Sultan Yang Prihatin
SEJAK dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September 2010, inilah buat pertama kalinya Sultan Muhammad V memberikan wawancara khas kepada para wartawan media cetak dan media elektronik.
Wawancara khas itu telah berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baru pada Rabu, 4 Mei 2011 pada lebih kurang jam 5.30 petang dalam suasana penuh protokol tetapi tetap mesra.
Wawancara itu juga diadakan bersempena dengan pelancaran Yayasan Sultan Kelantan yang akan dilangsungkan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) minggu hadapan.
Sebanyak 12 wakil media termasuk dari Mingguan mStar dan The Star telah dijemput untuk menemuramah Sultan Muhammad V yang hadir segak menggenakan sut coklat muda ala Nehru.
Baginda Sultan juga sentiasa memulakan bicara dengan terlebih dahulu melafazkan Bismillahirrahmanirrahim dan Asalamualaikum kepada pertanyaan wartawan muslim dan salam sejahtera kepada wartawan bukan Islam.
Dan sebelum memulakan wawancara baginda terlebih dahulu bertanya sama ada perbualan yang akan berlangsung itu hendak menggunakan dialek Kelantan ataupun bahasa rasmi.
Sepanjang wawancara itu yang berlangsung selama lebih 45 minit, baginda hanya membahasanya dirinya sebagai ‘saya’ bukannya ‘beta’ sebagaimana lazim digunakan di dalam istana.
Berikut adalah petikan wawancara bersama Tuanku Sultan Muhammad V:
> Perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran sebaik sahaja menaiki takhta Kesultanan Kelantan: Perkara pertama ialah untuk memilih nama rasmi yang akan dipakai selaku Sultan iaitu Sultan Muhammad V dan perkara kedua ialah untuk menukar seruan “Daulat Tuanku” yang lazim digunakan sebelum ini kepada seruan “Allahu Akhbar”. Pada pandangan saya, inilah yang paling sesuai kerana secara tidak langsung siapa yang melafazkannya akan memperolehi pahala. Itulah yang terbaik untuk rakyat saya.
> Mengapa memilih menggunakan gelaran Sultan Muhammad V sebagai gelaran rasmi: Kerana kalau kita tengok dalam sejarah salasilah negeri Kelantan, Sultan yang terakhir, menggunakan gelaran Sultan Muhammad Ke-IV. Jadi kalau nama saya sendiri sudah Muhammad, secara semula jadinya itulah pilihan pertama saya. Dan setelah berfikir semasak-masaknya itulah pada fikiran saya yang terbaik... Insya-Allah.
> Bilakah akan ditabal secara rasmi selaku Sultan Kelantan: Saya fikir, bukan perkara ini tidak pernah berlaku (tidak melangsungkan upacara pertabalan). Misalnya untuk senang diterima, kita ambil dalam hal Almarhum Sultan Johor yang lepas, baginda tidak pernah ditabal walaupun menjadi Sultan Johor untuk lebih 23 tahun jika tidak silap saya. Jadi soal pertabalan ini adalah lebih kepada formaliti jika hendak dibandingkan dengan keperluan. Sebab saya fikir, ini bukan hendak glorify atau bermegah-megah atau hendak membesar-besarkan diri kita sendiri tetapi ini lebih soal tanggungjawab. (Nota: Untuk makluman pembaca, Sultan Muhammad telah dimasyurkan secara rasmi pada 13 September 2010 sebagaimana yang dituntut oleh perlembagaan negeri. Soal pertabalan hanyalah merupakan satu adat yang terpulang kepada Sultan sama ada ingin menyegerakannya atau mengadakannya pada satu tarikh yang difikirkan sesuai.)
> Tentang hubungan dengan ayahanda, bonda dan adinda-adinda pada masa ini: Jawapan yang terbaik kepada soalan ini pada saya ialah “Alhamdulillah...”
> Perasaan tentang perhatian seluruh negara yang tertumpu kepada isu-isu yang melingkari Istana Kelantan: Saya rasa jawapan yang paling sesuai ialah kita tidak boleh nak fikir sangat (hal ini) sebab jika kita terlalu memikirkan sangat, nanti otak kita akan sesak (jammed) jadi kita kena reda, kita tunggu dan kita lihat apa yang berlaku itu, jika kita fikir ia sudah takdir, maka kita lihatnya sebagai takdir. jika kita hendak fikir banyak sangat why? why? why?...akhirnya kita tidak akan terfikir kerana otak manusia atau data base otak manusia tak akan dapat memikirkan kenapa ini semua terjadi.
> Rahsia tidak kekok untuk berada bersama-sama rakyat, duduk dan makan bersama malah menyembelih lembu bersama-sama rakyat dalam majlis-majlis keramaian: Kalau kita buat sesuatu perkara yang kita suka seperti sesetengah orang suka menyanyi, sesetengah orang suka makan, tengok tv, akhirnya ia akan menjadi senang untuk kita. Misalnya jika kita suka makan nasi lemak, kita makan sepuluh bungkus pun tidak ada hal.
