalam tidor sekalipon.
Doktor ini adalah penyumbang tetap surau ditaman kediamannya.Jumlahnya agak banyak bagi orang biasa dan ini bermakna ia bukanlah jenis manusia yang lupakan tgasnya di sisi Allah
jab sp,
maka dgn sebab itu agaknya doktor itu diselamatkan Allah.
jika tidak, manalah tahu, kemungkinan lom jumpa2 lagi.
itulah moralnya.
thx gb kerana ulasan yg bernas.
jika benar kata jab sp, maka mungkin benar juga kata anon 8.54 di atas.
sedangkan org yg sebegitu baik juga boleh terkena pukau ilmu hitam (dan diselamatkan Allah s.w.t. akhirnya) bgmana yg lain-lain jika tidak bersikap demikian?
kemungkinan hilang terus....
apa-apa pun bersyukur ke hadhrat Ilahi kerana telah selamat semuanya.
Mungkin ada zikir atau lain2 yang boleh diamalkan untuk menghindari kejadian serupa ini berulang?
yong,
amalkan baca surah 4 Qul sebelum tidur setiap hari. insyaAllah.
amalkan surah kursi sebanyak mngkin, sekurang2nya setiap kali slepas solat n sebelum tido, krn surah kursi merupakan pendinding/penawar kpd sihir...
Setiap insan yg mentaati perintah ALLAH Akan diuji sejauh mana imannya,dan doctor pelatih ini tidal terkecuali.ia juga adalah ujian Kpd kedua ibubapa Dan keluarganya.Kita perlu banyak bermuhasabah diri setiap saat dan waktu supaya tidak mudah diperdaya Iblis Dan Syaitan.
Bercerita tentang doktor yang dikatakan telah dipukau sehingga lupa diri seperti dalam artikel ini memang ada kebenarannya.
Kesan yang ditanggong oleh doktor malang itu bukan saja kerana kuasa jampi pukau tapi ia juga disertakan dengan dadah tertentu.
Kuasa pukau yang selalu digunakan oleh bomoh, atau penjenayah selalunya tidak akan bertahan lama kerana apa jua jenis pukau mempunyai banyak kelemahan yang tersendiri.
Selalunya kesan kuasa pukau yang dikenakan keatas mangsa paling lama tidak lebih dari tiga jam saja.
Jika kita dengar kisah doktor malang itu, pastinya beliau sudah diekori dan diperhatikan secara terperinci terlebih dahulu sebelum dipukau.
Jika dia masih ingat.. sentuhan pertama dikenakan pada dirinya adalah pada bahagian bahu sebelah kiri kerana dibahagian itu ada urat yang bergabong dengan jantung.
Ada kemungkinan setelah dipukau beliau diberi dadah tertentu melalui makan atau suntikan agar saraf otak terganggu dalam masa yang lama.
Orang yang melakukan pukau keatas doktor malang ini bukan saja bersubahat dalam ilmu hitam tetapi kita percaya juga dia pandai tentang hal perubatan moden...
Walau bagaimana pun kita ucapkan syukur pada Allah kerana beliau pulang dalam keadaan selamat dan tidak cacat.
alhamdulillah..masih segar lagi cerita anak kampung sokor, tanah merah kelantan yg hilang 11 hari dlm hutan simpan awal mei lalu..seorang anak muda yg jujur, x pernah marah, mudah tersenyum dan pemalu..sehari sebelum dikesan hilang beliau tercedera dgn luka yg dalam dibahagian belakang akibat tertusuk duri..hari beliau dijumpai luka tersebut hilang dan tiada luka2 baru walaupun dijumpai dlm hutan tebal..beliau hanya berkain pelikat tanpa baju dan selipar..ada 3 hikmah yg jelas utk penduduk kampung sokor dari kes kehilangan tersebut.
1- madrasah kampung tersebut hidup kembali setelah berbulan2 tidak diendahkan langsung oleh penduduk.sebelumnya hanya ada seorg penduduk yg menghidupkan surau tersebut.dialh bilal,dialah imam dan dialah makmum.akhirnya beliau berhijrah utk berjemaah di surau estet 20km dari kg itu..tinggallah surau tanpa jemaah berbulan2..
2- kepercayaan terhadap ilmu2 karut terhakis dari hati penduduk setelah mendengar cerita@tafsiran puluhan bomoh semasa membuat kerja2 pencarian..akhirnya mangsa dijumpai hanya oleh seorang kawan beliau berseorangan.
3- kerjasama kembali utuh dikalangan penduduk..suasana ceria sapa menyapa kembali kedengaran..majlis2 yg diadakan sentiasa meriah..
semasa proses pencarian lebih separuh penduduk tidak sanggup utk pergi keluar bekerja selagi mangsa x dijumpai..mereka berkhemah dan bersembahyang hajat didlam hutan..
Untuk apa beliau dipukau oleh wanita bertudung merah itu? Bukan mempersoalkan tetapi berdoa mudah2an benarlah kata-kata beliau dan bukannya beliau hilang ingatan atau mengalami split personality.
BUDAK GRAD MEDIC DARI RUSSIA / UKRAINE MEMANG BERMASALAH...ORANG LAIN JADI DOKTOR DIA PUN NAK JUGAK...ORANG LAIN BELAJAR & SCORE STRAIGHT A'S DIA TAK SKOR PUN...TAPI SEBAB ADA DUIT, PEGI UKRAINE /RUSSIA DAPAT JADI DOKTOR...BALIK MALAYSIA, XPANDAI BUAT KERJA. BUAT MALU PROFESYEN DOKTOR JE.
"Belajar dunia tinggi-tinggi, kumpul duit banyak-banyak, tetapi lupakan ilmu ukhrawi"
Terima kasih. Baru saya tau dr muda ni kurang ilmu ukhrawi. Hebat penulis artikel ni~
Dipukau dan disihir - terjadi juga kepada orang yang mantap "ilmu ukhrawi"nya. Berapa ramai ustaz yang kena sihir? Kawan saya yang hebat dan sangat beramal soleh pun pernah kena "pukau". Orang macam dia tu kalau saya katakan kurang ilmu ukhrawi, maka orang macam kita ni mungkin kategori tiada langsung ilmu ukhrawi.
Saya baru pertama kali jumpa blog ni dan tertarik dengan isi kandungannya. Banyak info. Tapi bab komentar berkaitan dengan manusia lain yang kita tak kenal, lebih baik kita elakkan. Allah Maha Mengetahui. Mungkin itu ujian beliau. (Saya rasa dr muda ini mungkin ada masalah lain bukan pukau, tapi macam saya cakap, Wallahualam. Sekarang zaman fitnah, baik saya tutup mulut saya. Saya cuma berharap beliau dapat cari punca sebenar kejadian ini boleh berlaku sampai 2 kali)
salam....dr.azam ni adalah kawan 1 taman ngn aku..mmg terkejut dgr dia hilang...tp alhamdulillah...dia dah jumpa dalam keadaan selamat
Catat Ulasan