Pegawai SPRM belasah saya dengan batang besi'
Seorang pegawai pemasaran berkata beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membelasahnya selepas menahannya dua tahun lalu atas dakwaan menerima rasuah.
Beng Hock berkata seorang daripada pegawai itu juga menggunakan sebatang besi yang dibungkus dengan surat khabar bagi membelasahnya.
Pukul di kemaluan, letak ais
"Seorang lagi yang dikenali sebagai Mohd Ashraf Mohd Yusof menggunakan rotan bagi memukul di bahagian kemaluan saya. Seorang lagi meletakkan ais di tempat sulit saya.
"Semua ini berlaku ketika saya ditahan oleh SPRM Selangor dan tangan saya digari. Saya juga dibogelkan dan hanya dibenarkan memakai seluar dalam dan semua ini berlaku di Plaza Masalam," dakwanya.
Selain Ashraf, beliau juga menamakan Khairul Nizam, Zulkifli, dan Hairul Ilham Hamzah sebagai pegawai yang memukulnya itu.
Menyambung keterangannya, Sivanesan berkata pada permulaannya, dia ditampar dan ditendang berulang kali oleh lima hingga enam anggota suruhanjaya berkenaan.
Lelaki itu juga berkata seorang pegawai yang dinamakannya sebagai Mogan memaklumkannya bahawa tempat tahanan itu akan menjadi neraka sekiranya beliau tidak berkerjasama.
"Mereka mahu saya tandatangan mengaku bahawa saya setuju ditahan SPRM tetapi saya tak setuju,” katanya.
Sivanesan berkata beliau kemudiannya dibawa kepada seorang majistret yang kemudiannya mengeluarkan arahan tahanan reman selama empat hari.
Menurutnya, SPRM menuduhnya menerima rasuah sebanyak RM30,000 dan malah menggelidah rumahnya tetapi tidak menjumpai apa-apa.
"Berikutan tahanan reman itu, mereka terus pukul saya selama 15 hingga 20 minit apabila saya pergi ke Plaza Masalam," katanya. -mk

4 ulasan:
Kalau benar, celakalah SPRM seluruhnya
siapa la mengajar interrogation technique kepada sprm ni. macam interrogate musuh je layaknya? amat malang bagi rakyat malaysia yang hadir untuk sessi soalsiasat dengan sprm, mereka sudah dlihat sebagai musuh apabila masuk kawasan sprm!
Memang itu lajh caraq mereka mengendalikan kes... memaksa... siapa saja asalkan mereka dapat menyelesaikan kes..... cukup senang tak kira mereka bersalah atau tidak... kira nasiblah mamna yang mahu bekerja sama selamat boelh jadi kambing hitam....siapa saja yang disyakki AKAN MENERIMA HABUAN SEBELUM DIBICARAKAN. ereka sanggup melakuikan apa saja konon mereka bijak dalam mengendalikan kes..dapat menyelesaikan masaalah dengan cepat....... tak dapat orang yang betul pun taapa ....asalkan apa yang mereka lakukan akan membuahkan hasil yakni dapatmenyelesaikan kes!!! hati mereka sememangnya hati batu... tiada peri kemanusiaan ......
Nampaknya ahli UMNO Baru khususnya pemimpin yang terlibat dengan rasuah boleh berlapang dada dan tersenyum kerana SPRM hanyalah untuk menyiasat pemimpin pembangkang dan rakyat biasa saja.
Perbicaraan kes kematian Teoh Beng Hock adalah gambaran jelas bahawa mereka tidak akan sentuh orang BN seperti Khir Toyo, Taib Mahmud dan orang-orang yang seangkatan dengannya.
Nampaknya SPRM ini adalah agensi kerajaan yang ditubuhkan secara tergesa-gesa dizaman Pak Lah hanyalah untuk melindungi regim Mohd. Najib dan Tun Mahathir dari tuduhan rasuah.
Itu pasal SPRM diletakkan dibawa kuasa perdana menteri dan dipersetujui oleh Yang di Pertuan Agong. Semua arahan datang dari PM.
Sikap berpilih dalam melaksanakan tugas menyiasat kes rasuah menjadikan kita amat curiga bahawa SPRM ini seolah-olah sekumpulan samseng yang diberi lesen untuk melakukan apa saja tindakan demi mempertahankan kedudukan kerajaan BN.
Kita tengok apa yang berlaku dalam mahkamah adalah persembahan wayang kulit, buang masa, tenaga, wangringgit tapi hasilnya kosong. Semuanya bertindak menipu agar rakyat leka sehingga membiarkan perbicaraan itu berlalu tanpa siapa tahu pembunuhnya.
Rakyat Malaysia perlu bersatu membubarkan agensi SPRM ini dan digantikan SPRM yang baru. Semua kakitangan SPRM diera BN ini mesti disiasat secara terperinci kerana mereka dikatakan lebih hebat melantak rasuah dari pengamal rasuah.
Sepatutnya agensi ini bertindak adil dan telus kepada semua rakyat Malaysia.. Yang bersalah dihukum dan yang tidak bersalah dilindungi.
Tapi malangnya sebahagian dari mereka sudah jadi pengkhianat kerana mereka juga pengamal rasuah.
Anda percaya pada SPRM ? Polis ? Peguam Negara ? SPR ? Hakim dalam mahkamah ?.
Catat Ulasan