> Rahsia mudah didekati oleh rakyat dan tidak kekok memberi bantuan peribadi: Bagi saya senang sahaja sebab jika kita perhatikan sewaktu ayahanda saya menjadi Sultan, tidak ada satu yayasan dibuat atas namanya. Jadi saya fikir mengapa tidak ada (yayasan). Jadi itu yang mendorong saya untuk memberi sumbangan peribadi kepada rakyat jelata. Sebab tidak ada yayasan di atas nama ayahanda saya yang dapat saya gunakan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat (Nota: sebaik sahaja diangkat menjadi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah menubuhkan sebuah yayasan yang diberi nama Yayasan Sultan Kelantan yang tujuannya adalah untuk menjaga kebajikan, pendidikan dan keagamaan rakyat di bawah jajahannya.)
> Mengenai perancangan Yayasan Sultan Kelantan dalam membantu rakyat: Kita anggarkan kita akan dapat mengutip antara RM5 hingga RM6 juta (untuk dana awal). Selepas itu anggota lembaga pemegang amanah akan memutuskan cara untuk menyalurkan wang tersebut. Apa yang penting ialah untuk menentukan supaya program baru untuk mengumpul dana dapat dirancang dengan baik agar wang dana itu tidak habis. Jika wang dana tidak mencukupi atau kehabisan ini bermakna hanya segelintir pihak sahaja yang berpeluang mendapat faedah daripada dana ini. Matlamat yayasan ini ialah untuk membantu seseorang itu berdikari supaya dia sendiri dapat menguruskan dirinya selepas itu tanpa bantuan lagi.
> Pandangan tentang isu pembangunan yang dihadapi oleh rakyat dan negeri Kelantan: Masalah negeri Kelantan saya nampak adalah tentang soal kekurangan infrastruktur asas dan tidak semaju seperti mana negeri Selangor atau Johor. Jadi kalau negeri-negeri ini banyak lebuhraya dan jalan baru dibina akhirnya kampung-kampung kecil dan bandar-bandar kecil yang berada di sekitar kawasan yang memiliki kemudahan infra seperti jalan raya dan sebagainya akan menerima pembangunan secara tidak langsung. Ini kerana, saya selalu ke mana-mana menggunakan kereta, jadi saya dapat tengok bagaimana kawasan yang mempunyai jalan besar dan utama akan turut membangun dan kampung itu tidak mati. Tetapi jika tidak ada jalan dan pembangunan ekonomi susah hendak sampai ke situ, ia akan mati termasuklah masyarakat kerana mereka tidak ada kesempatan untuk turut membangun kerana tiadanya komunikasi dengan dunia luar. Di Kelantan itu yang paling ketara...
> Tentang prinsip-prinsip asas dan perubahan utama yang akan dilaksanakan: Prinsip saya ialah kita sebagai pemerintah haruslah aktif membuat tinjauan kerana hanya dengan meninjau kita akan mendapat gambaran sebenar (keadaan di bawah) dan dapat ambil tindakan sewajarnya serta dapat memberi keutamaan kepada yang mana perlu mendapat perhatian terlebih dahulu.
> Tentang tahap kemajuan ekonomi dan pembangunan sosial negeri Kelantan: Seperti mana yang saya katakan di awal wawancara tadi, tidak ada bandar di dunia ini dapat bangun tanpa ada infrastruktur asas seperti jalan, hospital, lapangan terbang. Saya bukannya hendak campur politik tetapi apa yang saya maksudkan di sini ialah kalau hendak bangunkan sesuatu kita perlu buat kajian fisibiliti terlebih dahulu. Contohnya macam saya balik (dari sesuatu majlis) dengan kereta saya dapat lihat sendiri kesesakan lalu lintas yang teruk kearah pusat bandar (Kota Baru) bila ada cuti am. Mengapa sesak? Kerana jalan tidak luas atau tidak cukup tetapi kereta banyak. Mengapa kereta banyak? Sebab pada waktu cuti umum orang Kelantan di luar Kelantan balik bercuti ke Kelantan. Jadi kalau kita buat lebuh raya dan buat tol sudah pastinya kita akan dapat menjana pendapatan kerana ramai yang balik ke Kelantan menggunakan kereta. Akhirnya hasil (wang) akan berpusing dan ini akan merancakkan ekonomi termasuk hasil pendapatan rakyat. Bila ini berlaku ia akan menyenangkan hati rakyat – tidak kiralah sama ada ekonominya ke, kesejahteraan dia ke, atau kesihatan dia ke, asalkan rakyat senang. Dan apa sahaja yang akan menyenangkan rakyat kita sokong. Jadi kita tidak hendak menyalahkan mana-mana pihak. Cuma bila kita buat perbandingan contoh Kelantan dengan Terengganu, Kelantan dengan Pahang, Kelantan dengan Johor atau Selangor, Wilayah Persekutuan, kita akan tahu jawapannya kedudukan kita di mana.
