29 Apr 2011

Ibrahim Yahya Simbah "Najis" Ke Muka Tun Dr Mahathir

Malaysia bersatu dan agenda politik perkauman Oleh Ibrahim Yahaya (gambar)

Sebelum tulisan mengenai 1Melayu 1Bumi disiarkan, ramai yang mahu Melayu bersatu. Tetapi kemahuan itu setakat mahu tetapi tiada apa apa yang bergerak. Tidak bergerak kerana tiada siapa yang mahu menggerakkannnya.

Jika ada pun, orang itu segera dicop sebagai seorang yang chauvinist Melayu termasuk penulis yang menyeru agar 1Melayu 1Bumi dilaksanakan.

Kesannya, kemahuan, keinginan, hasrat dan cita-cita seperti kabus yang hilang apabila timbulnya sang matahari. Hilang dan lesap dari pandangan.

Selepas gerakan untuk Melayu bersatu mula diperkatakan terutama selepas 1Melayu 1Bumi ada pula pihak yang mahu memulaukan akhbar Utusan Malaysia yang dikatakan terlalu perkauman.

Namun, pokoknya ialah seruan agar Melayu perlu bersatu untuk menentang mereka yang tidak mahu melihat negara ini maju ke hadapan dan menjayakan 1Malaysia - rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Maka semua mata berpalinglah kepada DAP parti yang bukan saja membenci 1Malaysia tetapi mahu dikuburkannya sekali.

tenang by election 23011 1malaysia group lorriesLihatlah betapa mereka mengarahkan Menteri Besar Selangor untuk mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia. Lihatlah bagaimana Satu Malaysia disamakan sebagai Sapu Malaysia.

Mengapa DAP menolak usaha mendahulukan rakyat sedangkan dalam ceramah merekalah 'superhero' yang dapat menyelamatkan Malaysia.

Superhero untuk siapa? Rakyat Malaysia atau segelintir pemimpin Cina yang membenci usaha untuk mendahulukan rakyat yang memerlukan - sudah pasti yang ramai ialah bangsa Melayu.

Dalam poster di Miri, DAP menyamakan Satu Malaysia sebagai Sapu Malaysia. Jika DAP menyatakan Sapu Malaysia, tolong tanya diri mereka sendiri siapa yang Sapu Malaysia sekarang? Tolong jawab. Siapa yang menguasai ekonomi Malaysia sekarang?

Ini tidak perlu dijawab oleh pemimpin DAP kerana mereka mempunyai ribuan jawapan untuk mengiakan apa yang mereka kata. Malah kekalahan pembangkang di sesuatu tempat di Sarawak baru-baru ini disalahkan kepada kerajaan.

Umum tahu kaitan DAP dengan PAP di Singapura yang mempunyai cita-cita besar untuk memerintah Malaysia. Lihatlah bagaimana PAP yang memerintah Singapura meminggirkan golongan tertentu di sana.

Sebagai wartawan, penulis sudah sudah melihat apa yang dilakukan oleh DAP dan suara-suara keangkuhan mereka sejak dari bapa hinggalah kepada anaknya.

Mereka pandai bermuka-muka apabila ingin menjalinkan hubungan dengan PAS dan PKR. Itupun sesekali mereka tersasul dan telanjur dengan membuat kenyataan 'Anwar tidak layak memimpin pembangkang lah' dan kemudiannya menjilatnya balik untuk membela Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jangan suka bermuka-muka dan berjuanglah secara ikhlas.

Datuk Ibrahim Yahaya adalah penasihat media Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan bekas Ketua Pengarah, Jabatan Penyiaran Malaysia.


1Melayu, 1Bumi tidak baik untuk negara, kata Dr M

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, idea gerakan "1Melayu, 1Bumi" yang dicadangkan oleh Utusan Malaysia dan disokong Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan adalah tidak baik untuk negara.

"Saya harap ia tidak berlaku.... Jika kita laksanakan juga, akan terdapat sistem dua parti dalam politik... jika satu dikuasai oleh Melayu dan satu lagi oleh Cina, ia akan membawa mala petaka kepada negara," katanya dipetik Bernama selepas melancarkan Perdana Global Peace Foundation dan Jelajah Keamanan 2011 di Kuala Lumpur hari ini.

Utusan Malaysia Rabu lalu menerusi Timbalan Ketua Pengarangnya, Datuk Zaini Hassan mencabar kerajaan supaya melancarkan gagasan 1Melayu 1Bumi untuk menyelamatkan masyarakat Melayu daripada ditindas masyarakat Cina.

