MMalaysia kehilangan nilai-nilai peradaban apabila video lucah dipergunakan sebagai fitnah untuk menjatuhkan pemimpin politik, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Beliau menegaskan perbuatan Datuk Shazryl Eskay, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim menayangkan video berkenaan kepada wartawan pada 21 Mac lalu
bertentangan dengan lunas agama.
Apatah lagi membuat tuduhan bahawa pelaku dalam klip video berkenaan adalah Anwar.
"Bukan sahaja Datuk Seri Anwar, kalau orang lain pun saya tidak setuju. Maruah keluarga dipermainkan. Sekarang saya begitu simpati dengan Datuk Seri Anwar dan kawan-kawannya. Macamana beliau hendak berdepan dengan masyarakat setelah ditohmah seperti itu?," soal Azizan
"Nampaknya negara kita ini telah hilang nilai-nilai tinggi apabila kita bercakap tentang perkara seperti ini. Dan memang sudah disengajakan memberikan fokus kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sedangkan kalau dalam Hudud, kita kena elak kalau ada keraguan.Kalau ada keraguan, sedikit pun sebenarnya tidak boleh. Kita pun tidak boleh laksanakan Hudud. Tapi ini belum ada apa-apa, mereka sudah katakan ia Datuk Seri Anwar Ibrahim, "katanya lagi kepada Tv Selangor.
Semalam negara sekali lagi disajikan dengan politik sempit mainan Umno-Barisan Nasional apabila beberapa bahagian klip video lucah yang didakwa Anwar tersebar di Youtube dan blog-blog proksi Umno-BN.
Tidak cukup dengan itu, ratusan ribu risalah mengandungi gambar dari video lucah berkenaan ditabur di sekitar lembah Klang.
Menurut Azizan, adalah tidak mustahil usaha menggulingkan Anwar akan terus diperhebatkan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada pengalaman sejak 1998 lagi.
"Bukan sekali mereka cuba lakukan perkara ini. Mereka telah cuba dari satu bab ke satu bab. Mereka cuba juga buat macam-macam. Jadi perkara ini, kita tunggu dan lihat sahaja. Dan saya rasa mereka akan berusaha lagi. Banyak lagi yang mereka akan buat,"katanya.
Jelas Azizan, Umno-Barisan Nasional selama ini yang sering mengelak daripada dipersoal tentang agenda ekonomi negara, kini masih dikongkong oleh taktik lapuk ala kampung untuk menjatuhkan seteru politik masing-masing.
"Ada pada satu-satu segi, kita rasa kita ini lebih hebat daripada New York dan England, cara kita dan kemudahan yang ada, tapi dari satu segi, kita masih berlagak seperti juara kampung, kita masih bermain dengan politik kampung," ujar beliau.
Karier politik Anwar sejak dahulu lagi tidak pernah sepi dari pelbagai fitnah yang mengaibkan.
Bukan hanya didakwa mempunyai citarasa seks songsang malah bekas mantan timbalan perdana menteri itu pernah dihujani dengan pelbagai gelaran termasuk agen Yahudi, agen CIA, agen Cina, malah dilabel sebagai pengganas.
Namun pemimpin berjiwa kental ini berkata, walau apapun yang berlaku, beliau tidak akan tunduk kepada serangan Umno-BN yang disifatkannya akan diteruskan kepada ketua pembangkang selainnya. -tvsnews

7 ulasan:
sokong ust azizan.....
pandangan yg cukup baik dan menyengat.......
klau nuar tidak melakukansemua tu buktikan dengan bersumpah dengan nama Allah bawa diri ke Baitullah mohon ampun dari Allah ni dot pi ceramah sana sini yang boleh menimbulkan syakwasangka umat islam dmalaysia
Salam semua,
Sejak BN perentah moral rakyat malaysia bertambah teruk. pemimpin pun ajak rakyat tengok video seks. Saya sebagai rakyat malaysia sangat kecewa. mula hari ni kita 1 Malysia tukarkan kerajaan BN. Klau terus perintah rasuah turuk meningkat, gejala sosial meningklat, penagihan dadah meningkat. Malaysia juga menjadi tempat pengedaran dadah sedunia.tukar kerana allah satu jihad dari jahat ke arah kebaikan. selamatkan malaysia dari golangan yang merosakan malaysia.
salam!!!kpda anon 5.54,ahli politik slalunya tk kan dngr nasihat musuh politiknya.tk kan anwar nk ikut kot.klau dia sumpah yng ni depa sruh sumpah pasai sepol plk.heran sgh dgn org melayu ni,sensitif sgt dgn sumpah.kalau pun anwar bersumpah hang prcya ka yg dia tak buat.tya la diri diri sndri dulu sblm nak bg pendapat noooo!!!!!!
kepada anon 5:54
nampaknya kamu tak faham2 tentang syariat islam,kalau mingikut pendapat kaum muda diperlis melakukan sumpah yang tidak ada nas dari NABISAW maka dikira bidaah dan begitu juga dengan undang2 yang jelas seperti hukum mencuri dan zina misti ikut islam barang siapa redha dengan undang2 lain dari undang2 islam maka rosaklah akidahnya (binasalah imannya).
dulu saya dok ingat depa nie pemimpin contoh.tapi la nie entah la...pangkat tinggi,kereta besaq tapi akai letak kat mana tau.depa tak pikiaq ka,kalu anak2 cucu depa nanti dok tengok cerita tu.....kat dalam TV ngan surathabak duk heboh cerita pasal aklaq tapi depa...??NAK KENA TUBUH SATU BADAN PENDIDIKAN AKLAK UNTUK MURID2 TUA.....bajet besar nie.RM50juta sampai kot.munkin tak cukup.tapi tak pa negara boleh buat mini bajet.
Dulu rancang nak adakan pengajaran seks di sekolah. Tentulah sasarannya para remaja. Sekarang ni aktiviti seks disalurkan di media. Kanak-kanak tadika juga boleh menontonnya. Kita nak tanya: Apa moral cerita di sebalik semuanya tu?
Catat Ulasan