> Mengenai impak aktiviti politik kepada perpaduan rakyat: Sistem politik ini, bagi saya selagi ia tidak bercanggah dengan agama dan kita tidak memburuk-burukkan orang lain dalam ceramah tidak mengapa. Bagaimanapun ia bergantung atas diri masing-masing. Misalnya atas pentas ceramah, kalau sesetengah orang itu mulutnya laser, akan keluar perkataan-perkataan yang tidak elok tetapi kalau orang itu jenis orang baik, tak akan keluar kata-kata buruk ke atas orang lain. Jadi kita sendiri kena tahu bila hendak tekan brek (had). Kalau saya sendiri nak cakap apa-apa pun siapa boleh halang saya cakap tapi kita sendiri kena tahu bila hendak brek. Sebagai manusia kita kena tahu had kita di mana. Jika tidak, kita akan menjadi seperti sebuah kereta api yang out of control yang akhirnya akan terbalik.
Ulasan GB
Mana nak cari lagi sultan macam ni, sanggup gugurkan "Daulat Tuanku" kepada "Allahu Akbar" semata-mata kerana mahu rakyatnya memperolehi pahala sewaktu melafaznya....
Sabda Baginda bermaksud: Barang siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia akan mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan digandakan sepuluh, aku tidak katakan bahawa ‘alif lam mim’ satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf. (Riwayat Tirmizi)
Sebut sahaja seruan الله اكبر dah berpahala berlipat-lipat kali ganda. Sungguh mulia hati Tuanku yang seorang nih.

96 ulasan:
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Sebutan ringan, ganjaran besar. Sultan Kelantan pemimpin yang sayangkan rakyat. Ini yang kita tunggu2. Sultanku Sultan Selangor amacam?
menangis saya membaca artikel ini, terharu sangat....
1 huruf 1 pahala digandakan 10...
masyaAllah...
kalau "hidup melayu" siapa nak bagi pahala macamtu? Najib? Muhyiddin?
Allahuakbar...3x
Allahuakbar...!!!
Hidup Melayu! Hidup Umno! Hidup Najib! Kalau dihalusi kata kata ini boleh membuatkan akidah seseorang itu terpesong. Pada siapa yg Hidup, Pada siapa yang Mati, Hanya ALLAH sahaja Kekal Abadi. Pihak Jakim di minta mengeluarkan fatwa pada puak jahiliah.
"Hidup ketuanan Melayu".
"Hidup UMNO".
Berapa banyak UMNO beri ganjaran pahala kepada kita. Hahaha!....
Subhanallah..Nur Islam telah menyinari disebelah Pantai Timur, adalah diharapkan Cahaya ini dapat menyinari keseluruh Alam ini.
Pulau Pinang makmur kerana pemimpinya mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz. Warga emas dapat wang ihsan, SAR diberinya bantuan dan Imam, Siak dan Bilal dinaikkan elaun bulanan.
Yg jelasnya negeri-negeri yg ditadbir PR lebih tertumpu kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan keredoan Allah swt. dan dipikul sebagai suatu AMANAH dan bukanya bersifat untuk bermegah-megah.
Allah hu Akbar..
الله اكـبر semoga Tuanku diangkat Allah kemaqam yang lebih mulia dari berbagai jenis spesis raja yang ada di negara ini saya sebagai rakyat sentiasa berdo'a agar Tuanku cepat ditemukan jodoh dengan saorang permaisuri yang solehah الله اكـبر
assala mualaikom .aAlhamdulillah .tarbiyah berhemah tok guru.ana ada nampak peminat dan tok guru sholat distadium.syabas kelantan syabas dan syukur pa ALLAH utk baginda sultan.Untuk saat ini saya sedih kerana menjadi anak PERAK.APA YG DI DAULATKANKAN ISTERI X TUTUP AURAT.
Allahuakhbar...3!Ambo tetap bangga menjadi rakyat dibawah naungan Tuanku&pentadbiran negeri sekarang....
Alhamdulillah.
TGNA berdakwah agak lama, lambat atau cepat org yg didakwah meneriamanya, atau tak mau terima lansung, tanggungjwabnya dah dijlnkan. Kita ni juga mesti ada niat & amal utk ajak sesiapa ke arah kebaikan & cegah kemungkaran.
Tu le salah satu bekal yg akan menolong kita nanti, insyaAllah.
Mudah2an berterusan wlu TGNA dah tiada.
alhamdulillah,
Semuga dipanjangkan umur Sultan Kelantan V dan diberi rahmatNya...
Allahhu akbar!
Mohon share post ini..
saya bangga menjadi anak kelantan sekarang kerana mendapat seorang sultan yang alim tidak seperti sultan yang terdahulu.berkat pemerentahan tuan guru. Amin ya rabulalamin.
Alhamdulillah ....
Allah swt dah kurniakan seorang Raja yang berjiwa rakyat dan berpaksikan Allah swt.
