16 Mei 2011

TERKINI: Anwar Diarah Membela Diri

Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membela dirinya terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah menyatakan pihak pendakwa berjaya mewujudkan kes prima facie case dan Ketua Umum PKR yang berusia 63 tahun itu perlu membela diri.

Beliau juga menyatakan Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah seorang saksi berwibawa.

Tertuduh menghadapi pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabie mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan.

“Pihak pembela cuba untuk menunjukkan Saiful sebagai saksi yang tidak berwibawa dan bukan seorang Muslim yang baik. Dengan meghormatinya pembelaannya, namun ia tidak relevan,” tambahnya.

“Saiful tampil sebagai saksi yang jujur dan bahanbuktinya meyakinkan, dengan setiap perincian diberikan di dalam keterangannya.

“Oleh itu persoalan selanjutnya ialah samada wujud bahan bukti untuk menyokong kenyataan Saiful.

“Ketiga-tiga doktor mengesahkan terdapat tusukan.

“Mengenai pencemaran bahanbukti DNA, kesemua sampel telah diambil sejurus selepas kejadian dan telah dimeterai. Saya lihat kemungkinan untuk berlaku pencemaran terlalu kecil.

“Berdasarkan kepada semua sebab di atas, pihak pendakwa telah berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap tertuduh dan mengarahkannya untuk mempertahankan diri,” katanya.

Hakim Zabidin kemudiannya menangguhkan perbicaraan seketika untuk menentukan tarikh bagi mendengar pembelaan Anwar.

Ia mengambil masa hampir setahun sebelum perbicaraan liwatnya itu dimulakan, dengan pasukan pembelaan cuba mengetepikan pertuduhan terhadap Anwar.

Setelah gagal dalam permohonan awal di mahkamah tertinggi, pihak pembelaan kembali dengan permohonan lain mengikut Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah untuk laporan perubatan mengenai Anwar yang dijalankan oleh doktor-doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Perbicaraan itu, yang bermula pada 3 Feb tahun lepas, di mana Mohd Saiful, 25, memberikan keterangan dengan memberitahu mahkamah mengenai tugasnya di pejabat Anwar sebagai pembantu dan dakwaan insiden tersebut.

Bagaimanapun, butir-butir mengenai dakwaan perbuatan itu didengar di mahkamh secara tertutup, tetapi pada perbicaraan dalam mahkamah terbuka beliau memberikan keterangan berkaitan kes tersebut yang membawanya membuat laporan polis terhadap Anwar.

Malah Mohd Saiful memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak buang air besar selama dua hari selepas mendakwa diliwat.

Mohd Saiful juga memberikan keterangan bahawa slek hitam yang dipakai beliau pada hari dituduh diliwat adalah hadiah daripada Anwar.

Pendakwaan memanggil 27 saksi, termasuk tiga pakar dari HKL yang memeriksa Mohd Saiful pada 28 Jun, 2008, dua hari selepas dakwaan insiden itu berlaku.

Pihak pendakwaan juga menggunakan sepenuhnya penemuan dua ahli kimia, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon, bahawa profil DNA "lelaki Y" didapati di dubur Mohd Saiful yang dikatakan adalah milik Anwar.

Ulasan GB

Ramalan GB pagi ini benar.

Kata GB, skrip sudah ada. Anwar akan diarahkan untuk membela diri.

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bro,

Kalau DSAI dah kena defend call nasib dia le. Yang kau orang tak habis-habis nak tegak benang basah kenapa?

Kau orang lepas nie suruh Nik ajis bertaubat le, jgn keluarkan fatwa sewenang-wenang nya, dia berlagak kalah nabi, boleh tau orang nie pi syurga orang tu pi neraka.

Tanpa Nama berkata...

"Beliau(Hakim) juga menyatakan Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah seorang saksi berwibawa."
Hakim juga berwibawa.Najib berwibawa.UMNGOK berwibawa.KDN berwibawa.IGP berwibawa...sebab nak masih berkuasa..mari kita lingkupkan BN pada PRU13 nanti.

Tanpa Nama berkata...

Tak nak skrip la.... Lu bikin lu tanggung la... Jgn mahu salah orang lain... Akai ada ka ?

Tanpa Nama berkata...

Seluruh rakyat malaysia mendoakan agar balasan yang sewajaranya ditunjukkan di dunia ke atas hakim dan pendakwaraya agar sistem kehakiman serta kredibiliti ini dapat dipulihkan.

Tanpa Nama berkata...

berwibawa kah anda semua yang terlibat, bila berhadapan Rabul Jalil di mahsyar nanti. Setiap bahan bukti dan tuduhan akan berulang bicara di akhirat nanti. sabar sahaja kepada yang tak bersalah. Lakunan manusia akan direalkan semula samada benar atau salah.. TIDAKKAH IA AMAT MENGGERUNKAN?

