29 Apr 2011

Pengarah JAWI Pun Ada Saham Dalam Sumpah "Laknatullah"

Sumpah laknat: AMK persoal kehadiran Jawi

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin mempersoal kehadiran Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali (gambar) pada majlis sumpah laknat Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini.

Bercakap kepada media di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul hari ini, beliau berkata jabatan agama itu sepatutnya menghalang dan bukan merestui perbuatan itu.

Apatah lagi ujarnya, menurut undang-undang Islam, kes berkaitan fitnah jatuh dibawah hukum Qazaf dan ianya telahpun difailkan di Jawi.

"Saya hairan kenapa ada pengarah Jawi, kenapa beliau ada di sini. Kita sudah failkan kes ini di Jawi.

"Adakah beliau cuba membuat satu undang-undang baru dalam konteks syariah Islam yang telah jelas diperincikan dalam undang-undang," katanya.

Terdahulu majlis sumpah laknat Eskay yang dijadualkan berlangsung di sini hari ini bertukar kecoh dan terpaksa dibatalkan.

Ahli perniagaan itu juga tidak hadir ke masjid tersebut untuk majlis itu seperti yang didakwa sebelum ini.

Bagaimanapun, dalam kekecohan itu AMK mendakwa ternampak pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali berada di sebelah mimbar.

Che Mat kemudian kelihatan keluar melalui pintu di belakang mimbar.

"Saya hairan kenapa Jawi bersedia menjadi alat kepada pemerintah Umno dan Barisan Nasional untuk bersekongkol pada saya dalam perkara taghut, yang boleh merosakkan masyarakat," kata Shamsul lagi.

Pada masa sama, beliau turut melahirkan rasa kesal terhadap pihak yang melakukan provokasi sehingga mencetuskan kekecohan dalam rumah Allah itu.

"Kita bukan bercadang mengganggu sebarang program, tetapi untuk beri penegasan, beritahu kepada mereka yang hadir, ini tidak boleh berlaku dalam Islam," tegasnya. -HD

Ulasan GB

AMARAN: Sesiapa juga yang merestui dan membantu proses sumpah laknat yang dilakukan oleh manusia yang bernama Shazryl Eskay Abdullah akan terkena laknatullah juga.

Termasuklah UMNO sebagai parti yang mendokong perbuatan fitnah ketiga-tiga Datuk T tersebut, pihak polis, Pengarah JAWI, blogger pencacai UMNO, pihak media cetak dan eletronik dan orang perseorangan.

Hancur dan binasalah kesemua mereka nanti. InsyaAllah. Orang beriman amat yakin mengenainya.

p/s * Dan sememangnya pun UMNO sedang menuju kebinasaan dan kehancuran. Laknatullah yang dilakukan Eskay yang direstui UMNO itu adalah sebenarnya proses perjalanan dan sebab-musabab kebinasaan / kehancuran UMNO. Wallahu 'alam.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pengarah JAWI ni sekadar cari makan.Takkan dia nak gigit tangan yang beri dia makan.Munkin dia tak tau pun tentang Hukum Qazaf.

Tanpa Nama berkata...

Binasalah UMNO hendaknya sebagaimana binasanya Kaum Add, Kaum Tsamud, Firaun dan sbgnya.Kita gantikan dng rakyat Malaysia yang hidup berkasih sayang walaupun berlainan agama dalam satu pemerintahan Pakatan Rakyat di bawah Payung Islam yang dibawa oleh PAS.Percayalah....fajar baru akan menyinsing jua setelah UMNO gagal dalam melaksanakan pemerintahan Islam di bumi Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

dah lama jawi UMNO

Tanpa Nama berkata...

jawi yang tak bersunat lagi agaknya?

Tanpa Nama berkata...

AWAS PENDUDUK SELANGOR DAN WILAYAH KUALA LUMPUR, TIDAK ADA SEBAB ALLAH TIDAK BOLEH MENURUNKAN BALA DIKAWASAN ANDA, LIHATLAH DALAM MASA YANG TERDEKAT INI. HUKUM DIPERMAINKAN, YANG BERKUASA TURUT BERSUBHAT, KEZALIMAN YANG MELAMPAU-LAMPAU.

humairah berkata...

kalau bala Allah datang bukan seorang yang kena...tidak kira baik atau ..jahat beriman atau tidak.kita sepatutnya lindungan Allah..tapi kini sudah terbalik..

anuafpsb berkata...

Sekarang ini kita umat slam yang lemah ni semakin lemah dan kecelaruan...pendudkung dan penegak agama Islam,,,Mufti Ulama,badan badan agama,peguam syarie kecelaruan dalam polimik menegak fatwa dan perundangan.Sebahagian pihak kata bolih sebahagian kata tak bolih.Begitu jua Pengarah JAWI..dulu kata JAWI tak ada kelibatan langsung dalam sumpah ini.Tapi ada menyorok belakang mimbar.

Tanpa Nama berkata...

Tengok muka Mamat ni pun memang dia gunakan Islam untuk cari makan saja. Dia juga pemegang saham yang bakal terima dividen lumayan di Padang Mahsyar nanti!!

Tanpa Nama berkata...

negara akan jadi porak puranda kalau dibiarkan puak islam sekular merentah negara lebih lama lagi.

Tanpa Nama berkata...

Pengarah JAWI ni mana takut dosa..macam tuan dia juga.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang melakukan dosa, maka akan tumbuh pada hatinya satu bintik hitam, sekiranya dia bertaubat, maka akan terkikislah bintik hitam itu. Sekiranya dia tidak bertaubat, maka akan merebaklah binitik hitam itu hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” Riwayat Ibn Majah.


Bila hati menjadi hitam, kita hilang arah, tertutup dari penerimaan terhadap cahaya Allah SWT. Tidak lagi takut pada azab-azab Allah SWT. Maka, mulalah berlakunya pelbagai pembaziran, perlakuan maksiat yang lebih besar dan menarik kita pada kehancuran.