Tahniah kepada rakyat Kelantan. Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas semua rakyat Malaysia amnya, rakyat Kelantan khasnya.
Allahuakhbar.
ALLAHUAKHBAR....
ALLAHUAKHBAR.....AKU BANGGA ADA SULTAN NEGERI KELANTAN MCM TU..RASA MCM NAK SANGAT DOK SANA...
Allahhuakbar!!!!
Berkaitan dengan sultan kelantan menggunakan perkataan Allahuakbar menggantikan daulat tuanku mungkin dilihat unik dan pelik.
Kalau kita rujuk semula susur galur bagaimana wujudnya insituti raja dalam dunia dan bila dibandingkan dengan apa yang berlaku di istana Kelantan maka kita boleh kata orang jahat sudah bertukar jadi baik....
Mana ada sultan yang memiliki kuasa mutlak akan bersikap begitu. Hanya disebabkan ketiadaan kuasa itu maka mereka terpaksa pandai membawa diri.
Sultan Kelantan telah berjaya membongkokkan diri menghormati rakyatnya kerana baginda tahu kuasa sultan dizaman ini setakat mana.... dan rakyat dalam jajahannya menerima sikap itu dengan gembira maka kita doakan agar perhubungan itu berkekalan.
Cuma kita nak tanya khabar kepada sultan UMNO Baru... bagaimana ketuanan melayu hari ini.
Apakah bertambah maju atau bertambah layu ?
kalau sultan perak pon cam ni kat bagus...
Sepatutnya semua sultan di Malaysia ikut contoh Sultan Muhammad Ke 5. TETAPI lihatlah sendiri sultan yg sepatutnta jadi ketua agama Islam bersikap jauh lari drp tuntutan Islam....Antara puncanya kerana cintakan dunia DAN tidak mendapat nasihat yg betul drp para mufti...di samping itu ramai kaki ampu politik yg sentiasa membodek cari peluang untuk harta dunia, darjah dan pangkat.....Ya Allah tunjukkanlah jalan yg benar dan hak kpd sultan @ di Malaysia.. Allahuakbar..
Assalamualaikum, Ku mulakan ucapanku dengan kalimah Allahu Akbar !!! Alam ini hak Allah, kepadaNya kita kembali, hidup kita di dunia ini, sebagai laluan untuk ke Akhirat. Lihat pada diri kita, lihat kebesaran di langgit dan dihat kebesaran di bumi pasti membuka mata kita atas keagongan Allah yang menciptanya, Adalah wajar kita hamba Allah yang hina berusaha mensyukuri. Dengan tindakan Tuanku Sultan ini akan bersinarlah cahaya Islam di bumi Malaysia ini. Allahu Akbar !!!
setuju dengan gb 110% dalam hal ni...memang x pernah jumpa & dgr sultan yg begitu merendah diri pd rakyat di Malaysia ini...
Alhamdulillah. Mudah-mudahan semua pemerintah berupaya melakukan perubahan sedemikian untuk rakyat-rakyat mereka. Amin :)
i love my sultan..
allahhuakbar...alhamdulillah,
sy bangga jadi rakyat kelantan dibawah naungan baginda. biar jauh dtempat org tapi hati tetap utk negeri yg diperintah oleh seorang raja muslimin....tq
Sultan atau Raja negeri lain mcmana...bolehkah menjadi seperti Tuanku Sultan Kelantan....yg nak kena tarbiah lebih sikit adalah KERABAT SULTAN PAHANG...hidup sentiasa nak glamour aja...
Allah is great !!! Love Sultan Love Islam...
Terima Kasih untuk Berita gembira ini
sultan tau hanya satu yg maha berkuasa bukan umno bukan pkr bukan pas tapi allah..
tak sabar rasanya nak tunggu Sultan Muhammad V menjadi Yang Dipertuan Agung.....Ya Allah....harap putaran giliran itu menyempatkan Sultan Kelantan menjadi yang Dipertuan Agung..amin
Den sodih, bilo baco komen-komen, org -org yg memulakan komen dgn ucapan yg penuh berunsurkan keislaman dan di sudahi komennya dgn ayat mengutuk, menghina, mengeji ...org lain...duo dalam satu...Sobab itu laa Den tolak org yg nampak macam islam, cakap macam islam tapi hati masih HITAM !
..ehh satu lagi..Den nak tengok komen Den ini , luluh ko tak...bukan apo nak tahu hati empunyo blog..putih ko HITAM...
assalamualaikum..mitak copy&paste
Den Cdo> org lain semua dok puji sebab Sultan Muhammad V guna kalimah yg mulia....dia pulak dok merepek nak menentukan putih atau hitam hati manusia yg memuji kebesaran Allah...Allahuakbar...
Alhamdulillah, mugo berkat lagi dilimpahi rahmat sultan Kelantan dan hamba2 Allah yang sepesen dengan Sultan
Sentiasalah kita sama2 muhasabah...
