Georgetown - Rahsia seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga ponteng sekolah sejak lapan hari lalu terbongkar apabila dia dikesan bersekedudukan bersama teman lelakinya. dan dipercayai beberapa kali melakukan hubungan seks. Illustrasi hiasan.
Tembelang pelajar itu pecah apabila ibu bapanya menerima laporan daripada guru sekolahnya di Pulau Tikus, di sini pada 18 April lalu sebelum mereka melakukan soal siasat terhadap anak gadis mereka yang baru berusia 15 tahun.
Menurut sumber polis, selepas menerima maklumat daripada guru kelas, ibu bapa pelajar berkenaan terus menyoal tentang perbuatan anaknya itu.
“Selepas dimarahi dan disoal ibu bapa, akhirnya gadis itu mengakui bersembunyi di rumah kekasihnya di Jalan Haji Abbas setiap kali dia ponteng sekolah.
“Selain itu, apa yang lebih memeranjatkan kedua ibu bapa remaja terbabit yang berasal dari Teluk Bahang, anak mereka juga mengakui telah melakukan hubungan seksual sebanyak lapan kali sejak dari awal perkenalan pada 11 April lalu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sebaik mendengar pengakuan anak mereka, kedua ibu bapa pelajar itu membawanya ke Balai Polis Teluk Bahang untuk membuat laporan.
Katanya, sebaik menerima laporan, polis bertindak menahan teman lelakinya yang berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah hotel di Batu Feringghi untuk membantu siasatan.
Suspek kini direman selama seminggu sehingga siasatan selesai manakala remaja terbabit menerima rawatan di HPP.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hatta Md Zin mengesahkan tangkapan suspek dan memberitahu siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.-SH

3 ulasan:
Dengan bala keruntuhan akhlak hari ini...Ibu Bapa perlulah memaikan peranan proaktif dengan memberi perhatian kepada anak2 khususnya berilah didikan agama...persoalan disini bagaimana ibubapa nak beri didikan agama sedangkan mereka sendiri jahil ilmu agama...marilah sama2 kita kembali mencari dan belajar agama...kerana itulah satu2nya cara yang akan menyalamtkan manusia dunia dan akhirat...
Mengapa semakin ramai pelajar hilang harga diri... Apabila kita jauhkan diri dari Allah.. syaitan dekatkan diri... Tak apa...
Apa perlu risau kerana maksiat telah dibolehkan. Menteri sendiri yang berkata demikian. Kalau pelajar itu mengandung, dia boleh pergi ke Melaka. Di sana ada sekolah untuk perlajar mengandung.
Catat Ulasan