Kaki Jasmin Hamid Melecur
PETALING JAYA: Kaki kanan dan kiri pelakon Jasmin Hamid melecur teruk gara-gara terkena air panas ketika berada di set penggambaran drama Buaian Kasih di Kuang, Sungai Buloh, Sabtu lalu.
Menurut Jasmin, kedua-dua kakinya itu melecur di bahagian peha (kanan) dan betis (kiri) dimana kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang duduk berehat di tepi meja yang mempunyai sebaldi air panas bersama beberapa pelakon lain.
"Sebenarnya kami memang duduk di situ untuk berehat dan makan. Tiba-tiba air panas tersebut diletakkan di atas meja yang berdekatan dengan kami.
"Sudahlah meja tak stabil, tiba-tiba tong air panas tersebut terjatuh dan air panas itu terkena pada kami. Sayalah yang paling teruk sekali terkena.
Kesan lecuran di bahagian peha kaki kanan Jasmin.
Mujurlah budak kecil tiada ketika itu," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Tambah Jasmin, lecuran pada kedua-dua belah kakinya itu membuatkan dia terpaksa berulang-alik ke klinik untuk membersihkan luka tersebut.
Malah katanya, dia turut mengalami kesukaran untuk tidur kerana rasa tidak selesa dan sakit pada paha dan betis yang melecur itu.
"Bayangkan, doktor terpaksa menyiat kulit di bahagian lecuran itu keran takut jika ia menggelembung.
"Saya percaya kerana lecuran ini juga, ia akan meninggalkan kesan parut. Itu pun saya tak tahu bila kaki saya boleh pulih sepenuhnya.
Kesan lecuran di bahagian betis kaki kiri Jasmin.
"Saya risau, kerana masalah ini, penggambaran yang melibatkan babak saya itu tertangguh dan pada masa yang sama tawaran-tawaran lakonan lain juga akan terganggu," ujarnya.
Dalam pada itu, Jasmin agak kecewa dengan kejadian tersebut kerana menganggap pihak produksi tersebut iaitu Summit Treasure Production leka dengan tugasan serta keselamatan ketika di set penggambaran.
"Mereka sepatutnya perlu berhati-hati. Sepanjang 20 tahun saya bekerja sebagai pelakon, inilah kali pertama insiden seperti ini berlaku terhadap saya dan harap kejadian ini menjadi pengajaran buat mereka serta produksi-produksi di luar sana," tegasnya.
Bagaimanapun, jasmin belum memikirkan untuk melakukan sebarang tindakan terhadap produksi tersebut. -mstar
Ulasan GB
Tak kira siapa, sentiasa berhati-hati dengan air panas. Malang boleh menimpa di mana dan bila-bila masa sahaja.
Dan perhatikan juga gelagat anak kecil anda.

11 ulasan:
Allah nak memberi pedoman barangkali. Maknanya Allah masih sayangkan Jasmin Hamid. Tak apa air panas sahaja, boleh sembuh, dan perkara ini berlaku di dunia. Kalau di Akhirat dah tak berguna dah.
Jadi renung-renungkanlah pedoman itu.
Orang lain pun sama jugak la, renung-renungkan juga pedoman Allah itu.
tuhan bg ingatan la tu. insaflah dari dunia glamour & dosa tu
ALLAHSWT memberi peringatan supaya datang kesedaran, dengan kesedaran itu muga2 dapat bertaubat dan memuhun ampun kepada ALLAHSWT seperti suadara lokman INSYAALLAH.
paha tunjuk sampai atas pasai apa
Komen2 di atas tu wlu dlm bentuk2/cara2 berbeza, tapi tujuannya sama ...mereka sayang pd Jasmin sedara seIslam, semuga muhasabah diri esp ttg aurat, klu susah nak berubah cara drastik, berubah pelan2, yg penting ada peningkatan & niat, Misalnya..pakai pant suit & blouse longgar & labuh blouse sekurang2nya bawah punggung & seterusnya lah...
Tok pun dah kena kira2 20thn lalu masa tu nak angkat air panas dari dapo utk buat air hangat mandikan anak, masa tu mana ada water heater, kesannya sampai la ni ade lagi. Tak tau le klu skrg ni ada mcm2 ubat yg bole hilangkan parut tu segera.
tok
berubah le. Rambut tu aurat bukan untuk pameran.
Takot kao nak post aku nyer komen apasal, takder telor kerr.
anon 10:54
yg kamu tulis sebelum ini ada perkataan mencarut.
yg kami sarkan hanyalah gambar luka di peha, bukan suruh teliti bahagian lain disitu.
anda pula terus cabar minta siar terus "benda" di celah peha. Dah miang sangat ker?
Buat Jasmin Hamid semoga lepas ni boleh berubah macam Bob Lokman... itu baru peratusan paling kecil kepanasan Api Neraka. Renung2 lah ujian Allah pada saudari Jasmin Hamid...
Takot kao nak post aku nyer komen apasal, takder telor kerr
May 18, 2011 10:54
Hallo Bro... Greenboc takder teloq ke atau hang yang teloq tak keluaq...bagi la no contact hang.. tengok ada teloq tak...
anon 10:54 dah tak tahan sangatlah tu...tanye telor nak buat aper...nak goreng ke rebus???
-black-
Catat Ulasan