21 Apr 2011

Email 1Malaysia: Projek Najib Bantu Kroni

E-Mel 1Malaysia: Projek kerajaan atau projek swasta?

"Sebelum saya tidur, biar saya jelaskan bahawa Email 1Malaysia adalah projek sektor swasta. Ia tidak melibatkan dana awam terlibat, dan keseluruhannya adalah sukarela," demikianlah mesej tweeter Perdana Menteri Najib Razak semalam. Illustrasi: Azlan malaysiakini

Malah sebelum Najib, PEMANDU juga menyatakan bahawa Email 1Malaysia tidak diwajibkan kepada semua warga Malaysia. Ia adalah satu projek yang diterajui Tricubes Berhad dari sektor swasta, dan Tricubes Bhd yang bertanggungjawab terhadap pelaburannya, bukan kerajaan.

Penjelasan ini diumumkan setelah projek bernilai RM50 juta ini mencungkil pertikaian dari pelbagai pihak. Malah, seperti bantahan terhadap pembinaan Menara 100 tingkat sebelum ini, satu laman telah direka di facebook bernama "1M Malaysians who don't want Najib's 1 Malaysia email" , menarik penyertaan puluhan ribu dalam masa 24 jam.

Sungguhpun demikian, maklumat yang diperolehi menunjukkan kata-kata Najib adalah saling bertentangan. Menurut media internet The Malaysian Insider, unit kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk memantau projek ini, MAMPU - telah mengeluarkan satu panduan pembidaan. KPI untuk projek ini adalah, menjadikan 100% warga Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas sebagai pengguna Email 1Malaysia menjelang tahun 2015.

Dokumen yang berkenaan juga menunjukkan bahawa syarikat yang berjaya untuk membida projek ini perlu mengemukakan kepada kerajaan, bagaimana untuk menjadikan 50% pengguna Email 1Malaysia menggunakan perkhidmatan tambahan, seperti e-bayar dan sebagainya, menjelang tahun 2020.

Petanda-petanda ia sebagai projek kerajaan

Selain itu, penjelasan Najib dan PEMANDU bahawa projek ini adalah pelaburan sektor swasta dan tidak melibatkan dana awam juga memperlihatkan kontradiksi. Pertama, sila rujuk laporan Bernama pada 19 April.

"Najib berkata kerajaan telah mula meninjau inisiatif tanpa kertas dan e-kerajaan dalam usaha untuk menjadi lebih mesra alam dan moden, inisiatif berikutnya, yang termasuk dalam CCI (Communications Content and Infrastructure) NKEA, merupakan kajian asas terhadap perkhidmatan kaunter dan kerajaan tanpa kertas.

Projek tersebut bertujuan mewujudkan pengukuran asas terhadap inisiatif kerajaan untuk menambah baik perkhidmatan, khususnya dalam transformasi ke arah kerajaan elektronik (EG) dan ke arah tanpa kertas.

Diuruskan oleh Unit Permodenan, Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Rangkaian Telekomunikasi Bersepadu Kerajaan (GITN), projek itu melibatkan kutipan data dan analisis perkhidmatan e-kaunter, transaksi elektronik dan inisiatif kerajaan tanpa kertas dalam sektor awam, penilaian pusat data agensi kerajaan serta perkhidmatan dan infrastruktur rangkaian.

Apabila siap kelak, ia akan memastikan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan lebih telus, sesuai bagi tujuan, berkesan kepada rakyat. Kerajaan akan melabur RM3.261 juta dalam projek itu yang akan menyaksikan pewujudan 155 pekerjaan.

Beliau berkata CCI NKEA juga memulakan inisiatif kerajaan untuk menyediakan akaun e-mel rasmi dan unik serta pengenalan bagi warganegara Malaysia.

Perdana Menteri berkata dengan kesan PNK sebanyak RM39 juta sehingga 2015, inisiatif e-mel 1MY ini akan membolehkan komunikasi langsung dan terjamin antara warga Malaysia dan kerajaan serta meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada pelanggan dan perniagaan."