Tanpa Nama berkata...

Aku org UMNO pin nak pastikan BN lingkup. Menjijikan.

putera berkata...

dalam hati sefool, dapat la duit raya tahun ni belanja sakan...

Khairi berkata...

Salam,

Dalam satu ceramah di masjid negeri, Sheikh ada nyatakan maksud hadis, dalam 4 orang hakim, 3 masuk neraka, hanya 1 masuk syurga. Hakim, semoga kamu putuskan kes berdasarkan ketaqwaanmu, takut balasan akhirat dan harapkan keredhaan Allah.Ingatlah, kamu hakim di dunia saja, ada Hakim Yang Maha Berkuasa di akhirat nanti.

Tanpa Nama berkata...

Dalam politik, jika tak suka pun dengan seseorang tak kan sampai macam tu. Ingatkan AIB masing2. AIB masing akan terlondeh nanti di hadapan seluruh manusia. RIBUAN JUTA MATA AKAN MELIHAT. Ketika itu bgaimana nak minta maaf. TIADA MAAF BAGIMU. Jangan tukar nilai diri anda dengan PULUS.

Tanpa Nama berkata...

ish ish ish... banyakkan doa supaya kebenaran muncul dan kejahatan dijauhkan.

Masa ini bukan untuk kita menuduh dan membuat spekulasi liar...

Tanpa Nama berkata...

HAKIM !!!! PENDAKWARAYA !!!! Sesungguhnya mati itu benar , soal munkar nakir itu benar , barjalan di atas titian sirat itu benar , syurga dan neraka pun benar serta " pencen itu juga benar " ....... SUDAHKAH ANDA BERSEDIA MENGHADAPINYA. WEDI

osama laden berkata...

kahkah...ada kes prima dona kat dsai..semua doktor yg kata tiada tusukan...kena tolak...doktor yg kata ada tusukan...ni baru doktor bagus....woww adil sungguh, budak x lulus exam leh jumpa tpm minta biasiswa...wowwwww, sungguh berjiwa rakyat, dah kena suntut dua hari tak mandi,tak berak,tak cuci sambil relaks makan karipap...wowwwwwwwwww pan** ku**y

osama laden berkata...

allo bro...geng2 umporno lu ckp pasal akhirat mmg bagus,tapi lu pikir depa takut ka...."klu org beriman anggap dosa mcm gunung yg hendak membinasakan ,org fasik mengaanggap dosa umpama lalat yg hinggap kat tangan jer, dikuis selesailah dosa tu"...mcm geng 3t, solat tahiyt masjid 1 rakaat ,pegang quran pun trblik kahkahkah.. agak2 malaun camni takut tuhan ka

osama laden berkata...

alo bro anon 11.31...ko pi cakp kat smua ustaz/zah...tok sah cerita kalo solat masuk syurga,puasa leh masuk syurga,kalo mencuri leh masuk neraka,kalo fitnah leh masuk neraka pasal kita tak tau pi syurga ka atau neraka...pandai betul qias ko ni, TGNA bukan cakap si anu masuk neraka tapi perbuatan tu mmg perbuatan fasik yg membolehkan kita masuk nerakan ngok

narong berkata...

Anonymous : May 16, 2011 11:31 AM

simangkuk pencacai umno tolol ni x paham bahasa ke???pegi suruh tuan ko najis dgn rosmah gi taubat dulu..jgn asyik nk menyamun harta rakyat je..besok mampus bwk harta tu msk dlm kubur..pencacai BN bahlol

Tanpa Nama berkata...

umngok mmg bongok!!!

Tanpa Nama berkata...

Minta PAS/PKR penyokong semua nasihat ANWAR pergi ke rumah ALLAH, semua org fitnah dia (kata penyokong nya)minta doa, kalau bersalah, bertaubat, kalau tak bersalah, minta doa tunjukkan kekuatan dan kebenaran. Ada duit,berkemampuan, satu dunia dia pergi.TAPI ke RUMAH ALLAH sedikit pun dia tak pernah jejak. Khir toyo, kaki rasuah dah pergi, Mahathir mamak konspirasi, Najib altantunya dah pergi. Aku pernah bersama 1998,dan bosan dgn anwar berdolak dalih, tapi jikalau Anwar nak mengembalikan kepercayaan, buktikan, kalau dijalan yg benar, dgn tenang anwar menang, tapi jikalau di bersalah, terimalah hukuman dan bertaubat. Walaupun kita membenci BN, tapi kita juga mesti berfikiran rasional, adakah semua yang terjadi pada Anwar itu fitnah????