“Apa yang Umno harus lakukan sekarang, di masa yang amat terdesak sekarang, ialah melancarkan gelombang perpaduan bangsa – 1 Melayu, 1 Bumi.

“Tiada makna adanya 1 Malaysia, jika orang Melayu sendiri pun berpecah,” tulis Zaini.

Kemelut itu bertambah kusut apabila PERKASA semalam mengumumkan gerakan "1Melayu, 1Bumi" akan menjadi sebahagian daripada "Perhimpunan Melayu" yang akan diadakan pada 30 April ini di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar.

PERKASA cawangan Sarawak juga pada Rabu lalu mendesak kerajaan BN supaya jangan keterlaluan melayan tuntutan kaum Cina yang didakwanya sanggup “membalas susu dengan tuba”.

Dr Mahathir turut menasihatkan rakyat untuk memikirkannya secara mendalam mengenai sistem politik perkauman dan menegaskan bahawa ia akan menjadi mala petaka kepada negara jika berlaku.-mk


Ulasan GB

Jika mantan PM telah menentang keras idea gerakan "1Melayu, 1Bumi" sebagai idea yang tidak baik, malah TDM menegaskan bahawa ia akan menjadi mala petaka kepada negara jika berlaku, mengapa pula Ibrahim beriiya-iya sekarang ini hendak menegakkan idea tersebut?

Ibrahim mengaku melalui ayatnya:

Jika ada pun, orang itu segera dicop sebagai seorang yang chauvinist Melayu termasuk penulis yang menyeru agar 1Melayu 1Bumi dilaksanakan.


Bukankah tulisan Ibrahim itu umpama menyimbah najis ke muka Tun Dr Mahathir yang satu ketika diagung-agungkan oleh Datuk Ibrahim Yahya sendiri?

Sebagai wartawan, Ibrahim tidak objektif di dalam tulisannya. Beliau mengambil Singapura sebagai contohnya.

Umum tahu kaitan DAP dengan PAP di Singapura yang mempunyai cita-cita besar untuk memerintah Malaysia. Lihatlah bagaimana PAP yang memerintah Singapura meminggirkan golongan tertentu di sana.


Mengapa perlu lihat Singapura sedangkan di Malaysia sendiri, tidak sedarkan kamu bahawa UMNO yang memerintah Malaysia telah meminggirkan golongan tertentu di sini? Malah apa yang dilakukan oleh UMNO lebih buruk dan lebih jahat dari PAP di Singapura? UMNO merompak royalti negeri Kelantan dimana Kelantan diperintah oleh anak bangsa Melayu yang beragama Islam sendiri?

Kemudian Ibrahim menulis lagi:

Mereka pandai bermuka-muka apabila ingin menjalinkan hubungan dengan PAS dan PKR. Itupun sesekali mereka tersasul dan telanjur dengan membuat kenyataan 'Anwar tidak layak memimpin pembangkang lah' dan kemudiannya menjilatnya balik untuk membela Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jangan suka bermuka-muka dan berjuanglah secara ikhlas.


Apa kurangnya hipokrisi UMNO yang bermuka-muka dengan MCA dan MIC? Depan kaum Cina dan India kamu jeritkan 1Malaysia, di depan bangsa sendiri kini kamu perjuangan 1Melayu 1Bumi? Bukankah itu munafik/hipokrit darjah tertinggi? Itu kamu mengaku 1Malaysia ikhlas?

Mujur tulisan kamu telah diedit oleh malaysiakini, jika tidak saya juga ingin meminjam istilah yang kamu gunakan di dalam tulisan kamu... iaitu "peeeraaaah!"

2 ulasan:

bulya nazim bin lob aziz berkata...

Malaysia dipimpin oleh pemimpin yang suka bermain dengan BOM.

Dan TDM sendiri sudah dapat melihat bahawa Malaysia sedang menuju kepada musibah dan malapetaka.

Ya Allah... hanya ENGKAU sahaja yang dapat menyelamatkan kami, kaum yang lemah.

free force berkata...

walaupun umno mendakwa parti untuk melayu,,,namun demikian kalau kita perlihatkan kawasan dun atau paliment, semua nya bercampur kebanyakakan,,,yg menjadi kepastian bagi melayu permikiran yg terbuka ,tampa ikatan dan kepentingan dg umno, sudah tentu tidak akan memberi keyakinan kepada pemimpin umno , yg terkenal dgn sombong, ego, dan jahil,,mengaib org lain ada tidak menjadi masaalah bagi pemimpin yg konon islam, tapi perbuatan dan kelakuan terbokti sesat dan jahil..tq