Seperti yang dijangka, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Anwar Ibrahim untuk membela diri atas pertuduhan liwat fitnah kedua.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zabidin Mohamad Diah memutuskan bahawa pihak pendakwaraya berjaya mengemukakan bukti-bukti "prima facie" dan Ketua Pembangkang itu perlu membela diri.
Zabidin menetapkan 6 hingga 30 Jun ini bagi Anwar membela diri atas pertuduhan liwat fitnah kedua itu.
Zabidin mendakwa keterangan pengadu Saiful Bukhari Azlan boleh diterima sebagai kebenaran dan beliau seorang yang "berwibawa".
Saiful antara lain, memberitahu mahkamah beliau sempat makan karipap dan minum kopi setelah "dipaksa" oleh Anwar melakukan jenayah itu.
Dalam penghakiman hampir sejam itu, Zabidin menerima segala keterangan Saiful, tiga pakar-pakar dan penemuan ujian DNA sebagai sebagai bukti kukuh untuk mengarahkan Anwar membela diri.
Reaksi awal peguam Anwar, Sivarasa Rasiah adalah "keputusan sudah dijangkakan, apabila hakim mengatakan beliau menerima keterangan Saiful sebagai kredibel."
Dalam hujahnya, Zabidin berkata beliau menerima bahawa sampel-sampel DNA melalui proses kerosakan kerana disimpan terlalu lama, namun ia tidak mencalar keputusan ujian yang dilakukan.
"Kes prima facie telah dibuktikan ke atas tertuduh" kata Zabidin di akhir penghakimannya.
Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan.
Ratusan penyokong Anwar tiba seawal jam 4.30 pagi dan berkumpul ke Masjid Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan kompleks mahkamah bagi menunjukkan sokongan mereka kepada ketua pembangkang itu.
Mereka juga bersarapan nasi lemak yang berbungkuskan akhbar Utusan Malaysia sebagai protes simbolik mengenai peranan akhbar milik Umno yang didakwa menyiarkan pelbagai fitnah dan pembohongan terhadap Pakatan Rakyat.
Penyokong juga menunaikan solat hajat subuh sebelum beredar ke mahkamah. Ada yang datang sejauh dari kawasan kerusi parlimen Anwar di Permatang Pauh dan terdapat juga beberapa bas yang dari Gopeng, Perak.
Beberapa anggota pemuda PKR membantah tindakan pihak polis yang membuat sekatan jalan ke perkarangan kompleks Mahkamah di Jalan Duta, Kuala Lumpur, pagi ini.
Ratusan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat masuk ke bilik perbicaraan kemudian menyantikan lagu 'ole ole' dengan lirik 'bebas, bebas, bebas, bebas, bebas Anwar, bebas Anwar'.
Mereka juga membawa sepanduk yang tertera "Hapuskan Politik Fitnah", " Rakyat Bangkit Lawan Fitnah" dan mesej-mesej lain yang menuntut keadilan untuk ditegakkan. -tvsnews
Ulasan GB
Rasanya tak perlu tunggu kot sampai 30 Jun. Keputusannya akan sama seperti kes Liwat I.
Chegubard pernah meramalkan begini:
Di dalam politik, kita mesti realistik. Daripada trend perbicaraan mahkamah, Anwar pasti akan disumbat ke dalam penjara. Barang siapa yang tidak berani untuk membicarakan perkara ini, mereka buta politik.
Chegubard meneliti dari sudut "trend perbicaraan mahkamah" dimana memang sudah dari awal bukti nyata setiap permohonan pembela akan ditolak dan setiap cabaran pembela juga akan dikatakan tidak relevan.
GB pernah mengulas sebelum ini dimana GB menyatakan hakim Zabidin adalah jelmaan hakim Augustine Paul dari kes liwat I. Kerana cara dan corak penghakimannya serupa. Kerana skrip itu dari pejabat Peguam Negara. Mana tahu? Bekas pegawai kanan polis beranama Datuk Mat Zain Ibrahim sendiri yang meminta supaya Tangkap Dan Siasat Gani Patail Segera!

Liwat II: Kes prima facie, Anwar diperintah bela diri
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, beliau mendapati bahawa keterangan Mohd Saiful itu boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana saksi berkenaan seorang yang "berwibawa."
“Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri,” katanya Mohamad Zabidin dalam penghakiman lebih dua jam.
Selain itu, beliau berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan.
Mendengar penghakiman itu, Anwar mengeluh manakala isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata keputusan itu satu lagi hari yang sedih untuk keadilan.
Mohamad Zabidin kemudiannya menangguhkan perbicaraan seketika untuk menentukan tarikh bagi mendengar pembelaan Anwar.
Beliau kemudiannya menetapkan 6 hingga 30 Jun ini untuk menyambung perbicaraan kes liwat peringkat bela diri.
Hakim Mohamad Zabidin membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan oleh saksi-saksi pendakwaan dan hujah daripada Peguamcara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan, dan peguam-peguam bela diketuai Karpal Singh di penghujung kes pendakwaan.
Pihak pendakwaan menyimpulkan kes mereka pada 24 Mac, dengan 26 saksi memberi keterangan di perbicaraan yang bermula 3 Feb tahun lalu.
Mohd Saiful, 25, saksi utama pendakwaan yang memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan memberitahu mahkamah mengenai kejadian yang didakwa itu.
