Persidangan Dewan Rakyat hari ini menolak usul bagi mengecam tindakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai depan, kononnya bagi menuntut reformasi dalam pelaksanaan pilihan raya di negara ini.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, mengambil ketetapan untuk menolak usul yang dibawa Datuk Seri Zahrain Hashim (Bebas-Bayan Baru) mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) itu selepas berpuas hati bahawa usul itu tidak perlu disegerakan.
"Kementerian Dalam Negeri melalui Polis Diraja Malaysia sudah mengambil langkah perlu sebagai persediaan untuk menangani perhimpunan Bersih itu dan akan sentiasa memantau aktiviti yang dijalankan agar dapat dibanteras dan dipastikan tidak berlaku perkara yang tidak diingini yang boleh mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara," katanya.
Terdahulu, Zahrain yang mengemukakan usul itu sebaik sesi soal jawab selesai, meminta Dewan mengambil ketetapan untuk mengecam sekeras-kerasnya segala tindakan BERSIH, terutama menghasut rakyat agar merusuh di jalanan seperti mana yang berlaku di beberapa negara Asia Barat, termasuk Tunisia dan Mesir.
Beliau juga mahu persidangan mendesak BERSIH supaya membatalkan cadangan mengadakan demonstrasi baik di Kuala Lumpur, mahupun di mana-mana negeri demi keselamatan rakyat dan negara.
Zahrain berkata, tindakan BERSIH tidak mencerminkannya sebagai sebuah badan yang benar-benar memperjuangkan pilihan raya yang bebas dan telus, sebaliknya bermotifkan politik kepartian.
"Kegiatan lampau BERSIH membuktikan kumpulan ini mempunyai agenda politik sempit dan berhasrat mengelirukan rakyat demi mencapai matlamat politik mereka," katanya.
Pada 2007, BERSIH yang menggunakan slogan "Gelombang Kuning", menganjurkan perhimpunan haram bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara atas alasan sama.
Perhimpunan yang bermula di Dataran Merdeka itu bagaimanapun gagal mencapai sasaran mengumpul 100,000 peserta, apabila hanya beberapa ribu orang hadir.
Demonstrasi jalanan itu bagaimanapun menggugat ketenteraman awam selain menyebabkan kesesakan di lokasi utama di ibu negara.
Perhimpunan kedua BERSIH pada bulan depan antara lain untuk menuntut pembersihan senarai undi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal dan akses media bebas dan adil. - BERNAMA

9 ulasan:
proksi umno berkerja keras kerana upah lumayan dari UMNOAPCOYAHUDI mengunakan wang cukai rakyat untuk hapus BERSIH, perlu menegakan politik kotor UMNO yang tidak bersih.
kehancuran rakyat akan datang bila bila masa sekiranya ikut telunjuk UMNO.. hancur Melayu kerana UMNO.
HANCUR UMNO HANCURLAH JUGA UMNOPUTRA.....AMIN!!! AYAM SEKILO RM8.50....IKAN TAK PAYAH KIRA LA...."RAKYAT YG KENA DAHULU"
Yang ahli Parlimen BEBAS ni dok sibuk sangat ni ngapa????Himpunan BERSIH bukan nak buat kacau atau huru-hara.Kita cuma nak minta diperbetulkan perjalanan pilihan raya .Tu saja.Minta BN buat pilihan raya secara bersih / telus dia tak mau.Jadi kita bantahlah melalui HIMPUNAN BERSIH.Tak boleh ka????? Yang PERKASA nak halang juga ngapa???? Hampa buatlah perhipunan hampa sendiri selepas perhimpunan BERSIH.Yang nak ganggu himpunan orang buat apa???? Tunjuk pula jutaan orang PERKASA datang membantah himpunan BERSIH.Nak tengok berapa kerat orang datang.Ni dok asyek-asyek nak kacau program orang.Tak dak modal lain ka?????
lagi Gov cuba sekat..lagi ramai la yg akan semangat nk turun. sebab nmpak secara psychologically mcm Gov takut dgn tuntutan2 Bersih 2.0 kali ni.
Katak tak sedar diri dia menang tu sebab Gelombang Kuning!
Hahaha.... entah siapa si bodoh yang tulis artikel ni... penuh dengan ayat2 baghal UMNO... awal2 dah cakap "kononnya" bagi menuntut reformasi dalam pelaksanaan pilihan raya di negara ini. Asal hal ehwal PR je, mesti ada perkataan "kononnya", "mendakwa", "menuduh" dan mcm2 lagi perkataan yang negatif. Then, berani pulak cakap Perhimpunan 2007 cuma dihadiri oleh beberapa ribu orang je. Padahal kehadiran dianggarkan lebih 100,000. Dasar artikel sampah.
katak2 yang nak buat kacau himpunan bersih tak sedar kah yang depa dapat duit gaji hasil dari penyokong pr memberi undi pada depa? ni kalau kena kat umnoapco tentu deka kata puak katak ini tak gheti syukor.
Himpunan "BERSIH" mahukan sistem demokrasi yang bersih,mahukan perjalanan pilihanraya yang bersih,mahukan daftar pengundi yang bersih dan mahukan pengelolaan pilihanraya yang bersih. Jika ada mana-mana pihak sama ada kumpulan mahu pun individu cuba menyekat dan menghalang kehendak murni rakyat ini,bermakna kumpulan dan individu itu datang dari pihak yang kotor,penipu,penyangak dan mahukan kekotoran berlanjutan.Itu saja.
Tak yah pegi nanti polis tangkap...peniaga rugi...bebudak tak gi sekolah...mak bapak tak gi kerje...jalam jem...jamban kang penuh...menteri panggil kita beruk.. ada saluran yang patut-mengapa tak guna...yang datang ramai bebudak tak leh ngundi...dan yang hadir pun hanyalah 20 orang jer...kalau tak caya tengok Utsan melaporkan keesokan harinyer... Dah tu apa lagi jom kite gi ramai-ramai.. ha ha ha ha
Catat Ulasan