16 Mei 2011

Dua Bahan Buat Kek, Roti Ada DNA Babi: JAKIM

Putrajaya: Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia minggu lalu menolak permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sebuah syarikat pembekal bahan membuat kek, roti dan pastri selepas mendapati ia mengandungi DNA babi dalam dua ramuan yang digunakan oleh syarikat itu.

Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’

Difahamkan, syarikat yang beribu pejabat di Eropah itu turut membekalkan roti, kek dan pastri untuk pasar raya besar dan restoran di negara ini. Berikutan itu, Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meminta semua pemegang dan pemohon baru SHPM yang menggunakan produk keluaran syarikat terbabit mengambil langkah untuk mengelakkan sijil mereka ditarik balik.

“Semua pemegang atau pemohon baru yang menggunakan produk syarikat terbabit diminta menukar produk itu kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf.

“Mereka juga diminta mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan di laman web, semalam.

Selain itu, pemegang dan pemohon baru juga diminta menjalankan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan semak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.
Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya melayari laman web www.halal.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat yang memiliki SPHM. -BH

Ulasan GB

Mengapa JAKIM tidak menamakan syarikat pembekal bahan membuat kek, roti dan pastri tersebut supaya umat Islam lebih berwaspada dan mudah bagi pengguna Islam membuat aduan kepada JAKIM jika ia masih terus berada di pasaran?

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

gua dari dulu memang tak percaya sama ini bahan dan banyak lagi yg gua rasa was was pada mereka dari blog resepi gua pernah nasihat tapi depa melenting

Unknown berkata...

salam alaykk....apa la JAKIM ni..mention la nama syarikat tu supaya pengguna Islam dapat elakkan dari membelinya...alahai JAKIM....

AdamJr berkata...

setuju,kenapa JAKIM tidak umumkan saja senarai yang bahan2 diragui yang berada di pasaran yang ada pengesahan HALAL. Apa muslihat disebalik semua ini? Sepatutnya notis di tampal di semua premis.. tanggungjawap ni,menjawap nanti JAKIM di akhirat..Satu lagi,pertanyaan status halal melalui SMS,kenapa terlalu mahal,patut free saja ni..

Tanpa Nama berkata...

Tiap kali produk makanan di ragui tidak pernah disbut siapa pengeluarnya.

Nape JAKIM takut? ATau penakut kerana ditakuti menakutkan penakut2 yg berkeliaran mengaut keuntungan.

Tanpa Nama berkata...

Mana-mana saja jabatan kerajaan dibawah UMNO usahlah diharap kepada usaha untuk membela Agama Islam.

Hidup mereka hanyalah sekadar makan gaji dan menjaga kepentingan penguasa UMNO sahaja.

madbi berkata...

jakim tak salah yang salah 'orang' pengarahnya, pasal dia orangla maka boleh dirasuah supaya jangan buat bising.... tambah pulak kalau orang tu memang orang kuat amno! bising kalo miss soru, diam kalu poket boleh penuh.... biar orang islam mentekedarah babi hari2 sedikit demi sedikit, bukan nampak pon jasad babi tu terconggok kat dalam pinggan! bayangkan kalau dari lahir makan makanan yang bercampur babi sampai umur 50 tahun, kalau dikumpulkanh mau dah 2-3 ekor babi masuk perut.... kahkahkahkah... JAKIM ,JAKIM apa nak jadi dengan lu ni?

Fadzil Yusup berkata...

masalah JAKIM adalah tdk menyenaraikan syarikat dan product2 yg trbabit..brharap sgt agar pihak2 brkuasa sperti JAKIM n pejabat2 agama dpt melaksanakan amanah yg diberi..jgn takut pd manusia tapi takutlah pada ALLAH..

Tanpa Nama berkata...

depa ni takut dengan umngok je dengan tuhan tak takut la tu..cakap nama syarikat tu pun takut..cakap..cakap..cakap.le wooii

Tanpa Nama berkata...

NI LE BAHANA TERIMA SEPARUH-PARUH AJARAN ISLAM

Tanpa Nama berkata...