Butir-butir kejadian didengar secara tertutup walaupun beliau memberi keterangan di mahkamah terbuka mengenai persekitaran yang mendorong beliau membuat laporan polis terhadap Anwar.
Pada 7 Ogos 2008 Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan melakukan liwat bertentangan dengan peraturan alami di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10ptg dan 4.30ptg 26 Jun, 2008.
Tuduhan itu dikemukakan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat. -mk
Kes liwat: Anwar diarah bela diri
KUALA LUMPUR, 16 Mei — Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi diarah membela diri berhubung tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lalu.
Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah berkata pendakwa raya telah membuktikan kesemua keterangan dan saksi untuk mempertahankan tuduhan ke atas Anwar.
"Kes prima facie telah dibuktikan ke atas tertuduh," kata hakim yang membacakan alasan penghakiman kes peringkat pendakwaan, yang berlarutan kira-kira satu setengah jam bermula 9 pagi tadi.
Katanya, tiada sebab bagi mahkamah untuk tidak menerima bukti-bukti yang diketengahkan pendakwa raya dalam kes ini.
Anwar, 63, dituduh meliwat Saiful di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Ini kes liwat kedua melibatkan Anwar selepas yang pertama 13 tahun lalu.
Terdahulu, Mohd Zaibidin memutuskan bahawa Saiful, yang juga pengadu, merupakan seorang saksi yang berwibawa dan keterangannya boleh dipercayai.
Mohd Zabidin juga berkata kesemua tiga doktor telah memberikan keterangan secara positif dan memutuskan ada elemen peneterasi. -TMI
Ulasan GB
Rasanya tak perlu tunggu kot sampai 30 Jun. Keputusannya akan sama seperti kes Liwat I.
Chegubard pernah meramalkan begini:
Di dalam politik, kita mesti realistik. Daripada trend perbicaraan mahkamah, Anwar pasti akan disumbat ke dalam penjara. Barang siapa yang tidak berani untuk membicarakan perkara ini, mereka buta politik.
Chegubard meneliti dari sudut "trend perbicaraan mahkamah" dimana memang sudah dari awal bukti nyata setiap permohonan pembela akan ditolak dan setiap cabaran pembela juga akan dikatakan tidak relevan.
GB pernah mengulas sebelum ini dimana GB menyatakan hakim Zabidin adalah jelmaan hakim Augustine Paul dari kes liwat I. Kerana cara dan corak penghakimannya serupa. Kerana skrip itu dari pejabat Peguam Negara. Mana tahu? Bekas pegawai kanan polis beranama Datuk Mat Zain Ibrahim sendiri yang meminta supaya Tangkap Dan Siasat Gani Patail Segera!
9 ulasan:
Saya mengingatkan diri saya dan Wahai HAKIM dan Pendakwaraya !!!! Kalian masih ada masa untuk solat taubat dan istiharah sebelum menentukan atau 'mengikut' keputusan yang terbaik. Ingat!!! KIRAMAN KATIBIN sangat setia berada di kiri dan kanan kita. Ingat!!! apa jua keputusan nanti akan di pertontonkan semula . TAKUTKAN AZAB ALLAH YANG TIADA BANDINGAN DI DUNIA INI.
PRU 1999 Anwar dlm penjara sokongan terhadap bn merasot mujur cina india iban kadazan selamatkan bn pru13 pasti berbeza melayu terbahagi 3 pas, pkr(dulu umno)dan umno bangsa lain condong kepada PR dengan kepimpinan yang baik kita pastikan UBN lenyap di Malaysia
Bagaimana yang dikatakan berwibawa sedangkan ada terdapat 9 jenis DNA berlaianan didalam dubur siSaiful tu, tanyalah mana-amana mahkamah dunia sekalipun!!! kan satu kepelikan tu!!!
Jelas satu konspirasi untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim...
Mungkinkah parlimen dibubarkan dan PRU13 diadakan pada Bulan Jun? Ceramah-ceramah PR tergendala dengan ketiadaan DSAI ?????
Hukum lah kamu sebelum kamu dihukum. Sah di akhirat hampa pula kena hukum,jika hukuman anda tidak betul dan adil
apa fasal nak marah-marah. kalau betul dia tak bersalah, ikut manapun akan lepas juga. kalau tentu dia bersalah, terimalah sajalah hukuman.
Bawalah bukti 3 / 4 trailer pun, kalau hakim pejam mata, bersalah jugak akhirnya.
tidak boleh ker pehak pembila. pula menuji ,segala2 DNA yang polis ambil,pehak DSAI kengan kepakaran antarabangsa nilai DNA itu yang polis usong kat sana sini tu. takut pehak polis pakai ayer liur ajer .sama DNA dengan lelaki "Y".
Jika anwar dipenjara sekali lagi maka gelombang kebangkitan melayu akan memuncak lagi.
Reformasi akan bergema diseluruh pelusuk negara.
Wahai ahli fikir umno tidakkah kamu terfikir tindakan kamu sehingga hari ini sama seperti orang yang sedang merungkai benag yang kusut tapi makin hendak dirungkai makin kusut jadinya. apakah kamu berfikir rakyat takut untuk bangun menetang sekiranya kezaliman yang dihidang semakin menjolok mata rakyat.
melayu kaya dgn perasaan simpati. jika anwar dipenjara perasaan simpati dan perasaan berkongsi bahawa kami telah dianiaya inilah yang akan membuat melayu bangun sekali lagi.
Catat Ulasan