13 Apr 2011

PRN Sarawak: PAS Bakal Lahirkan Anak Sulong Di DUN Sarawak

Masyarakat Iban sokong Kak Ani

KOTA SAMARAHAN, 11 April: Calon PAS Muara Tuang, Noraini Hamzah (Kak Ani) diberi sambutan luar biasa oleh masyarakat Iban ketika berkempen di Kampung Merang Lama dan Merang Baru dalam daerah mengundi Semarang, di sini Ahad 10 April.

Lebih 150 orang penduduk tempatan berkumpul di perkarangan rumah bekas Ketua Pemuda PBB, Empawi Anak Adang yang telah meninggalkan parti tersebut hujung tahun lalu.

Kak Ani, ketika menyampaikan ucapan ringkasnya mengucapkan terima kasih kepada sokongan semua penduduk yang meraikan kehadirannya.

Beliau menyeru para pengundi supaya mengundi PAS pada hari pengundian 16 April depan untuk membuat 'satu perubahan'.

"Saya minta semua undilah PAS, kita buat perubahan, sudah lama kerajaan BN memerintah kitak, sudah 30 tahun, (tetapi) tidak ada apa-apa perubahan, air tidak ada, apa pun tiada.

"Saya harap dapat mengundi PAS, kita mau perubahan,"katanya.

Beliau yang ditemui selepas majlis tersebut berkata, sekiranya diberi mandat dan menang dalam pilihanraya negeri Sarawak, beliau akan berjuang menuntut hak rakyat terutama keperluan air yang dihadapi oleh penduduk kempung tersebut

Turut hadir adalah Ahli Jawtankuasa PAS Pusat Datuk Abu Bakar Chik dan Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Haji Mohd Abdul Wahid Endut yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu.



Sokongan pengundi Iban kepada PAS luar biasa

PETALING JAYA: Sokongan pengundi termasuk bukan Melayu kepada PAS meningkat mendadak dan ini memberi petanda akan menang sekurang-kurangnya satu kerusi dalam pilihan raya negeri Sarawak.

“PAS akan meletakkan satu kerusi yang menjadi batu asas di Sarawak,” kata naib presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Sambutan pengundi bukan sahaja orang Melayu tetapi juga di kalangan masyarakat Iban yang beragama Kristian juga luar biasa.

“Masyarakat Sarawak yang beragama Islam dan yang bukan beragama Islam sudah tidak takut lagi kepada PAS.

“Selama ini, mereka tidak mendapat gambaran sebenar mengenai PAS setelah faktanya diselewengkan,” katanya lagi.

Dalam pilihan raya ini PAS bertanding lima kerusi iaitu Sadong Jaya, Tanjung Datu, Beting Maro, Muara Tuang dan Tanjung Datu.

“Semasa berkempen di kawasan rumah panjang kaum Iban yang beragama Kristian, mereka menerima PAS sebagaimana pengundi Melayu.

“Nampaknya, mereka telah menerima perjuangan PAS,” tambahnya.

Hari mengundi bagi pilihan raya negeri Sarawak ialah Ahad ini. Sarawak mempunyai 71 kerusi negeri.

Pada pilihnaraya 2006, Barisan Nasional menang 63 kerusi manakala pembangkang lpan kerusi.

Bagaimanapun, calon PAS yang bertanding kerusi Beting Maro kalah kepada BN. -FMT



1 ulasan:

abu shahid berkata...

salam bro GB..

semoga impian Pas untuk mendapatkan kerusi pertama di DUN Sarawak tercapai..Insyaallah

jika dun yang menang dijadikan anak angkat oleh Pas Pusat..

apa halnya dengan Dun yang tak menang..janganlah dijadikan anak tiri pulak..

sepatutnya pemimpin Pas bekerja sepanjang masa mengembangkan dakwah islamiah dan memberi paham kepada rakyat mengenai keadilan Islam.