Wallahualam
semoga Allah merahmati tuanku Sultan...baca baik-baik kata-kata Tuanku...orang baik-baik tidak akan mencaci dan memaki hamun orang lain...Kita doakan semua orang terlepas dari neraka...baik ahli UMNO, PAS atau PKR...kita semua sama di sisi Allah...yang berbeza hanya ketakwaan kepadaNYA...semua orang sepatutnya risau kan akhirat...doakan semua orang diampuni Allah walau sebesar mana pun dosanya...tak perlu bergaduh-gaduh, kita porak peranda ada org luar yang bersoarak..niat mereka hanya mahu melihat umat Islam terus berpecah belah tanpa ada ruang untuk berkompromi lagi...tanpa sedar kita semua sudah masuk perangkap...berhentilah mencaci maki...kita mahu ke syurga bukan ke neraka!!!
Sultan yang menjiwai peribadi muslim. Dulu kita dengar Sultan Mhammad al Fateh telah membuktikan bagaimana pegangan agama yang kuat dapat membantu membebaskan constantinapole dari cengkaman musuh Allah... Mudahan perkara ini seiringan dengan perjuangan menegakkan agama di Malaysia.
ALLAHUAKBAR!!
Bila gilirannya nak jadi agong plak..
Semoga Sultan kelantan sentiasa dirahmati oleh Allah. Saya sayang Sultan Kelantan. Allahuakbar.
Semoga Sultan kelantan sentiasa dirahmati oleh Allah. Saya sayang Sultan Kelantan. Allahuakbar.
nak cari mana sultan yang leh tetiba muncul kat masjid, sembahyang asar jemaah ngan rakyat tanpa rakyat tahu pun... selalu dibuat kat masjid telipot sebelah istana tuanku sultan nih. tup tup ada je bersandar kat dinding lah, kat tiang lah... tak de perlu nak duk belakang imam je...
sembahyang subuh selalu kat masjid negeri lah. kadang dah bagi salam baru orang perasan rupanya sultan semayang kat sebelah dia...
Alhamdulillah Ya ALLAH. Syukur kehadrat MU ya ALLAH kerana mengurniakan seorang Sultan yang BERJIWA RAKYAT seperti Sultan Muhammad ke V ini.
* g stadium tgk bola pakai jersi jer macam rakyat biasa, mana ada nak pakai blazer2 ni..:)
ALHAMDULILLAH..masih ada sultan yang berjiwa rakyat dan ambil berat soal agama..bertuah sungguh rakyat KELANTAN..tetapi sayang,masih ramai yang tak mahu bersama dengan ISLAM..malah menentang ISLAM.
Sebak n terharu tntg sifat mulia Sultan.. smoga Sultan2 laen pun begitu jua. Allahu Akbar!!
alhamdulillah...
muncul semula seorang malikul~soleh di abad ini...
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar. Segala puji hanya tertentu bagi Allah, Selawat dan salam keatas nabi Muhammad S.A.W. Seaungguhnya aku mohon kepadaMu wahai tuhan yang maha sempurna, sempurnakanlah fe'el perangai amal perbuatan, percakapan serta niat di hati kami berserta sultan kami ini di atas jalan yang engkau reda.
Wahai tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati-hati kami berserta sultan kami ini di atas jalan petunjuk iman yang benar kepada Mu seperti contoh yang engkau tunjukkan pada diri nabi Muhammad S.A.W.
Wahai tuhan yang maha lemah lembut tempatkanlah aku di dunia ini berserta orang-orang miskin yang sentiasa berdiri bersama ulama yang berjuang menegakkan deen Engkau mengikut sunnah nabiMu, dan jauhkanlah aku berserta sultan ini dari azab seksaMu.
Ya muqollibal qulub, tsabbit qulubana 'ala deenik, Amin ya Allah
subhanALLAH...!memang susah nk dpt sultan cam nie,munkin nie lah pengganti sultan solehuddin ???
Allahuakbar 3x, Alhamdulillah rakyat kelantan dpt sultan berjiwa rakyat n berpegang pd islam. sultan2 adalah ketua agama islam d negerinya. kelantan memiliki sultan yg mentaati islam. sultan2 yg lain n agong bile lagi nak memertabatkan islam, yang di pegang sebagai ketua agama negeri dan negara.sepjg pemerintahan nya setiap 1 minggu @ sebulan masuk ke setiap mukim mengimami solat jumaat @ paling kurang mengajar alif, ba, ta pd rakyat d bawah jajahan nya, rasa nya boleh le d iktiraf sebagai ketua agama islam. jgn terlalu boros sedang rakyat kelaparan. kami rakyat kesempitan hidup.
assalamualaikum..mitak copy&paste
ALANGKAH BERUNTUNGNYA PAPAGOMO DAPAT SULTAN BERJIWA RAKYAT ....KAMI TUMPANG GUMBIRA WALAUPUN BUKAN RAKYAT KELANTAN..TAPI SELALU BELI BELAH KAT RANTAU PANJANG DAN PENGKALAN KUBOR....