Dengan kata lain, projek e-mel 1MY ini adalah sebahagian daripada pelaburan kerajaan di bawah CCI NKEA. Pada masa yang sama, Najib mengumumkan bahawa "Tricubes Bhd akan menerajui pelaburan berjumlah RM50 juta ini yang turut termasuk pembangunan portal web, akaun e-mel semua warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas, pusat setempat bagi perkhidmatan kerajaan, peruntukan untuk perkhidmatan nilai tambah seperti perangkaian sosial, semakan bil dalam talian serta pembayaran, tambahan kepada perkakasan pembangunan web untuk warga dan entiti perniagaan untuk aplikasi membangunkan kreatif."

Bagaimana syarikat bermasalah melabur?

Di samping itu, Tricubes Bhd telah mengeluarkan kenyataan kepada Bursa Malaysia pada 4 April 2011 bahawa syarikatnya memperolehi satu projek e-mel daripada MAMPU. MAMPU mengeluarkan surat rasmi kepada Tricubes berhubung kontrak projek e-mel 1MY pada 29 Mac 2011, dan Tricubes akan berbincang dengan kerajaan dalam projek ini. Tiada maklumat terperinci dilampirkan, tidak dinyatakan sama ada ia Public Private Partnerships (PPP) atau Private Finance Initiative (PFI). Dalam keadaan biasa, ia menunjukkan pada dasarnya, ia adalah procurement.

Pada masa yang sama, menurut laporan The Malaysian Insider, sejumlah lima buah syarikat terlibat dalam pembidaan projek ini. Seandainya projek ini adalah pelaburan swasta, mengapa MAMPU tidak memilih syarikat yang lebih kukuh keadaan kewangannya, sebaliknya memilih sebuah syarikat yang bermasalah kewangan?

Menurut maklumat Bursa Malaysia, Tricubes telah disenaraikan sebagai status BN3 dan perlu mengetengahkan program penstrukturan kewangan, atau berdepan dengan nasib "delist". Selain itu, menurut laporan kewangan 2010 Tricubes, syarikat ini telah mengalami kerugian bersih sebanyak RM3.35 juta (RM3,346,752).

Melihat kepada Tricubes yang sudah dibeban dengan masalah kewangan sendiri, persoalan yang timbul adalah, bagaimana syarikat ini mampu untuk mendapatkan modal yang secukupnya untuk memastikan kestabilan dan kelangsungan projek ini? Tiada jawapan untuk soalan ini daripada Najib, PEMANDU malah Tricubes Bhd sendiri sehingga sekarang. -MR

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview.


Pengguna Facebook bantah projek emel 1Malaysia


Belum pun sampai 24 jam Perdana Menteri melancarkan projek e-mel 1Malaysia, sudah muncul satu laman di Facebook menyeru rakyat menolak projek 'pembaziran' tersebut.

Didaftar atas nama '1M Malaysians who don't want Najib's 1 Malaysia email', sehingga berita ini ditulis ianya telah mempunyai 21,913 pengguna Facebook yang meminatinya.

Menurut maklumat tertera, laman tersebut dibuat bagi membantah projek emel 1Malaysia yang didakwa hanya akan membazirkan RM50 juta wang rakyat selaku pembayat cukai.

Dalam posting awalnya, pengendali laman ini meletakkan beberapa pilihan jawapan berhubung tujuan projek ini diwujudkan untuk diundi oleh rakan-rakan mereka.

Majoriti peminat laman ini bersetuju bahawa projek emel 1Malaysia adalah projek untuk membantu kroni.

Semalam, Datuk Seri Najib Razak merasmikan projek untuk menyediakan akaun e-mel kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.

Dengan nilai kontrak bernilai RM50 juta, projek itu dianugerahkan kepada Syarikat Tricubes Bhd.

Bagaimanapun, syarikat tersebut dikatan sebuah syarikat bermasalah.

Bukan sahaja namanya tidak berapa dikenali, ianya juga merupakan antara 12 buah syarikat yang disenaraikan Bursa Malaysia sebagai syarikat GN3 kerana keadaan kewangannya dalam keadaan "lemah" atau "buruk."


