29 Apr 2011

Si Pendusta Eskay Bersumpah Akhirnya, Polis Terlibat Sama? [updated]

Trio Datuk T buat sumpah laknat isu rakaman video di Bandar Baru Sentul

KUALA LUMPUR: Trio Daruk T iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim hadir di Masjid Amru Ibni Al As, Bandar Baru Sentul bagi melakukan sumpah laknat berhubung isu rakaman video seks yang didakwa membabitkan individu mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan seorang wanita dipercayai warga asing.

Majlis itu dibuat bermula kira-kira jam 4.15 petang tadi dan tamat jam 4.25 petang.

Shazryl buat sumpah laknat bagi pihak dua yang lain -BH


TERKINI:: Shazryl Eskay Bersumpah Bahawa Pelaku Video Adalah Anwar

KUALA LUMPUR: Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang merupakan salah seorang trio 'Datuk T' bersumpah laknat bahawa pelaku dalam video seks melibatkan pemimpin pembangkang adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau melafazkan sumpah laknat berkenaan di hadapan media bersaksikan pembantu imam Masjid Amru Al-Asr Bandar Baru Sentul kira-kira pukul 4.15 petang Jumaat.

Shazryl Eskay memulakan upacara dengan mengucap dua kalimah syahadah.

"Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut:

"Wallahi wabillahi watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang telah dirakamkan pada 21 Februari 2011.

"Dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini, maka Allah akan melaknat akan diriku" katanya.

Hadir sama ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.

Ketiga-tiga trio 'Datuk T' berkenaan adalah individu yang bertanggungjawab terhadap pendedahan video seks yang didakwa miripAnwar yang juga Ketua Pembangkang.-mstar



Eskay akhirnya muncul lakukan sumpah laknat

Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - muncul di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul kira-kira jam 4.15 petang tadi untuk melakukan sumpah laknat.

Beliau tiba bersama dua lagi anggota tiro Datuk T - bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Kumpulan trio 'Datuk T' bertanggungjawab menayangkan video seks tersebut kepada sekumpulan wartawan sebelum ini, yang memapar seorang lelaki yang didakwa mirip ketua pembangkang yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam, Eskay memberitahu media yang beliau akan melakukan sumpah laknat di masjid tersebut selepas solat Jumaat hari ini.

Bagaimanapun, penyokong Angkatan Muda Keadilan (AMK) bersama ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin berkumpul di masjid itu selepas solat tadi sambil bertakbir dan melaungkan "kami mahu qazaf, bukan sumpah".

Mereka juga turut melakukan solat hajat dan berdoa supaya mereka yang membuat fitnah terhadap Anwar.

Selepas masuk melalui pintu belakang masjid, Eskay mengerjakan solat sunat sebelum melakukan sumpah laknat yang berbunyi.

"Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Aku bersumpah aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video itu dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video itu. Sekiranya aku memfitnah, Allah akan melaknat akan ku."

Sebelum itu, seorang ustaz dipercayai penyokong PKR, menasihatkan Eskay supaya jangan melakukan sumpah laknat tersebut.

Lepas Eskay melakukan sumpah laknat itu, berlaku kekecohan apabila beberapa penyokong AMK melaungkan "tolak, tolak, tolak fitnah".

Bagaimanapun, mereka kemudiannya dibawa keluar dari ruang solat masjid itu oleh anggota polis.

Sewaktu Eskay melakukan sumpah laknat, pintu utama masjid dan pintu ruang solat telah ditutup.

Selepas selesai melakukan sumpah tersebut, Eskay, Rahim dan Shuib beredar dengan kawalan ketat pihak polis, juga melalui pintu belakang masjid. -mk



Ulasan GB

Oh rupanya dengan escort polis. Benarlah seperti telahan dari banyak pihak bahawa Polis terlibat sebenarnya bersekongkol dengan mereka.

Solat kamu pun entah dimana,
lantak kamulah nak sumpah macamana pun.
Sebab 1dunia sudah tahu kamu-kamu bertiga penipu.

Termasuk media-media arus perdana yang memberi sokongan kuat Datuk T ini.

Kita cabar media arus perdana, Utusan, Berita Harian, Mstar dan lain lain siarkan gambar Anwar yang dirakam secara dekat ini untuk penilaian rakyat. Ada berani?



