26 Jun 2011

BERNAMA Hasut Rakyat Benci Ambiga, Tak Hairan Ada SMS Ugutan Bunuhnya

Orang Melayu mesti selidiki siapa Ambiga

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia, terutama orang Melayu diminta meneliti siapa sebenarnya Datuk Ambiga Sreenevasan sebelum mengikut telunjuknya yang meminta rakyat supaya mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini.

Penganalisis politik berpendapat orang Melayu harus melihat kembali sejarah tindak-tanduk Ambiga yang pernah menimbulkan kemarahan umat Islam, terutama orang Melayu di negara ini sebelum secara membuta tuli mengikut kehendak dan telunjuknya.

Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.

Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincang dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan orang Islam, Majlis Peguam yang diterajui Ambiga tetap meneruskan forum itu.

Justeru penganalisis politik berpendapat tindak tanduk Ambiga memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan dan dengan itu orang Melayu terutamanya harus memikirkan semula hasrat untuk menyertai perhimpunan haram 9 Julai yang diketuainya.

Penganalisis politik bebas dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Datin Paduka Dr Ramlah Adam, berkata sebagai seorang peguam, Ambiga sudah tentu arif mengenai undang-undang dan Perlembagaan negara.

“Ambiga tahu sekiranya penganjuran sesuatu perhimpunan tidak mendapat permit polis, maka perhimpunan itu tidak boleh dilakukan. Kita tidak faham kenapa dia tetap juga mahu meneruskan perhimpunan haram itu, walaupun mendapat bantahan pelbagai pihak,” katanya.

Tegasnya keperluan untuk menganjurkan perhimpunan haram itu juga tidak jelas kerana jika penganjur ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka boleh menggunakan saluran betul seperti membuat kenyataan di surat khabar dan media elektronik, bukannya mengadakan demonstrasi haram.

Pemerhati politik dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Zainal Kling pula menyifatkan semua golongan yang terbabit dalam penganjuran perhimpunan haram itu adalah tidak layak dan tidak patut menjadi pemimpin, termasuk Ambiga.

Katanya, mereka terlampau mengikut parti politik tertentu yang memperjuangkan ideologi politik masing-masing sedangkan mereka sendiri pun tidak ’bersih’.

“Mereka sebenarnya lebih baik melakukan tunjuk perasaan sebagai parti politik dan bukan sebagai NGO.

“Jadi orang akan faham maksud dan matlamat mereka (pemimpin politik), terutama orang awam mengenai kacau bilau dalam parti masing-masing seperti PKR yang tidak bersih, DAP yang selalu bermaharajalela atau autokratik dan PAS yang tidak mengikut atau sudah lari daripada perjuangan asal mereka,” katanya.

Zainal turut menyifatkan tujuan perhimpunan haram itu adalah semata-mata untuk melindungi ‘kekotoran'’ yang sedang berlaku dalam parti pembangkang.

“Mereka sedang cuba melahirkan keadaan kacau-bilau, huru-hara dan anarki yang semua ini berniat memberi isyarat buruk di mata dunia dan mereka meniru taktik yang sedang dilakukan oleh negara yang menghadapi huru-hara,” katanya.

Rakyat patut mengambil iktibar dan memerhati perilaku serta taktik parti pembangkang yang menggunakan politik semata-mata untuk kepentingan kekuasaan mereka sendiri, katanya. – BERNAMA

Ulasan GB

Tidak hairan mengapa terdapat sms ugutan bunuh terhadap Ambiga. Ia adalah kerana wartawan BERNAMA sendiri mengapi-apikan melalui tulisan di atas yang cuba untuk menghasut rakyat membenci pengerusi perhimpunan Bersih 2.0 tersebut.

Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini ke atas Ambiga, BERNAMA perlu dipertanggungjawabkan kerana menghasut.

Jika mahu ditinjau pungutan suara dari rakyat negara ini samada perlu atau tidak, bancian di bawah membuktikan 99% rakyat Malaysia menyokong perhimpunan BERSIH diteruskan. Anda mahu kata apa lagi?



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam bro GB,
Stended laa BERNAMA kan lidah dan mulut kerajaan..siapa lagi yang nak menghasut rakyat kalau bukan mulut kerajaan seperti utusan, RTM, Bernama dan Jabatan penerangan ....

Kalau depa ni semua tk buat kerja yang kerajaan suruh, ketua pengarang depa ni tk leh cari makan laa nanti..lepas pencen dari situ..baru laa boleh bersuara..seperti yang berlaku pd pegawai polis pencen (Mohd Zain ke apa nama dia) yg selalu dok bagi press statement ckp itu ini tk betul.

Dulu masa dia berkhidmat, tk de lak dia nak komplen itu ini tk betul..bila dh pencen...berjela surat dia buat...

MACAM KUMPULAN JAMBU DARI MAHARAJA LAWAK CKAP ...'HAPE PUN TK BOLEH..!

Tanpa Nama berkata...

suruh juga rakyat malaysia siasat siapa altantuya?

Tanpa Nama berkata...

masaalahnya siapa yang memberi pingat yang membawa gelaran datok, ini kes sudah jadi kes pertikai dan menghina kedudukan raja2 melayu yang juga boleh dianggap menderhaka kepada raja.

Sniper berkata...

1 million votes on The Star vote. dey brader, automated script boleh la. Gila ka 1 juta klik dari 1 IP?

Tanpa Nama berkata...

Sniper...ok la...ok la....ngko betul....amat betul...tidak sangsi lagi....110 % amat-amat yakin....ngko menang....amik kat ngko semua...ngko no 1..betul yang amat betul tiada yang salah...semuanya betul...