Menurut garis panduan yang ditetapkan Bursa Malaysia, pengkelasan status GN3 itu akan membolehkan syarikat berkenaan mendapatkan bantuan daripada satu jawatankuasa untuk menstruktur semula hutangnya.

Penyenaraian Tricubes di Bursa Saham mungkin ditarik balik sekiranya syarikat itu gagal meyakinkan bursa berhubung pelan untuk melunaskan kesemua hutangnya.

Kontrak bernilai RM50 juta itu dijangka sudah pasti akan memberi nafas baru kepada Tricubes. -HD


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nak tipu rakyat lagi.

masihhijau berkata...

50M tu siapa kluar kan? Kalau Tricubes dah nak delist dan bankrupt, taader bank nak kasik 50M kat dia. So mana dia dpt? Or bank kasik 50M tp projek ni tak jalan in the future, dan kerajaan terpaksa bail out. Mcm biasa. Masa tu meraka ni dah kaya raya dah la. Initially mmg la bukan duit rakyat, lepas bailout tu duit rakyat laa jugak. Apa bodoh laa projek yg dia buat ni... buat laa email kat google. 1M000001@gmail.com sampai la 27 juta pon blh buat free.... kang kata bodoh kang marah... mcm ni blh jadik PM. apa laa rakyat msia ni...

Tanpa Nama berkata...

PEMANDU & MAMPU..sila jawap. Anda bertanggungjawap terhadap pemilihan syarikat.
Kenapa pilih syarikat yang bermasaalah?
Adakah pemilihan mengikut prosedure yang betul?
Adakah anda mempunyai kepentingan peribadi atau terdapat unsur-unsur rasuah? Say No to Corruption!

Tanpa Nama berkata...

Daripada bagi kat syarikat tu rm50 juta utk buat emel yg ntah apa-apa, baik najib bagi rm50 juta tu dibahagikan kepada semua rakyat malaysia yg berumur 18tahun keatas 1 juta sorang.....baru rm18 juta..ada balance lagi rm32 juta...

ahahahaahah

Tanpa Nama berkata...

kalau bgi 1 juta sorang...18juta tu baru dpt kt 18 org la bro..hehehee...lau 50juta lak dpt kt 50 org

Tanpa Nama berkata...

Najib kena kencing lagi ngan Deris Jala, projek email 1Malaysia bukanlah dibawah LDI (Local Direct Investment) tetapi dibawah PFI (Private Finance Investment). Kalo LDI memang 100% syarikat swasta menangung kos keseluruhan nya sampai bila-bila. Masaalah nya projek ini dibawah PFI, yang mana pihak swasta hanya melabur untuk kos permulaan sehingga siap dan Kerajaan kena bayar balik kepada pemaju dalam jangka masa 5, 10 atau 15 tahun akan datang. Bila bayar balik pada 5 tahun mungkin kos menjadi Rm100m, 10 tahun akan jadi Rm150m, 15 tahun akan jadi Rm200m.. Inilah konsep PFI yang selama ini diguna pakai oleh Kerajaan & MoF. Ada juga projek dibawah PFI ini pada perlaksanaan sahaja dikelaskan PFI, tetapi bila pembayaran balik diubah jadi kontrak biasa. Yang menghairankan jumlah pembayaran balik tetap sama kontrak PFI, contoh bina hospital kos Rm500m bibawah PFI (10 tahun) = RM1.5b, setelah hospital siap & beroperasi sepenuhnya (3 tahun) kerajaan tetap membayar Rm1.5b.. KENAPA,PM MAKAN RM300M, MOH MAKAN RM100M, MOF MAKAN RM100M, EPU MAKAN RM100M, JKR MAKAN RM100M… INILAH KENAPA NAJIB SUKA SANGAT PFI UNTUK PROJEK BESAR KERAJAAN…………. Boleh dapatkan pengesahan pembayaran projek PFI dari MoF... ada yg kencing...

Tanpa Nama berkata...

yela bero..kalu 1org 1juta baru 50org jer..bero pon same jer mcm najib..haha..!!