MASYALLAH.AKU INGAT SULTAN KEDAH ANTARA YANG TERBAIK RUPA ADA LAGI LEBIH BAIK....SYUKUR SYUKUR
Alhamdulillah....saya masih ingat lagi beberapa artikal yg ditulis diakhbar mengenai Sultan Mahmud Ke V ini (kalau tak silap didalam KOSMO).Ada wartawan bertanya kenapa tuanku suka memakai jubah dan berkopiah dan tidak mengenakan pakaian rasmi seperti sultan sultan terdahulu.....jawapan baginda mudah dan jelas.....SENANG BERSOLAT DAN SENANG PERGI DENGAR KULIAH...tak perlu bertukar pakaian...terkedu saya memebacanya....inilah yg dikatakan pemimpin yg boleh memimpin...Allahuakbar
Tabik spring kat Tuantu,..ini baru lah seorang Raja yang betul2 Raja..
Allahuakbar..mengalir air mata bila tahu Tuanku gi smayang senyap2 tanpa pegetahuan rakyat...malulah kita kepada Sultan soleh ini...ikutilah cara malikul solleh ini...
Sistem politik ini, bagi saya selagi ia tidak bercanggah dengan agama dan kita tidak memburuk-burukkan orang lain dalam ceramah tidak mengapa. Bagaimanapun ia bergantung atas diri masing-masing. Misalnya atas pentas ceramah, kalau sesetengah orang itu mulutnya laser, akan keluar perkataan-perkataan yang tidak elok tetapi kalau orang itu jenis orang baik, tak akan keluar kata-kata buruk ke atas orang lain. Jadi kita sendiri kena tahu bila hendak tekan brek (had). Kalau saya sendiri nak cakap apa-apa pun siapa boleh halang saya cakap tapi kita sendiri kena tahu bila hendak brek. Sebagai manusia kita kena tahu had kita di mana. Jika tidak, kita akan menjadi seperti sebuah kereta api yang out of control yang akhirnya akan terbalik. Penceramah PAS? Penceramah PKR? macam mana
Allahuakbar3x..bangga jdi ank jti Kelantan..x sbr nk tgk Tuanku jdi agong nnti..semoga Tuanku diberkati dan mendapat rahmat drpd Allah s.w.t..insyaallah..
Assalamualaikum.
Saya amat berbangga dengan Tuanku Sultan Kelantan sekarang.
Mudah2an dapat melihat Tuanku ditabalkan sebagai Yang Di Pertuan Agong Malaysia sebelum saya meninggal dunia kelak!
Saya percaya Tuanku akan menegakkan Syariah Allah di Malaysia nanti bila berkuasa penuh ke atas negara kita nanti!
Insya Allah!
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana kita dikurniakan seorang sultan yang berhati rakyat, berjiwa hamba dan berpaksi agama Islam yang paling benar.
Kak sarah
Sg. Besar Selangor
sultan kelantan ni mmg selamba je. klau jumpa dia drive sorg2 tu perkara biasa. masa bln puasa hari tu, dia dgn selambanya parking kete dgn kedai turun order rojak ayam bungkus. very humble dan berjiwa rakyat. kami rakyat kelantan mmg bangga dgn sultan kami.
Subhanallah, Alhamdulillah..Allahuakbar! Semuga sultan2 yang lain mencontohi dan mengambil iktibar daripada keperibadian Sultan Kelantan ini. Semuga Allah lanjutkan usia dan pemerintahan tuanku! Allahuakbar!
yg baik patut dipuji, yg kurang baik tu baik nasihat, bukan keji, kutuk pun umat islam kita gak yg malu.... insaf sikit yg kutuk mengutuk tu
Assalamualaikum semua..alhamdulillah syukur kita kepada ALLAH yang maha Esa...seorang Sultan berhati mulia, beragama, merendah diri yang paling penting sekali telah mengamalkan cara hidup Islam dalam segala aspek kehidupannya..Ya ALLAH beruntung dan bersyukurlah mempunyai seorang Raja yang sebegini...muga-muga menjadi contoh dan ikutan rakyat jelata..Walaupun saya bukan rakyat Kelantan tetapi amat gembira dan terharu dengan budi pekerti yang ditunjukkan beliau...semoga perkara baik ini menjadi peringatan kepada kita siapakah kita sebenarnya di bumi ini...
Allahuakhbar... terharu saya membaca artikel ini
http://wasukalu.blogspot.com/2012/04/kesultanan-ahlul-bait-di-kelantan.html
" رضيت بالله ربا ، و بالإسلام دينا ، و بمحمد صلى الله عليه و سلم نبيا - ( ثلاث مرات ) ".
الله اكـبر
الله اكـبر
الله اكـبر
Pertabalan Tuanku menggalas Agung, hamba Allah ini, rakyat ternanti2!
Payung seisi warga tanah air milik Illahi!
Merubah persepsi & mentaliti rakyat marhaen paksarela dizalimi.
Menjernihi kemelut minda Umat2 Melayu Naif Otak & gelap hati.