13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kepada semua pekerja media-media arus perdana yang memberi sokongan kuat terhadap Datuk T ini adalah anda juga turut terlibat sama di dalam mendapat DOSA kerana bersubahat memfitnah dan memburuk-burukan DSAI yang seolah-olah dia yang lakukan perkara tersebut. Termasuklah mereka yang terlibat secara langsung seperti editor, penyampai berita, penerbit, jurukamera, juruteknik berita dan lain-lain.

Tanpa Nama berkata...

Biarlah siapa pun dlm Video itu,ia tidak ada kena mengena dgn kami rakyat marhaen ini.

kami mengundi dan menyokong pehak2 tertentu bukanlah kerana Anwar Ibrahim.

Kalaupun ditakdirkan Anwar Ibrahim tiada lagi, perjuangan tetap diteruskan dan percayalah bahawa 10lagi manusia seperti Anwar Ibrahim akan ujud selepas ini dan mungkin akan lebih berpengaruh lagi,Insyaallah.

kami rakyat marhaen ini hanya mahukan hak kami dan kami hanya mahukan kehidupan kami di bumi Malaysia ini sejahtera dan makmur senantiasa. Insyaallah hanya orang2 yg bertaqwa dengan Allah swt sahaja yang akan menikmati kehidupan sedemikian.

Ismi Azraf berkata...

Pelik , jika benarlah Eskay bersumpah dan menyebarkan video tersebut atas alasan memperjuangkan Islam , kenapa dan mengapa di saat ia ada ketika "perlakuan itu" ia mendiamkan diri dan tidak melaporkan pada jabatan agama Islam?

Pendapat Ulama Berkaitan Fitnah Zina dan Politik Lucah

Tanpa Nama berkata...

bersumpah pun orang tak percaya kepada puak munafik dan fasik ...

Tanpa Nama berkata...

Kan aku kata dari dulu...SAH...polis terlibat sama bersekongkol dlam video sex ni.

Sebab tu sampai sekarang polis tak tangkap2 lagi 3 orang samdol ni.

Yang polis nak cari ialah siapa pelakonnya dan bukan siapa yang merakam dan menyebar dan memiliki video lucah ni.

Sudah ketara polis berselopnglo; utk jatuhkan keredibiliti DSAI.

Mudah mudahan laknat ini jatuh juga pada pihak polis yang bersekongkol melakukan kerja terkutuk ini.

AMIN...AMIN...AMIN..

Tanpa Nama berkata...

aku orang Sungai Petani, aku tau la Suib Lazim tu orang jenis apa... nak bersumpah atas nama Allah konon!! Sembahyang bagi rajin sikit kalau nak bersumpah pun!!! Yang 2 ekor lagi tu pun macam dia la juga... pergi masjid untuk solat jumaat, solat raya dan rasmikan majlis2 tertentu saja.

Tanpa Nama berkata...

SUMPAH ORANG MUNAFIK BOLEH TERIMA KA??

Tanpa Nama berkata...

Termasuklah yang tukang bancuh teh...jika berkait la???

BZ berkata...

Puakx ini begitu tekad untuk penjarakan kembali DSAI walaupun
dengan cara yang begitu jijik sekali.
Namun PR akan terus mara walaupun
tanpa DSAI.Yang pasti tumbangkan BN
pada PRU kelak.Kepada ketigax Datuk
TOROK sumpah kalian akan memakan
diri kalian.

Tanpa Nama berkata...

sah pengamal media dan polis akan dapat diveden lumayan di padang mahsyar nanti.

anti-zul noording al ghuyub berkata...

kalau org yg fasik dah buleh memain dgn sumpah, aku takut nanti kat masjid org beromen lak...
baju kalis peluru ni depa beli kat siam kot...harian macamana polis buleh bagi guna baju kalis peluru utk org awam...itu salah guna harta kerajaan tu...SPRM x mahu siasat ker??
takut dgn orang ker takut kena panah petir pakai baju kalis peluru tu...
esok kalau mati x yah guna kain kapan...balut je guna baju kalis peluru...mana tau malaikat bantai dlm kubur nanti x lut....pptuuihhh lu 3 org..

Tanpa Nama berkata...

Berani ke Tambi Kecik angkat sumpah laknat bukan dia yg buntingkan cucu Pendek & mencukur bulu dada untuk menghilangkan bukti.

Tanpa Nama berkata...

Di atas dunia RTC dan Shuib Lazim boleh wakilkan orang lain bersumpah. Di Padang Mahsyar nanti dua ekor mamat tu tak wakilkan orang lain untuk terima dividen lumayan daripada Allah.