Dai dulu lagi sudah saya sarankan supaya menyenaraikan dan mempertontonkan jenama didalam akhbar atau internet supaya orang ramai tahu jenama apa yang diharamkan itu kerana dengan hanya memberitahu DNA Babi dan sebagainya tidak melengkapkan orang ramai untuk tidak terus membelinya kerana kita tidak tahu rupa jenama yang dimaksudkan. dan saya pasti orang ramai akan terus membelinya kerana tidak tahu yang mana satu jenama yang hala dan jenama yang haram digunakan atau produk yang digunakan...

contoh seperti roti high 5 ker, Jumbo ker, Gardenia ker.. dan sebagainya barulah orang tahu.. ini ingat semua orang tahu DNA apa ???ada dalam produk apa??..

dah ler tu bertahun-tahun dok makan babi last-last bagi taju supaya kita berhati-hati bukannya kita pakar dalam penyiasatan ini.. kalau macam itu, sudah-sudah ler import baraqng luar kalau tak mampu untuk mensahihkan satu-satu barang atau produk terutama makanan , persolekkan atau sebagainya.... dah ler import barang dari luar,cukup lah!!!..... Kalau nak cari makan.. luluskan kepada orang Islam saja untuk memproses produk pemakanan.... bagi lesen dekat dia orang dan bukannya kepada orang yang bukan Islam....luluskan hanya orang Islam saja untuk makanan orang Islam.

Tanpa Nama berkata...

Tu lah asyik melahap 'Resepi Rahsia'dan kek2 segera yg sebenarnya indah rupa dari khabar... bahan utama seperti telur mana sempat nak basuh, kumpul dalam baldi besar, press sekali dengan kulit2, dah bakar sedap sampi menjilat jari dan tahi ayam... he he he... kalau aku kata bodoh-tolol, marah, tapi makan najis-unsur babi tak pulak marah2... biasalah.. dalam badan dah bersarang DNA babi-najis ayam-rasuah-bohong-tipu2... semoga terselamat dari api neraka...

magua_putra@2000

Tanpa Nama berkata...

PENEMUAN DNA BABI DALAM BAHAN RAMUAN SYARIKAT PURATOS MALAYSIA SDN BHD
Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut. Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd dikehendaki untuk melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut :

a)menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf;
b)mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf ( jika berkaitan );
c)melakukan proses samak; dan
d)mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.

sumber : www.halal.gov.my

kbatas berkata...

Baru2 ni aku pi Kota Kinabalu. Aku tengok di hotel Promenade JAKIM ada kursus `Kajian Waktu Solat'.

Nak perabih duit pandai la puak2 ni.

Dah berkurun rakyat Malaysia dok solat takdak masalah waktu solat pun.

Yang ada masalah, orang tak mau solat.

Tanpa Nama berkata...

kalau dikumpulkan dlam badan kita termakan benda tersebut sebesar anak babi

Tanpa Nama berkata...

jgn la ingat tak de puak2 pas yg keje dalam jakim tu... depa pun buat keje membabi buta gak... cakap je bagus agama.... tapi depa pun tak reti buat apa2 sebab ilmu sains tak de.. yg ade ilmu agama semata.. lepas tu buat bodoh je.. sebab kalau tak..tak bergaji le depa..
sama je.. baik parti apa pun.. yg bekerje tu kena le ingat amanah..
yg keje kat glc2 tu pun byk gak org pas/pkr.. bekerja tapi mengukut kerajaan .. bekerje situ tapi tidak bekerja dengan ikhlas.. sebab dalam hati ada benci...
sama je perangai org malaysia ni..

Tanpa Nama berkata...

SALAM PADA SMUA MSLIMIN/MAT..YG BERTNGJWB MEMPASTIKAN HALAL ADALAH JAKIM...MAKA JGN RINGAN2KAN SBJECT YG HALAL..YG MAKAN ORG ISLAM.DPT RASUAH N NAK JAGA KRONI2 NANTI..MATI AJAK KRONI MSK KUBUR SKALI...JWB GAN NUNKAR/KIR...JGN MAIN2....NAK WAT PE DUIT RIBU2...BKN DPT TLG DLM KUBUR NNTI.....SBB NYA DI SANA KEKAL ABADI..KAT ATAS NI SMNTARA SAJAAAAAAAAAAAAAA U?MAMPU NAK JWB KE? BELUM DPT JWB DAH KENA HENTAMMMMMMMMM MAMPUSSSSSSSSSSSS KAU................