Membening keruh suasana politik kotor, adu domba & umpat keji.
Menawar geruh hati hamba Allah ini, rakyat disakiti.
Menyoroti sia'r Islam dihati rakyat yg dikelirui.
Amanah rakyat terbanyak yg kian dikhianati.
Menyulohi kebenaran insan2 kehidupan abadi.
Kecintaan rakyat damai hidup sayang menyayangi.
Hudud, Takzir & Qisas tongak Kanun Illahi.
Tanpa wasangka wajib hamba Allah ini, rakyat turuti.
Menuju keredhaan Allah cita nan murni.
Kehidupan hakiki.
Kehidupan abadi.
Seusai MATI.
الله اكـبر
الله اكـبر
الله اكـبر
Alhamdulilah, rupanya ada sultan yg berakhlak dgn Akhlaktul karimah. Inilah sultan yg berjiwa Islam. Pertama Kali saya dengar sultan sanggup merendahkan diri kepada rakyat. Sebutan beta dig anti dgn saya, daulat tuanku diganti dgn Allahuakbar.
ALLAHUAKBAR...SEMOGA DIBERKATI HSELALU
Subahanallah, Semoga Sultan Muhammad V d panjangkan Usianya, D Berkati dan d Rahmati oleh Allah Subahanallah.
malaysia akan lebih membangun dengan islam sekiranya lebih ramai pemimpin bersikap begini...
allahuakbar!
Ana tertarik dengan petikan ini...> Tentang tahap kemajuan ekonomi dan pembangunan sosial negeri Kelantan: Seperti mana yang saya katakan di awal wawancara tadi, tidak ada bandar di dunia ini dapat bangun tanpa ada infrastruktur asas seperti jalan, hospital, lapangan terbang. Saya bukannya hendak campur politik tetapi apa yang saya maksudkan di sini ialah kalau hendak bangunkan sesuatu kita perlu buat kajian fisibiliti terlebih dahulu. Contohnya macam saya balik (dari sesuatu majlis) dengan kereta saya dapat lihat sendiri kesesakan lalu lintas yang teruk kearah pusat bandar (Kota Baru) bila ada cuti am. Mengapa sesak? Kerana jalan tidak luas atau tidak cukup tetapi kereta banyak. Mengapa kereta banyak? Sebab pada waktu cuti umum orang Kelantan di luar Kelantan balik bercuti ke Kelantan. Jadi kalau kita buat lebuh raya dan buat tol sudah pastinya kita akan dapat menjana pendapatan kerana ramai yang balik ke Kelantan menggunakan kereta. Akhirnya hasil (wang) akan berpusing dan ini akan merancakkan ekonomi termasuk hasil pendapatan rakyat. Bila ini berlaku ia akan menyenangkan hati rakyat..
renung2kan lah apa maksud baginda..
Allahuakbar.
"Mana nak cari lagi sultan macam ni" memang tak jumpa sebab semua main wayang...depan baik, kat belakang masyaAllah .. hehehe
Allahuakbar..
sultan2 lain bile nak betul2 jadi 'ketua agama'?
Sultan Kelantan mintak buat highway pun kerajaan Malaysia buat2 pekak lagi. Derhaka betul. Patut kene tulah je puak2 BN ni. Bagus PAS, tunaikan jugak permintaan tuanku walaupun takde duit.
allahuakbar...
semoga tuanku panjang umur & murah rezeki-
dengan panjangnya umur tuanku akan di lantik sebagai agong ke 15 dengan ini tuanku dapatlah memohon pada pemerintah malaysia di kala itu tentang royalti minyak serta infrastruktur di kelantan yang paling penting sekali sistem hukuman berlandaskan hudud.
nukilan
anak jati kedah d.a
heirme abbas
trainer toyota
Bila Allah menghendaki..inilah kurnia Nya kepada seluruh rakyat Kelantan dan suatu hari nanti jika sampai giliran nya menjadi Yang Dipertuan Agong ..akan membawa kemaslahatan bagi Negara.. Amin insya Allah. moga Tuanku Istiqomah.. Allah huakbar..
Aku sayang kan Sultan Kelantan (w/pun aku rakyat Selangor) di sebabkan Keikhlasannya terhadap Islam dan Kecintaannya terhadap Allah. Lembaran Baru Kekuatan Islam Sejati telah bermula dan ku sahut dengan laungan ALLAH HUAKBAR!
Semoga Allah Panjangkan Usia dan Berkati Hidup Tuanku. Bila ada pemimpin sebegini, bahagianya boleh terasa w/pun duduk di lain negeri.Boleh sesiapa disini beritahu tak bagaimana nak menderma untuk Highway di Kelantan tu? Mungkin ada web rasmi ke? Aku Sayangkan Sultan Kelantan seikhlas hati dan moga Sultan di Negeriku pun boleh berhijrah di jalan yang sama. Allah Huakbar!
sapo2 nk gak maghi la nk try jd oghe kelate gak..negeri ambo ni xlah berapo maju supo negeri lain..mugo ore kelate ni x peduli lah mano bendo2 ginih..asal buleh hidup wi make anok bini..ado harto sako tinggal lpah mati..wat gapo negeri maju kalu mindset rakyat skak lutut jah..sbab tu pentadbir negeri ambo ni susun perancangan pembangunan bia selari dgn tahap mindset rakyat..bia rakyat dan bersedia dari segi rohani duluh baru buleh menerima kemajuan dari segi fizikal..bia rakyat buleh terimo pembangunan negeri selari dgn pembangunan fizikal nga rohani masing2..mugo dale islam ni..nk maju pong kno ikuk syariat jugok..buke sbb nk maju, halal haram abih letok tepi..pahtu wak gapo negeri maju tp akhlak dan iman rakyat koho sari koho nipis???ko guano??sekadar pandangan ambo sebagai anak jati kelate tinggal dlm jajahan kota bharu
saya sgt respect dgn sultan kelantan. semoga ALLAH merahmati baginda utk terus memerintah dgn cara sebenar2 Islam
AKURAKYATKELANTAN...AKU MENCARI REZEKI DINEGERI ORANG..AKU RINDUKAN SULTAN MUHAMMAD V..AKU INGIN SEKALI BERJUMPA DENGAN BAGINDA...SETIAP KALI AKU MELIHAT WAJAH SULTAN KU..HATI KU RASE SEBAK..APATAH LAGI SEKIRANYA KITA DAPAT BERTEMU RASULULLAH S.A.W..ALLAHU AKBAR..AKU BERHARAP SGT DAPAT BERBUAL DENGAN SULTAN KU..
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahhuakbar
bangga weh ada sultan mcm ni. walaupun aku x ddk kt kelate tp aku ada dua org yg aku sgt syg kt sana. skrg umno dh mng jdi kita tgk adakah trbentuknya negra islam yg adil dan telus dan adakah jnji2 ditepati? x tau lah.
salute!!!
inlah yg sebaik2nya... Allahuakbar!!!!
Wow, beginilah caranya seorang Sultan! Rakyat Kelantan bernasib baik mempunyai Sultan MV dan Tok Guru Nik Aziz. Moga-moga dalam era aku dapat melihat Sultan MV naik jadi Agung.
Kelantanese, I'm so jealous. Ada Sultan yang betul-betul Sultan...Long live Sultan Muhammad V, may you be our Agung soon.
SEMOGA DILINDUNGI ALLAH SELALU..
ALLAHHUAKBAR.....
PASTI SUATU HARI AKAN DITABAL SEBAGAI AGONG..AMIN..
الله اكـبر
الله اكـبر
الله اكـبر
Subhanallah! Semoga ia menjadi contoh pada yg lain2. Makmurkanlah bumi Allah ini.
makasih sharingnya
Den cdo said; "...sodih bila baco komen duo dalam satu iaitu org yg mengucapkan salam kemudian mengeji, menghina dll..sobab itu den tolak org2 yg nmpk mcm islam, ckp mcm islam tapi hati masih HITAM!!"...Dec cdo, sesungguhnye betul kata tuanambo tu sbb itulah kebanyakan manusia yg ada dlm UMNO terutama menteri2 uMNO yg terang lagi bersuluh menghina Islam dengan membiarkan MCA mengutuk Hudud dan aurat wanita islam (bersalaman dgn bukan muhrim)...tuanambo realize tak menda ni?....satu lagi Den cdo said: "...den nak tgok komen den luluh (lulus) ko tak..."...dear Den cdo, insya allah komen2 mcm ni selagi tidak ada unsur penghinaan akan diluluskan, seperti pengalaman saya meredahi blog2 probn, kebnyakan isi dlm nye sgt lah hina dan menjijikkan utk bacaan umum dan biasanya komen2 yg berbaur pihak lain akan disapproved. Jadi Den cdo, fikir2 kan lahh mana yg baik dijadikan teladan kerana kita telah dikurniakan otak dan akal, mana yg buruk dijadikan sempadan. Sekian. Salam. ALLAHUAKBAR!
Alhamdulillah. pemimpin macam ni yg kita nak, humble, mementingkan kesejahteraan rakyat dari kepentingan peribadi.Alangkah beruntungnya rakyat kelantan mempunyai seorang pemimpin berjiwa rakyat macam Sultan Muhammad.Kalau lah negeri saya Sarawak ada pemimpin seperti ini juga in shaa Allah selamat dunia dan akhirat.
carilah pahala sebanyaknya
untung rakyat kelantan, xder lagi sultan di tanah 'melayu' ni seperti Baginda. yang lain masih sibuk dengan maksiat n jual hak orang melayu sedangkan 'mereka' ketua agama sesuatu negeri. AllahuAkbar!
Raja negeri kelantan yang paling wasatiah dikalangan yang sebelumnya.Semoga Allah terus memberi keberkatan kepada baginda
Catat Ulasan